Followers


Sunday, November 14, 2010

menghayati erti KORBAN


saya mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua umat islam...jangan lupa korbankan saya dalam raya haji ni ya!
bismillahirrahmanirrahim...
PENGORBANAN...

TERKORBAN...

DI KORBAN...

MENGORBAN..

perkataan yang lahir dari 1 kata jazar yang sama iaitu korban...namun, dpt melahirkan pelbagai maksud dalam setiap imbuhan tambahan dan menukarkan 1 kalimah menjadi suatu maksud berbeza yang hanya dapat difahami oleh mereka yang mahu berfikir dan memikir..


ayuh kita check satu persatu maksud yang tersirat di dalam setiap perkataan ini..

pengorbanan?


apa itu pengorbanan?

adakah ianya sejenis makanan?mahupun sejenis kereta?atau sejenis yang pelik?!

pengorbanan adalah satu daya usaha di mana kita sanggup untuk mengorbankan apa sahaja demi sesuatu yang kita sayangi..(menurut kamus dewan cik nisaulfadhilah yang tiada versi..)
(p/s : kita perlu menjadi mahasiswa berkelas pertama x kira dalam apa jua bentuk dan bidang ya..idea yang lahir itu penting demi memantapkan lagi potensi diri) =p

apa yang dapat kita simpulkan melalui pengorbanan?

jom dengar celoteh saya..

PENGORBANAN YANG BERKAITAN DENGAN AIDILADHA?

mari kita imbas kembali sejarah aidiladha..ia berkait rapat dengan kisah nabi ibrahim a.s dengan anaknya nabi ismail a.s..di mana nabi ibrahim sanggup mengorbankan anaknya demi mendapat mardhatillah yakni keredhaan ALLAH s.w.t..nabi ibrahim sanggup meninggalkan anaknya ismail a.s bersama-sama isterinya siti hajar di sebuah padang pasir yang tandus..hanya kerana patuh dalam melaksanakan perintah ALLAH s.w.t..nabi ibrahim juga sanggup menyembelih anaknya sendiri untuk mendapatkan keredhaan ALLAH dan tanda taat kepada suruhan ALLAH..sangat besar pengorbanan yang dilakukannya demi sesuatu yang dicintai..siapakah yang baginda cintai?dialah ALLAH yang maha esa...

"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim a.s. berkata, 'Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelih kamu. Maka fikirkanlah apa pendapat kamu!' Dia menjawab, 'Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu. Insya Allah s.w.t. kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'"
(Ash-Saffat: 102)


boleh kita lihat di sini..
i) orang yang sanggup berkorban = nabi ibrahim dan nabi ismail
ii) orang yang disayangi dan dicintai = ALLAH s.w.t
iii) jenis pengorbanan : sanggup meninggalkan anak isteri di padang pasir yang tandus..sanggup menyembelih anak sendiri..
iv) sebab pengorbanan : mencari redha ALLAH dan taat perintah ALLAH...

so..apa yang kita dapat nilai di sini..di manakah tahap kita?sejauh mana pengorbanan kita?di mana titik pengorbanan kita?dan kerana apa kite berkorban?


ada rasa tercabar?!

kebiasaan yang kita dapat lihat ialah :
i) orang yang sanggup berkorban : diri sendiri..tp kebiasaannya,sanggup mengorbankan orang lain daripada diri sendiri terkorban..kerana apa ak berkata sedemikian rupa?kerana ak bercakap berdasarkan realiti..realiti?ya...realiti...sesuatu yang zahir di mata..

kenapa ak kata cmtu?

sebab....................

cuba tengok kat sekeliling kita?


apa yang anda nampak?


apa yang anda rasa?


apa yang anda faham?


semuanya.............rosak?hancur?tidak sedap mata memandang?tiada rasa ketenangan?sedih?pilu?segala macam perasaan ada bukan?

yaa..itulah realitinya...

lihatlah diri sendiri..lihatlah pada keluarga kita..lihatlah pada masyarakat..lihatlah pada pimpinan negara dan lihatlah pada dunia!!

lihat..fikir..tafsir...

dunia sekarang semakin hancur..semakin rosak..rosak kerana manusia yang sering melakukan kemaksiatan..tiada rasa ingin berkorban..menjadi org yang sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain..

alangkah indahnya dunia ini kalo kita kembali kepada kalamullah..kembali menyusuri sirah rasulullah dan mencontohi peribadi rasul junjungan kita,muhammad s.a.w...tak sanggupkah kita untuk menjadi orang yang rela berkorban?! sepertimana nabi ibrahim sanggup mengorbankan anaknya demi ALLAH?

sanggup tak kita nak berhenti meninggalkan maksiat yang sekian lama kita lakukan?sanggup tak kita nak menangis airmata keinsafan demi mengharap rahmat dan maghfirahNYA?sanggup tak kita nak membantu insan-insan di sekeliling kita untuk menambahkan pahala dan mengurangkan dosa mereka?

pernah tak kita terfikir dan berfikir...??

kita akan menjadi penyebab utama kepada bertambahnya dosa orang di sekeliling kita hanya disebabkan diri kita sendiri?

kenapa kita tak sanggup berkorban demi mereka?demi akhirat mereka?

cuba berani menyahut seruan untuk PENGORBANAN! menjadi ORANG YANG RELA BERKORBAN!

dan yang paling penting..sanggup tak kita nak berkorban jiwa raga,harta benda,masa dan segala-galanya demi cinta kita pada ALLAH...demi cinta kita pada umat islam..demi cinta kita pada diri kita sendiri..demi cinta kita pada ibu bapa kita..dan demi cinta kita kepada segala makhluk yang ada di bumi ini..sanggupkah kita?! tepuk dada tanyalah iman..

dan sekarang kita lihat pada bahagian kedua iaitu :
ii) orang yang disayangi dan dicintai = pakwe?makwe?tunang?bezfren yang berlainan jantina?diri sendiri?harta?dwet?rumah?kereta?atau ALLAH s.w.t??pasti masing-masing ada jawapannya yang tersendiri..dan pasti ada sebab kenapa kita memilih ia sebagai orang yang kita sayangi dan cintai...

siapakah orang yang kita sayang?

---> waktu kecik-kecik dulu..ustazah selalu tanya, kamu sayang siapa?

jawapan kita : satu-satu saya sayang allah..dua-dua sayang rasulullah..tiga-tiga sayang ibu ayah..satu dua tiga sayang semuanya..(sambil menyanyi lirik lagu ni berulang-ulang kali..ibu bapa dan ustazah kita tersenyum tanda gembira dengan jawapan tersebut..dalam hati mereka..alhamdulillah..moga menjadi anak yang soleh dan solehah apabila besar kelak..)

--> bila da besar sikit..bila ditanya siapa yang kita sayang?

jawapan kita :
(perempuan) => saya sayang amin! saya saaaayang dia sangat-sangat..nanti da besar saya nk kawen dengan dia! dia hensem..baik..
(lelaki) => saya sayang noni! saya cintakan dia! nanti saya nak kumpul dwet banyak-banyak dan kawen ngn noni..

mana perginya sayang pada ALLAH yang selalu kita sebut-sebut waktu zaman kecik-kecik dulu?
mana perginya sayang pada Rasulullah?adakah ianya hanya perlu diingat sewaktu kecik dan dilupai selepas meningkat dewasa?
mana perginya sayang pada ibubapa?adakah pakwe makwe kita lebih penting berbanding orang yang melahirkan dan membesarkan kita?


pernah tak kita terfikir?siapa yang layak duduk di hati kita?pencipta atau makhluk yang dicipta?!

ayuh sama-sama merenung dan berfikir sejenak..siapa yang berada di hati ini?siapa yang paling kita sayangi?dan sanggup tak kita berkorban untuknya?dan adakah pengorbanan kita itu pada tempat yang selayaknya?!

kita lihat pula pada bahagian seterusnya..
iii) jenis pengorbanan : maruah?aurat?dara?harta?diri?dan lain-lain lagi...

menda yang paling menyedihkan pada masa sekarang..

ramai wanita sanggup menggadaikan maruah,diri dan dara mereka untuk lelaki yang mereka sayangi...

kenapa ak berkata sedemikian rupa?

cubalah lihat artikel daripada akhbar ini :

Mahasiswa IPTA buang bayi di belakang dapur

KUBANG PASU 19 Sept. – Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat menerima nasib malang apabila dibuang ibunya sendiri di belakang pintu dapur sebuah rumah di Taman Rasa Sayang di sini, semalam.
Tidak cukup dengan itu, seorang gadis dipercayai ibu bayi berkenaan telah berpura-pura kononnya ‘menemui’ seorang bayi di belakang rumah tersebut kira-kira pukul 8 malam semalam.
Difahamkan, bayi tersebut dibuang ibunya sendiri yang merupakan seorang penuntut di salah sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di daerah ini.
Gadis tersebut yang berusia 20 tahun, dikatakan melahirkan bayi tersebut di rumahnya namun bertindak membuang bayinya di belakang rumah itu bagi mengelakkan perkara tersebut diketahui ramai.
Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Ibrahim Mohd. Yusoff memberitahu, bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan.
Menurutnya, hasil siasatan, polis kemudian menahan seorang penuntut IPTA berusia 20 tahun pada pukul 9 malam bagi membantu siasatan.
“Pelajar terbabit ditahan di kawasan berhampiran dan dia ketika ini menerima rawatan di hospital sama,” katanya.
Ibrahim berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

haaa..inilah buktinya kenapa ak berkata sedemikian rupa..kerana bukti ini jelas di mata..mengikut laporan daripada JPN..jumlah anak luar nikah yang berdaftar sehingga tahun 2009 adalah seramai 70,000 orang..belom lagi yang tidak didaftarkan..kebiasaanya, anak luar nikah yang tidak berdaftar adalah dua kali ganda jumlah yang didaftarkan..betapa la manusia sanggup mengorbankan diri sendiri dan maruah demi sesuatu yang dinamakan PENGORBANAN...yaa...itulah dia namanya korban cinta...

demi cinta kepada manusia, sanggup menggadaikan maruah...sehinggakan anak yang lahir dibuang dan dibunuh tanpa ada rasa bersalah...adakah ini dinamakan pengorbanan?

"lautan api pun sanggup ku redahi demi cintaku padamu..maruah lagi la sanggup ku gadaikan demi bukti cinta ini padamu"


video

ini baru satu jenis pengorbanan..ada lagi pengorbanan yang selalu sangat manusia lakukan..iaitu...AURAT..

sanggup mendedahkan aurat demi mencari populariti..tak ikut trend la kalo pakai litup-litup..kolot la pakai baju macam ustaz ustazah ni...

dan bermacam-macam lagi jenis pengorbanan yang dapat kita lihat dalam dunia serba indah ini..

tapi..bagi mereka yang faham agama..apakah jenis dan bentuk pengorbanan yang kita boleh dan telah lakukan?


antaranya ialah dengan belajar bersungguh-sungguh..sanggup mengorbankan wang ringgit, masa tidur, masa rehat, masa main dan segala-galanya untuk mengejar kejayaan..dengan ilmu yang ada, kita mampu mengubah dunia..mampu mangubah masa depan kita..mampu mengembalikan kegemilangan islam..


kerana ilmu itu sangat penting! berkorban apa saja demi mencari sebutir ilmu..ilmu agama paling utama..ia menjadi bekalan sepanjang hidup di dunia ini..ia juga menjadi penyelamat di akhirat kelak..kerana kita takkan terlepas dari soalan munkar nakir..apa yang telah kite perbuat di dunia ini?ke jalan manakah kita mengorbankan harta kita?apa yang kita da lakukan selama masa muda kita?adakah kita membantu sahabat-sahabat seagama dengan kita?adakah kita mengamalkan segala ilmu ALLAH pada jalan yang benar?dan berbagai-bagai soalan lagi..ingatlah..dunia ini hanya sementara tapi akhirat yang kekal abadi..


berkorban demi mencari ilmu
sanggupkah kita mengorbankan nikmat duniawi hanya untuk mengejar nikmat akhirat?

inilah jenis pengorbanan yang paling bernilai..

letakkan dunia di tanganmu, bukan di hatimu...

dan terakhir sekali ialah :

iv) sebab pengorbanan : kerana manusia?kerana kemewahan dunia?kerana ALLAH atau kerana selainnya?!

kadang-kadang kita melakukan sesuatu atas dasar cinta kita pada manusia...cinta pada harta dunia dan lain-lain lagi..tapi pernah tak kita letak sebab kita rela berkorban hanya kerana ALLAH?! sama-sama kita muhasabah diri sendiri..

pastikan anda tidak tersasar dari matlamat sebenar hidup ini..

setiap apa yang kita lakukan, perlulah diniatkan kerana ALLAH s.w.t...agar mendapat keberkatan di dalam setiap pekerjaan tersebut..sekaligus menambahkan lagi bekalan kita menuju alam yang kekal abadi..sentiasalah mentajdid niat..moga ALLAH menilai setiap usaha kita dalam menetapkan hati untuk berkorban segala-galanya demiNYA..

.....................................................................

Terkorban : menjadi mangsa kepada sesuatu..

contoh yang terbaik boleh diambil ialah kisah pada zaman rasulullah...

seperti yang kita ketahui, sahabat-sahabat nabi muhammad sanggup terkorban demi agama Islam..banyak peperangan yang mereka tempuh untuk memastikan Islam bertapak di bumi ini..dan hasilnya kita boleh lihat pada masa sekarang..umat islam sentiasa ada pada setiap tempat walau tempat itu bukan tanah umat islam..dan seperti yang kita ketahui, islam pernah menakluki 1/3 dunia..betapa hebatnya umat islam pada zaman dahulu..sanggup terkorban untuk agama..tapi kita??! apakah yang telah kita lakukan sepanjang hayat kita?sama-sama fikirkan...

kebiasaan yang kita dengar mengenai dunia hari ini, ramai manusia terkorban kerana dunia..sanggup melihat bangsa dan orang yang seagama ditindas..sebagai contoh, umat islam di palestin..mereka terkorban disebabkan kekejaman zionis israel..tapi, apakah yang kita da lakukan untuk mereka?sanggup tak kite menjadi orang yang terkorban dalam peperangan menentang zionis?cerita mavimarmara menjadi bukti mereka yang sanggup terkorban atas jalan ALLAH demi membantu saudara islam kita di sana..tapi kita adakah sudah menjadi sebahagian daripada mereka?sanggup terkorban atas nama islam?


sanggup tak berkorban untuk saudara kita?

sebagai seorang pelajar, kita sanggup tak untuk terkorban dalam bidang ilmu?sanggup tak kita meninggalkan kemalasan demi kejayaan akan datang?sanggup tak terkorban demi mencari ilmu ALLAH yang sangat luas ini?sanggup tak kita terkorban untuk melihat airmata kegembiraan ibu dan ayah kita melihat kejayaan kita?sama-sama kita renungkan...kerana medan perang kita pada zaman sekarang adalah medan ilmu manakala medan perang sahabat-sahabat rasulullah adalah medan jihad..mereka bersungguh-sungguh dalam mempersiapkan diri dari segi mental, fizikal dan rohani..tapi kita hanya perlu duduk di rumah dan mengulangkaji pelajaran..jauh beza perjuangan kita dengan perjuangan para sahabat bukan?jadi ayuh sama-sama kita kembali kepada nawaitu sebenar..kenapa kita belajar dan untuk apa kita belajar?

..................................................

Dikorban mengikut mazhab cik nisaulfadhilah ialah : perasaan rela hati untuk menjadi mangsa seperti dia sanggup dikorban demi dewanya..(seperti iluminiti)..maksud lain mengikut pendapat ak ialah binatang yang dikorban seperti lembu, kambing dan unta..


dalam sambutan aidiladha, haiwan-haiwan seperti di atas akan dikorbankan..ianya menunjukkan tanda ketaatan kita pada ALLAH dan menyucikan jiwa-jiwa kita..sekaligus memperingati sejarah nabi ibrahim dan nabi ismail..

menyentuh perihal binatang yang dikorban ini..pernah tak anda dengar mengenai perbezaan antara cara penyembelihan umat islam dan cara penyembelihan orang bukan islam?


yaa..ramai yang mengatakan cara islam lebih bersifat kekejaman..tapi kalo kita kaji, cara islam adalah cara yang terbaik dan tidak menzalimi binatang tersebut..bila kita putuskan urat pada lehernya, semua darah akan terpancut keluar..maka segala toksik dalam badan binatang tersebut akan keluar dari badannya..ini menyebabkan daging binatang tersebut segar dan bersih..ianya juga tidak menzalimi binatang tersebut kerana proses kematiannya tidak memerlukan masa yang lama..berbanding cara penyembelihan orang bukan islam seperti menggunakan renjatan elektrik, tembakan dan bermacam-macam cara lagi yang menyebabkan binatang itu terseksa..cra ini juga menyebabkan toksik dalam badan binatang itu tidak terbuang dan sekaligus menyebabkan daging tersebut tidak segar..

islam itu sangat cantik bukan?setiap yang allah perintahkan sangat cantik hikmahnya bagi mereka yang mahu berfikir..

..............................................

Mengorban : kesanggupan melaksanakan sesuatu..

sebagai contoh, aidiladha jatuh pada bulan zulhijjah..dalam bulan zulhijjah, ramai umat islam melaksanakan ibadah haji..kesanggupan dalam mengorbankan wang ringgit, masa dan tenaga untuk melaksanakan ibadah ini adalah sesuatu yang amat payah..bukan sikit wang yang diperlukan untuk pergi ke sana..bukan sikit masa dan tenaga yang dikorbankan demiNYA..hanya kerana ingin menyahut seruanNYA, ia menjadi penggerak utama untuk mengorbankan segala-galanya..masyaALLAH!

........................................................

banyak lagi contoh lain yang boleh kita perbincangkan berkaitan pengorbanan, terkorban, dikorban dan mengorban...

kerana apa?

kerana setiap sesuatu yang ALLAH takdirkan di dunia ini pasti ada sebab dan asbabnya..

pasakkan keimananmu kepada tuhan pencipta..dekatkan diri padaNYA..

moga dengan ini, kita takkan ragu-ragu untuk mengorbankan segala-galanya demi agama yang tercinta..

sama-samalah kita menghayati erti sebenar perayaan Aidiladha ini..

wallahua'lam...


cik nisaulfadhilah wish selamat hari raya aidiladha kepada pengunjung blog!

........................................................

Fitrah_mujahidatunnisa merenung sejenak erti pengorbanan..







3 comments:

FilZah ZayaNah said...

Salam'alaik.

Pengorbanan,
Usia menginjak dewasa,
Dugaan bertambah,
Pengorbanan perlu istiqamah,
Thabbit quluubana, ya Robb.

_Pemerhati Kehidupan_

dAk aDaB said...

k annis...
fuy00 pnjang btol post akk..mantap2!!!
awt cm kenal je gmbr lembu2 tu ??
amik kt fb dak adab ye??keh3..

Hilal Asyraf said...

:-)

(pengadil)