Followers


Sunday, November 14, 2010

kisah nabi ibrahim dan nabi ismail


bismillahirrahmanirrahim...

aidiladha menjelma kembali..kali ni raya haji jatuh pada tanggal 16hb nov 2010 bersamaan hari selasa..apa perasaan anda?apa persiapan yang telah dan sedang anda lakukan?sama2 tepuk dada dan tanyalah diri anda..kalo x berjawab,masih ada masa lagi untuk memperbaiki amalan anda sebelum tiba hari raya tersebut dan sebelum maut menjemput..sama-sama muhasabah diri...

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia Kekasih
Saja yang diharapi

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia


lagu dendangan allahyarham p.ramlee ini sering berkumandang di corong2 radio mahupun di mana2 sahaja..tapi pernah tak kite menghayati liriknya?dan apa kaitan lagu ni dengan aidiladha yang bakal menjelma?

ya..sudah pasti anda sume sedang berfikir,memikir dan terfikir bukan?

aidiladha ini adalah hari di mana umat islam memperingati sejarah pengorbanan nabi ibrahim a.s semata2 untuk mencari keredhaan ALLAH s.w.t...

masihkah kalian ingat bagaimana perjalanan peristiwa itu sehingga menjadi tauladan bagi kita semua selama hidup di dunia ini?

sebagaimana yang di ketahui,nabi ibrahim a.s adalah bapa para nabi..abu anbiya'..ramai nabi yang lahir dari keturunan baginda termasuklah nabi junjungan kita,nabi muhammad s.a.w..

ditakdirkan ALLAH,baginda tidak dikurniakan zuriat bersama-sama isterinya Sarah..maka,Sarah memberi keizinan kepada nabi Ibrahim untuk mengahwini Siti Hajar,pembantu baginda dan isteri baginda..lalu,dikurniakan ALLAH seorang anak lelaki yang bernama Ismail a.s..

Sarah merasa iri hati dan dengki melihat Siti Hajar dan anaknya Ismail..maka dia berkata kepada nabi ibrahim untuk membawa Siti Hajar dan anaknya jauh dari pandangannya..nabi ibrahim terdiam dan memohon petunjuk ALLAH dan akhirnya,ALLAH memberikan wahyu kepada baginda untuk membawa isterinya,Siti Hajar dan Ismail ke suatu tempat yang jauh..maka,berangkatlah mereka anak beranak..

Nabi Ibrahim amat sedih sewaktu meninggalkan isteri dan anaknya di suatu tempat iaitu padang pasir yang kering kontang, tiada air, tiada makanan dan tiada manusia yang menetap di situ..tetapi, dengan keyakinannya yang tinggi kepada ALLAH s.w.t, baginda dan isterinya dengan rela hati menerima ujian ALLAH itu..maka, menetaplah siti hajar dan anaknya ismail di situ..setelah beberapa lama, makanan yang di bekalkan oleh nabi ibrahim kepada anak dan isterinya pun habis..maka, berlari2 la siti hajar dari safa ke marwa sebanyak 7 kali untuk mendapatkan air..di sebabkan itulah dalam ibadah haji kita perlu berlari2 dari safa ke marwa untuk mengingati peristiwa bersejarah ini..

selepas beberapa lama selepas itu,nabi ismail yang sedang menangis kelaparan menghentak2kan kaki di padang pasir itu dan muncul lah mata air dan di namakan zamzam..

.....................................................................

ketika nabi ismail telah besar..turunlah wahyu allah kepada nabi ibrahim a.s..
 wahyu itu turun ketika nabi ibrahim sedang tidur..dalam tidurnya baginda bermimpi menyembelih anaknya..baginda tersedar dan tidur semula..baginda bermimpi seperti mimpi yang pertama dan tersedar dan baginda tidur lagi buat kali yang ketiga dan baginda mendengar allah berfirman supaya baginda menyembelih anaknya..

baginda meminta pendapat daripada anaknya ismail a.s mengenai wahyu allah tersebut..nabi ismail dengan rela hati bersetuju kerana taat akan perintah allah..maka..hari yang di nanti pun tiba..

nabi ibrahim berkata kepada isterinya bahawa baginda mahu membawa ismail berjalan-jalan dan meminta siti hajar agar memakaikan ismail pakaian yang paling cantik..dalam perjalanan,syaitan cuba menghasut siti hajar..dia berkata bahwa ibrahim mahu membunuh ismail..hajar berkata kepada syaitan, andai itu adalah perintah allah,maka dia akan mentaatinya..syaitan tidak mahu mengalah lantas mengganggu perjalanan ibrahim dan ismail a.s..ismail ketakutan dan mencampakkn batu2 dan tanah kepada syaitan..tindakan ini menyebabkan mata syaitan pun buta sebelah..dan kite d suruh untuk melontar jamrah di dalam haji sempena memperingati perisitiwa ini..

sesampainya di sebuah tempat di mana ada batu yang sangat besar, ibrahim pun mengerjakan perintah ALLAH itu..ismail berpesan kepada ayahnya untuk memusingkan badannya agar dia tidak takut untuk disembelih..bawa bajunya yang dipenuhi darahnya kepada ibunya supaya ibunya tahu yang ismail sudah tiada..sembelihlah ismail dengan cepat dan menggunakan pisau yang tajam agar dia tidak merasa sakit yang lama..ketika menyembelih ismail, ibrahim perlu menganggkat kainnya agar darah ismail tidak terpercik pada pakaian nabi ibrahim supaya ibunya tidak terlalu sedih..ayahnya perlu mengelak daripada melihat anak2 yang sebaya dengan ismail agar bapanya tidak sedih..dan jangan bawa anak2 kecil ke dalam rumah nabi ibrahim supaya kesedihan ibunya tidak berpanjangan sebab terkenangkan ismail a.s...

nabi ibrahim menurut segala pesanan nabi ismail..dengan hati yang berat, nabi ibrahim melaksanakan perintah ALLAH..baginda cuba menyembelih anaknya..tapi pisau yang tajam itu tidak mampu menyembelih leher anaknya..baginda cuba menetak batu yang besar itu dan batu itu terbelah..baginda berkata kepada pisau kenapa pisau yang tajam itu tidak mampu memotong leher anaknya?dengan takdir allah, pisau itu boleh berkata-kata..bahwa sesungguhnya allah la yang berkuasa terhadap sesuatu..jika allah katakan ya, maka terjadilah..jika allah katakan tidak, maka tidak terjadilah.sedangkan kau nabi tapi tuhanku allah..maka,ak xkan patuh pada perintah nabi yang merupakan seorang manusia tetapi ak akan patuh pada tuhan penciptaku..masakan ak boleh membelakangi penciptaku yang maha agung?

nabi ibrahim tersedar..lantas dia beristighfar..

dia cuba menyembelih buat kali kedua dan ketika ini allah menggantikan nabi ismail dengan seekor kibas yang besar..kibas ini merupakan kibas yang d korbankan oleh habil sewaktu zaman nabi adam..kibas yang di angkat ke syurga ALLAH..dan diturunkan semula ke bumi demi menggantikan kekasih allah, nabi ismail a.s..

dan aidiladha dirai demi memperingati peristiwa bersejarah ini..subhanallah..maha suci allah tuhan sekalian alam..

............................................................

begitulah besarnya pengorbanan seorang nabi demi mendapatkan keredhaan ALLAH s.w.t..sanggup mengorbankan anak yang di kasihi dan di cintai demi ALLAH..sanggup melaksanakan semua perintah ALLAH demi mengejar redhaNYA..

......................................................

adakah kita mampu untuk menjadi seperti baginda dan anaknya?

adakah kita mampu untuk mengorbankan sesuatu yang disayangi demi keimanan kita padaNYA?

adakah kita mampu untuk mencontohi peribadi nabi-nabi utusan ALLAH?

tepuk dada tanya lah iman anda..

................................................................

fitrah_mujahidatunnisa mengimbas kembali sirah rasul dan nabi terdahulu~



0 comments: