Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Sunday, December 19, 2010

kisah nabi hud dan winter jordan?


bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah..setelah sekian lama menyepi akibat second exam yang berderet2...akhirnya dapat gk ak mencoretkan ilmuku d sini...ari ni ak nk share ngan korg 1 cite...cite yang ada kaitan dgn cite hidup kita..tapi,adakah kita sedar atau x?kne tny diri sndr la...........

.................................................................

winter............

perasan x sesuatu ttg winter kt jordan ni?

pelik kan?

tapi benar..........

biasanya penghujung bulan 9 da mula sejuk...tp kali ni panas...

masa berganti masa..bulan berganti bulan...

panas terus menimpa bumi anbiya' ni...

tup2...bulan 12 d kejutkan dgn winter mengejut..hujan tiba2..salji turun dgn tidak d sangka..

masyaALLAH...subhanallah..alhamdulillah...akhirnye ALLAH menurunkan rahmatNYA pada kita....

time tu rasa seronok sgt..akhirnye winter menjelma...tapi..........hanya sekejap je..skang da mula panas balik..matahari da mula memancarkan keterikannya...huhu...

pelik...tapi benar...................

...............................................................................

adakah ini tanda ALLAH nak gtau sesuatu pada kita?

adakah ini tanda bala ALLAH pada kita atas dosa2 dan maksiat yang kita lakukan d dunia ini?

allahummaghfirlana yaALLAH....ighfir zunubana yaALLAH....allahumma ameen~~

.............................................................................

kadang2 kita x perasan pe yang berlaku tu merupakan ujian dari ALLAH tuk kita...

jadikanlah diri kita sebagai orang yang mahu berfikir dan sentiasa memikirkan segala yang berlaku d bumi ini..

...........................................................................

kejadian hujan,angin kuat,panas yang berlaku d bumi jordan ini membuatkan ak berfikir....

tentang kisah nabi hud dan kaumnya...kaum ad...

............................................................................

kisah nabi hud dan kaum ad...

nabi hud menyeru kaumnya agar menyembah ALLAH,tapi mereka degil...xnk beriman pada ALLAH...

maka,setelah sekian lama berdakwah,akhirnye nabi hud meminta kepada ALLAH agar menimpakan azab yang keras kepada kaumnya...

cuba teka azab apa yang mereka terima?

azab.............PANAS YANG SANGAT PANAS DAN MENYEBABKAN KEMARAU....SEJUK YANG SANGAT SEJUK DAN MENYEBABKAN KEMATIAN...

yaa...inilah azab yang mereka terima...

sebab tu lah ak kata...cuaca sekarang ni cm ada kaitan dengan peristiwa nabi hud dan kaumnya ni...

tapi..pernah x kita nk berfikir??

tepuk dada tanya diri..tanya iman anda..tanya dan teruskan bertanya..buka mata anda!!

sesungguhnya al-quran itu qalam ALLAH yang benar...cite nabi hud dan kaumnya ni ada terkandung di dalam kitab ALLAH itu....

di katakan....ketika waktu panas yang terik tu...kemarau yang lama menyebabkan mereka kekurangan air..tumbuh2an mati dan macam2 lagi la yang berlaku..so,kaum ad ni pn jumpa nabi hud..mereka ckp ngn nabi hud..kalo tuhanmu benar...maka,pintalah padaNYA supaya d turunkan hujan..sekiranya hujan turun,maka kami akan mempercayai keagungan tuhanmu itu...

maka,nabi hud pun meminta ALLAH penuhi permintaan mereka tu..tp mereka xtau pn bahwa panas dan sejuk yang ALLAH timpakan itu adalah azab untuk mereka....

dengan takdir ALLAH..maha suci ALLAH...ALLAH datangkan kepada mereka awan hitam...maka mereka pun bersorak keriangan kerana hujan akan turun..kemarau akan tamat..tapi,mereka tetap juga tidak beriman..malah makin seronok dgn aktiviti penyembahan berhala mereka itu...allah timpakan kesejukan dan angin kuat selama 8hari 7malam...

walaupun mereka lari ke mana2 angin kuat tu mengejar mereka...mereka lari k dalam gua pn,angin kuat tu ada...sehinggakan ramai yang mati ibarat sampah sarap yang bertaburan...ada yang putus kepala bila mendongak kepala k atas dek angin yang kuat...maka bercerailah kepala dari tubuh2 mereka..

begitulah azab ALLAH terhadap hamba2nya yang ingkar...

.........................................................

jadi,kita yang masih hidup ni...ambillah iktibar dari kisah ni..

selalu la bertanya pada diri....

adakah hari ni kita da laksanakan kewajipan kita pada yang maha ESA?

adakah hari ni kita da berzikir memuji2 kebesaranNYA?

adakah hari ni kita da berselawat ke atas rasul junjungan kita?

da berapa banyak maksiat yang telah kita lakukan?

sudahkan kita memohon keampunan dariNYA?

ayuh sama2 koreksi diri..perbaiki segala kekurangan..moga ALLAH redha akan kita...

...................................................................

fitrah_mujahidatunnisa memohon keampunan dariNYA...ighfir zunubana yaALLAH~

Monday, December 13, 2010

uwais al-qarni

bismillahirrahmanirrahim...

da lame x mengupdate blog yang da bersarang tebuan nih..tetibe je gatal2 tangan nk coretkan sesuatu sementara teman cik abg study tuk exam sok...

actually ak da jatuh cinta ngn lagu uwais al-qarni ni..n dgn ase ingin tahu yang amat mendalam,makanya ak pn try la google cerita beliau...tapi.....ak hampa..ak xtau yang mana 1 versi yang tepat..mcm2 versi ada...huk2...so...juz bc je la tp x berani nk share ngn org len...hehe~ *kerana versi yang d baca amat ketara perbezaannye antara satu sama lain yang menyebabkan kesalahfahaman terhadap sejarah uwais..~

.......................................................................

papepun...menda yang plg ak tertarik dgn cerita uwais ni ialah namanya sunyi di dunia tapi terkenal di langit sana....

tu yang menyebabkan ak ase cm seronoknye jd cm uwais ni...x perlu nk kejar harta pangkat kt dunia ni kalo semata2 untuk femes d bibir org tp sunyi d bibir para malaikat dan pencipta kita,ALLAH s.w.t....nauzubillah...

...................................................................

UWAIS AL QARNI…

ENGKAU HANYA SEORANG INSAN BIASA
DARI KALANGAN BANI YAMAN
DISISIMU TIADA PUNYAI NAMA
PANGKAT DARJAT MAHUPUN KEDUDUKAN

SETIANYA UMAR ALI MENANTI SATU HARAPAN
KERNA MENGHARAP PENGAMPUNAN
SEPERTI MANA YANG TELAH DIKHABARKAN
OLEH UTUSAN RASUL JUNJUNGAN

KEADAANMU DIPANDANG HINA
KERNA BERPAKAIAN SERBA KEDHAIFAN
NAMUN BEGITU KAU SENTIASA MELEMPARKAN
PANDANGANMU KETEMPAT SUJUDMU

WAHAI UWAIS.. KEKASIH ALLAH
SUNYINYA NAMAMU DI DUNIA
TETAPI TERKENAL NAMAMU DISANA
SEHINGGA RASUL MENYINTAIMU

BERUZLAH DIRIMU DARI MANUSIA
KERNA INGIN MENGABDIKAN PADANYA
BAGIMU MERASA AMAN BERSAMANYA
BAGAIKAN ALAM ADALAH DIRINYA…

..............................................................................

fitrah_mujahidatunnisa bercita2 nk letak nama anak uwais al-qarni..keh3~

Tuesday, December 7, 2010

menjadi modal kebangkitan islam~

bismillahirrahmanirrahim...

mari sama2 mencapai ustaziatul alam ni...

alhamdulillah...hari ni ALLAH beri peluang pd kita semua utk menghirup udara seperti smlm...mari sama2 puji memuji ALLAH s.w.t d atas pemberianNYA yang tak terhitung banyaknya ni...alhamdulillah...

subhanallah..alhamdulillah...lailahaillallah...allahuakbar...

.............................................................

actually ari ni ak sj nk share ngn korg sume ttg 7 maratib amal..ak tau korg pasti da tau menda ni...
tp sekadar nk mengingatkan balik je...sperti dlm surah al-asr :

demi masa...
sesungguhnya manusia d dlm kerugian...
kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan berpesan2 dgn kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran...

so...x salah kn ak juz nk mengingatkan pada yg terlupa...dan mengajarkan pada yg x tahu?moga ALLAH melapangkan hati2 kita dalam menuntut ilmuNYA...

7 maratib amal :

1) fardi muslim

2) bayt muslim

3) mujtama' muslim

4) kerajaan islam

5) daulah islam

6) empayar islam

7) ustaziyatul alam
so...yok sama2 perbaiki diri tuk mencapai tahap yg ketujuh ni...wpun pada masa tu,mungkin kita da xde kt muka bumi ni...tp kita menjadi modal dalam perjuangan menujunya...
mudah2an segala kebaikan yg kita lakukan d dunia ini akan d hisab oleh ALLAH dan memudahkan perjalanan kita masuk k syurgaNYA..ameen...
islam mencapai ustaziyatul alam setelah menempuh 600 tahun...tp setelah melalui proses dakwah dan tarbiyah...tarbiyah islam...islam agama yg syumul...berpeganglah dgn agama ini,sesungguhnya hanya agama ini yg mendapat jaminan dari ALLAH s.w.t....
skrg kita berada pada zaman jahiliyah...spertimana zaman jahiliyah mekah dahulu...
kita perlu membentuk diri kita sepertimana rasulullah membentuk para sahabat...
tanamkan ciri2 keislaman dan kefahaman islam yang benar dalam diri kita...
kerana apa?
kerana kekuatan sesebuah negara itu bergantung pada kekuatan rakyatnya..
utk membentuk negara islam tu sndr,kita kne kuat dalam pegangan agama islam kita dahulu!!
so..ayuh sama2 koreksi diri...
kita cuba utk menjadi yang terbaik..bentuk diri mengikut acuan islam...
moga ALLAH redha....
.................................................................
Fitrah_mujahidatunnisa nk jd modal kebangkitan islam!

Monday, December 6, 2010

penyakit mulut...

bismillahirrahmanirrahim...

assalammualaikum w.b.t teman2 seperjuangan sekalian?

apa khabar imanmu hari ini?apa khabar pelajaranmu sem ini?dan apa khabar bahasa arabmu sepanjang di bumi anbiya' ini?tepuklah dada tanyalah diri...kalo taknak tepuk dada,tepuk je la pape,asal anda dapat jawapannya...

ok..ari ni ak nk berkata2 tentang masalah mulut...masalah yang amat menakutkan penduduk malaysia di irbid ini..

apakah itu masalah mulut?jom kita kaji sama2...

masalah mulut boleh dikategorikan kepada banyak bahagian dan antaranya ialah :

1) malas bercakap
2) lidah kelu ketika bercakap
3) gagap ketka bercakap
4) bisu terus

haaa...inilah realiti sebenar masyarakat malaysia yang bergelar mahasiswa...bila bercakap dengan arab je,mesti penyakit2 ni akan datang dengan tak disangka2...

papepun TAHNIAH diucapkan kepada mereka yang boleh mengatasi masalah mulut ini..

kerana apa?

kerana mereka berani...mereka tak malu untuk mencuba menggunakan perkataan2 arab walaupun mungkin salah atau tunggang terbalik susunan ayatnya seperti contoh : aku makan ayam ---> ayam makan aku...itu tak mengapa...jangan malu dan jangan segan untuk berkomunikasi dalam bahasa arab...

biarlah ditertawakan rakan sebelah (walaupun waktu tu kita rasa nak je pukul kawan kita yang dok gelak2kan kita tu)...biarlah ditegur oleh minah arab cun...mamat arab ensem....biarkan2x...biarkan semua itu! pastikan korang cuba untuk terus berkata2 dalam bahasa arab...

jangan ada perasaan malu dalam diri untuk mencuba sesuatu yang baru..yaa..mmg kadang2 ak pun rasa tak yakin untuk berkata2 dalam bahasa syurga tu..tapi kita kene ingat...sampai bila kita nak jadi cmtu?sampai abis blaja dan balik malaysia?abis tu apa yang membezakan kita dengan mahasiswa yang blaja kat dalam negara  kalo sepatah haram bahasa arab pun kita takleh nak ungkapkan?nauzubillahiminzalik...mudah2an,kita semua d lembutkan lidah dalam menuturkan bahasa yang mulia ini...ameen~

jadi,bagaimana penyelesaian dalam menangani masalah mulut ini?

seperti yang telah ak katakan di atas sana, boleh ak simpulkan bahawa antara langkah2 yang boleh diambil bagi mengelakkan penyakit ini menular dengan lebih parah ialah :

1) self-confident (kene rasa kompiden je bila bercakap arab..ayat salah tak salah tu nombor dua)

2)jangan malas bercakap (kalo arab atau doktor kuliah atau sape2 je la yang bertanya,jawab la...jangan asik dok pass2x kat kawan sebelah,mintak tolong jawabkan..bila lagi kita nak cuba hubungan dua hala dalam bahasa syurga ni kn?)

3) kalo gagap, teruskan je bercakap sambil abis ayat tu..(bak kata orang tua2...biar lambat asal selamat...biar lambat asal dapat)

4) kalo anda tergolong dalam jenis yang tak boleh bercakap dalam bahasa arab langsung,makanya,ambillah kamus dan cuba tuk meninjau2 isi di dalamnya dan mempraktikkan kepada rakan serumah..kalo malu,bercakaplah di hadapan cermin..insyaALLAH,lama kelamaan nanti,anda pasti dapat bertutur dalam bahasa arab ni...

5) rajin2 curi2 dengar arab bersembang...(kalo tengah takde keje tu,pergilah merayap ke mana2 tempat yang ada arab dan duduk di sebelah mereka...dengar perbualan mereka dan cuba tuk memahaminya...insyaALLAH, lama kelamaan kita akan dapat menguasai bahasa pasar (ammiah) dengan cepat dan tangkas serta mudah....

6) cuba membaca kitab2 arab yang mudah2 bagi mereka yang baru nak berjinak2 dengan bahasa arab...dan bagi sesiapa yang da mantap bahasa arab tu,cuba bantu rakan2 yang lain..kalo nak lagi mencabar,cuba la tuk menterjemahkan kitab2 yang anda rasa anda mampu nak menterjemahkannya...melalui cara ni,kita boleh menguji sejauh mana tahap penguasaan bahasa kita....

dan lain2 lagi............

papepun,bagi pendapat ak...cara dengar,faham,hafal n amalkan sangat2 berguna untuk masa depan...

i) mula2 kita dengar orang2 arab menuturkan kalimah2 arab...
ii) pastu kita cuba tuk memahaminya dengan menggunakan otak pada tahap yang paling maksimum...
iii) hafal mana2 kalimah yang kita tak pernah dengar seumur hidup kita dan amalkan untuk bertutur dalam bahasa arab setiap hari..kalo nak wajibkan diri bercakap dalam bahasa arab paling kurang sepanjang sesi kuliah pun ok...asal kita latih diri untuk bercakap..

insyaALLAH...masalah penyakit mulut ini akan dapat diatasi dengan izin ALLAH...

MAN JADDA WA JADA...WA MAN ZARA3A' HASODA..

ingatlah bahawa bahasa arab ini adalah bahasa yang mulia...bahasa quran..bahasa syurga...bahasa rasulullah dan ibu segala bahasa....

wahai pelajar yarmouk...
anda belajar segala ilmu di kuliah dalam bahasa arab...
tapi tidakkah anda segan dengan rakan2 yang lain jika anda tidak mampu bertutur dalam bahasa arab?
jadi,hapuskanlah rasa malu dan segan anda itu!!
cuba bercakap...dan terus mencuba...
insyaALLAH...anda akan jadi orang yang mahir dalam bahasa arab...

wahai pelajar just..
walaupun anda belajar dalam bahasa inggeris..
tapi anda kene sedar bahawa anda berada di negara arab..
penduduknya bertutur dalam bahasa arab..
takkan sampai masuk klinikal baru anda mahu terhegeh2 belajar bahasa arab?
mulakan dari sekarang!
berusaha untuk memperbaiki bahasa arab anda!!
insyaALLAH...anda akan menjadi orang yang paling bijak...

jadi...ak menyeru kepada semua rakan2 seperjuangan..marilah kita bersama2 memartabatkan bahasa arab...
untuk memahami islam dengan lebih mendalam,dalamilah bahasa syurga ini dulu...kerana quran dan sunnah itu datang dalam bahasa arab...

moga ALLAH permudahkan urusan kita dalam mempelajari ilmuNYA...ameen~

............................................................................
Fitrah_mujahidatunnisa nak jadi pakar bahasa!

walimah kami (1/10/2010)

bismillahirrahmanirrahim....

malam ni adalah malam cuti kerana sok adalah 1 muharram...

tetibe je tersyok sndr dengan laptop ni..muahaha....n terjumpa la gmbr2 walimah ari tu....

so...ak ase,x terlambat ag tuk ak mengucapkan terima kasih banyak2 kepada rakan2 sebatch ak yg bersengkang mata dan sanggup mengerah keringat demi melaksanakan walimah tersebut...

korang memang d bez la..x terbalas jasa2 korang...moga ALLAH memberikan ganjaran yang setimpal dengan apa yang telah korang buat untuk kami...ameen~

walimah kami telah d adakan pada 1/10/2010 bersamaan hari jumaat selepas asar...lebih kurang kul 4 petang...majlis tamat malam...tp tak tau la kol bape coz tetamu bersurai kol 1 pagi...uhuk~

errmmm...so..ak nk share la pic2 spjg walimah tu..tp tunjuk skit2 je la ek..kalo nk tgk lebey2,meh dtg umah...hehe...

............................................................................

ni adalah bilik tidur...comel kawan2 kami hias...
pelamin romantik...hehe..
skuad rombongan hantaran
hantaran yang paling ak suka! kaabah yang dalamnya ada quran...

lilin tepi kamar pengantin....
hadiah comel!

love with rose petal
my crown n necklace..
persiapan tuk makan beradab
rombongan lelaki sampai...
us
moga ALLAH redha..
..................................................

alhamdulillah...selesai sudah upload pic2 ni...

begitulah antara gambaran perjalanan majlis..

actually ada ag....macam2 yang menarik laaaaaaaaa.....

mula2 tu, ak bersiap kt umah mak andam (ameera suad) n kak kelly jd photographer, iman jd tukang pin2kan tudung...najwa n dak adab jd tukang bising merangkap pengapit n v.i.p ak..ngeh3~

sampai2 je k tempat kejadian (iaitu umah kami), ak terus d sambut oleh makcik arab tu dengan jeritan ololololooo sekuat2 ati die..isk~wt malu je...T__T...siap ckp ag,pengantin datang2x...uhuk~~

pstu...masuk umah,salam2 n bergambar skit2...pastu terus d panggil kuar..katanya pengantin lelaki nk dtg...pstu...tggu la kt luar...ingtkn da sampai,upe2nye x sampai ag...so sambung la usha2 gelagat kawan2 ak yang bz uruskan majlis..ak xleh tlg..sbb ak kn raja sehari...muahaha~

pstu...suami ak pn sampai...cm prince charming plak ha..ak kne tggu die kt bawah tangga...konon2 cm ak sambut die la...blkg ak berderet skuad hantaran...hehe...pstu...ak ngn najwa tunggu je la kt bwh tu sampai suami ak sampai kt bawah..n yg plg x tahan ada pantun...najwa la plg power sbb die bc pantun gune henset..weewiiitttt!!

pstu,tgk org wt persembahan kungfu ke ape ke ntah namanya....haha(yg pasti seni mempertahankan diri bukan melayu punye..) pstu terus kene halau g meja makan beradab...

haa...time kt sni...kami dihidangkan dengan macam2 makanan sambil juruhebah majlis wt2 bising kasi meriah lg...pstu dorg baca dedikasi2 org ramai...ase cm hot gler ah~~haha...pstu ada tayangan filem time kami akad nikah..pstu...ada persembahan org nyanyi2 sambil main gitar plak...pstu.........makaannnn~~

abis je mkn, amik2 gmbr sampai la k mlm...mmg letih sgt laaa...tp seronok!!

time amik2 gmbr tu, kami ada gk wt rakaman video ala2 berlakon...tp xtau la kwn2 nk wtpe dgn rakaman tu..kami beraksi sperti yg d arahkan...tp serius..mmg sempoi la kwn2 kami...hehe...thanks bnyk2 korg!!

...................................................................

haa...setakat tu je la gambaran perjalanan majlis walimah kami....

wpun kami kawen d jordan, akad nikah tanpa wali (abah) dan menggunakan wali hakim sahaja...walimah pun kwn2 yg support...mmg terasa meriah sgt...pengalaman yg xleh d lupakan seumur hidup...moga ALLAH meredhai kalian....

terima kasih banyak2 kawan2!

syukur yaALLAH kerana telah mempermudahkan segala2nya...

alhamdulillah wa syukur lillah...

................................................................
Fitrah_mujahidatunnisa tersenyum2...hehe..
...........................................................

hijrah!

bismillahirrahmanirrahim...



alhamdulillah..segala puji bagi ALLAH...

akhirnya ari ni irbid dilimpahi hujan rahmat dari ALLAH s.w.t...menandakan bahawa ALLAH menyayangi kita semua..jadi,sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat pemberianNYA pada kita?

ramai manusia yang berbuat kerosakan di muka bumi ini...sehinggakan ALLAH murka dengan kita..lantas di datangkanNYA dengan berbagai2 musibah tapi kita tidak menyedarinya..adakalanya kita yang sengaja membuat pekak telinga,menjadi seolah2 buta mata dan bisu berkata2...melihat sahaja kemungkaran tanpa ada tindakan..

yaaa..kerana itulah ALLAH tidak menurunkan rahmatNYA pada kita..

kerana apa?

kerana Dia mahu kita sedar akan kesilapan dan kealpaan kita...

Dia mahu kita memuhasabah kembali segala apa yang telah kita lakukan selama hidup di dunia ini...

astaghfirullahalazim...sungguh banyak dosa2 yang telah kita lakukan bukan?maha suci ALLAH,hanya Dia yang maha penerima taubat hamba2nya...

......................................................................

1 muharram 1432hijrah...

yaa..kita sudah masuk k tahun baru..tahun baru dalam kalendar islam..

beruntung bukan menjadi seorang muslim...

dapat merasai 2 kali sambutan tahun baru...alhamdulillah..segala puji2an hanya untukMU yaALLAH...

.....................................................................

salam maal hijrah kepada semua penduduk d alam semesta ini...

sudahkah kita meletakkan azam baru dalam diri kita?

sudahkah kita melaksanakan azam2 yang terdahulu?

ayuh sama2 koreksi diri...apakah masih ada kelompongan pada azam2 kita tu?

kalo masih ada,jangan khuatir..kerana apa?kerana kita masih ada peluang untuk memperbaikinya..

selagi hayat d kandung badan..selagi umur masih ada...jangan mudah putus asa..jangan cepat mengalah..bangun dan terus bangun..teruskanlah perjuangan kita selagimana kita diberikan nikmat yang lima itu..iaitu nikmat sihat,muda,lapang,kaya dan hidup..

sama2 kita melihat kembali sejarah rasulullah...baginda berhijrah bersama para sahabat demi menegakkan agama islam..demi membawa pembaharuan dalam agama islam..demi membentuk perpaduan antara umat islam...berhijrah kerana ALLAH dan ISLAM...subhanallah..masyaALLAH....sungguh tabah mereka semua dalam menghadapi tentangan kafir quraisy mekah...

tapi kita??

pernah tak kita terfikir dan berfikir?

sejauh mana penghijrahan yang telah kita lakukan selama ini?

adakah hanya dengan penghijrahan tempat?dari kuala lumpur k sabak bernam?dari klang ke negeri sembilan dan lain2 lagi?adakah ini makna hijrah yang kita faham?! adakah ini?

tidak sama sekali...

definisi hijrah itu luas...

berhijrah dari buruk kepada baik...berhijrah dari baik kepada yang lebih baik dan berhijrah hgg k tahap yang paling tinggi...

kalo selama ni kita selalu sangat wt dosa,pasni cuba tuk mengubah diri untuk mengurangkan dosa tu dan snts beristghfar...setiap kali nk lakukan dosa,ingat balik amaran2 ALLAH...tidak takutkah kita akan azab ALLAH?mahukah kita duduk d neraka bertemankan kala jengking dan ular2 berbisa?makan daging2 bangkai dan minum air yang menggelegak dan busuk seperti nanah dan darah?sanggupkah kita?nauzubillahiminzalik..

jadi...ak nk menyeru kpd semua umat islam...ayuh sama2 kita perbaiki diri untuk menjadi yang terbaik...moga ALLAH meredhai hidup dan memberkati umur kita...insyaALLAH...

.................................................................

hijrah itu memang susah...
hijrah itu memang payah...
hijrah itu menuju ALLAH...
di hujungnya hasanah....

..............................................................

jom sama2 menghayati lirik lagu devotees ni....salam maal hijrah!



.................................................................
Fitrah_mujahidatunnisa mahu berhijrah ke arah yang lebih baik!

Wednesday, December 1, 2010

aktiviti d kala bosan...

bismillahirrahmanirrahim...

slmt ptg sume! ari ni ari rabu bersamaan sehari sebelum exam sok..uhuk~seselamber badak je men tenet...ble nk study ni?wuuu~T__T

tgh2 nk cri mood ni..tetibe ase cm nk conteng2 blog ni...

jom tgk aktiviti kami d kala bosan..................

..................................................................

ini adalah blueberry cheesecake


ayam bakar (tp cahaya kamera x bape lawa)

karipap (abg syg yg tlg kelepetkan..cun..haha)

ikan masak tumis..

makanan bujang yang simple(nasi lauk sayur tumis ngn telur goreng plus coslow)
ikan bakar beserta sambal asam tuk cicah
sup daging beserta sambal cili bukan api
nasi lemak satu pakej
nasi goreng tibai2
nasi ala2 kampung (ayam goreng power ngn sayur lemak)
kuew tiaw tomyam
roti canai tibai2 (buat sendiri)
kek qisytoh
........................................................................

haa..ni la antara hasil masakan d kala kami bosan2...ada banyak ag, tapi malas nk amik gmbr...

k la...tu je nk share...mudah dan simple bukan?!

well...masak itu x susah..tapi seronok...

.................................................................

cuma waktu exam je ak xleh nk masak..sian cik abg..kne buli..

papepn, thanks abg sudi tlg amik alih tugas memasak time exam menjelma...

...........................................................

fitrah_mujahidatunnisa suka memasak...

Monday, November 29, 2010

nasihat tuk junior

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah,segala puji2an hanya untuk ALLAH,tuhan pencipta sekalian alam..

sekarang adalah musim exam..musim di mana semua manusia berjuang bermati2an demi kejayaan..

alangkah bahagianya kalau kita berlumba2 mengejar kejayaan akhirat sepertimana kita berlumba2 mengejar kejayaan dunia..

..............................................................................

alhamdulillah..sepanjang sem ni..bnyk menda istimewa berlaku pada diri ini..

antaranya :

1) di kejutkan dgn berita nk khirij atau dlm bhasa ibundanya...nk grade...

waaa...gembira sggh rasa d hati..ingin sekali ku menjerit dan beritahu kpd dunia.....akhirnye ak berjaya! berjaya menempuh 4 tahun berjuang di negara orang..tp dalam masa yang sama,sayu sgt sbb ak da nk abis blaja..mesti rindu sangat2 kt doktor2 yang da banyak mengajar ak ilmu baru...

kuliah adab meninggalkan 1001 memori...kesusahan belajar...akhirnye.........terbalas dgn nikmat ilmu yang x terbanding nilainya..yaALLAH,ak bersyukur kepadaMU...KAU jua yang maha mengetahui diri ini...sejauh mana potensi diri dan sejauh mana kekuatan diri ini..

terkadang2 kita nk sesuatu tp kita x dpt..cm ak...nk sambung kos yang berkaitan ngn sains..tp dgn takdir ALLAH yang maha kuasa,ak sambung bahasa arab dan kesusasteraan..walaupun pada awalnya,ase cm x bez kos ni,tp ble da menjejakkan kaki k bumi anbiya' ni..masyaALLAH!! bersyukur...dan terus bersyukur..alhamdulillah.....ilmu ni sgt meluas! sangat unik..bahasa arab...ak amat menyayangimu...

akan ak teruskan perjuangan demi memartabatkan bahasa arab di muka bumi ini!!

bahasa arab adalah bahasa syurga...bahasa quran...bahasa rasulullah...ibu segala bahasa!

dengan mendalami bahasa arab,kita akan merasa keagungan ALLAH s.w.t...kita akan merasa betapa hebatnya agama kita..betapa cantiknya bahasa ini...subhanallah..masyaallah...segala puji2an hnya untuk Allah..

ha...ckp pasal nk grade ni,ak nk pesan kt junior2 ak..teruskan perjuangan kalian di bumi yang penuh barakah ini..jgn cpt menyerah kalah..kalo doc kasi markah skit2,jangan mudah mengeluh..anggap itu satu titik permulaan untuk terus maju k dpn..

wahai junior bahasa arab ak...
peganglah ilmu yang kalian ada dgn sebaik2nya..
hargailah setiap ilmu yang korang dapat...
jadilah ahli nahu yang pakar..
jadilah ahli sorof yang mahir..
jadilah ahli syair yang mantap...
jadilah ahli nasar yang hebat..
jadilah ahli dalam setiap ilmu lughah!!

kerana apa?
kerana ilmu d yarmouk university ni sangat berharga..x sama dgn belajar kt tmpt lain..
lebih2 lagi dgn kepakaran doc kita yang tiada taranya...
mereka pakar..kita pasti boleh menjadi seperti mereka...
teruskan perjuangan mereka...

lughah arabiyah..walau susah tapi seronok..
sebab..............

ilmu lughah itu luas dan indah!!

kepada junior2ku..teruskan perjuangan kalian!

jatuh sekali bukan bermakna jatuh selama2nya!!

bangkit dan terus bangkit...

...............................................................................

senior2 kalian da nk pulang k msia...kalo ase nk berguru dgn kami,boleh la roger2..insyaALLAH,kami cuba membantu kalian setakat yang termampu..

sharing is caring...

nk share ilmu dgn adik2 supaya ilmu yang kami ada sentiasa mengalir dan insyaALLAH menjadi saham d akhirat kelak..

akhir kalam...
kami (senior2) sayang kepada junior2..teruskan perjuangan kalian ya...niatkan belaja kerana ALLAH!

HIDUP BAHASA ARAB! HIDUP AL-QURAN DAN AS-SUNNAH...

sesungguhnya al-quran dan sunnah itu dalam bahasa arab..untuk memahaminya,kite perlu mendalami ilmu ni..jadi,gunakan keistimewaan yg ALLAH da berikan pada kita..manfaatkan dengan sebaiknya..

moga ALLAH redha!

.............................................................

Fitrah_mujahidatunnisa sayang bahasa arab!

Friday, November 19, 2010

sambutan raya!

aidiladha tahun lepas
bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah..hari ini adalah hari keempat bagi hari raya aidiladha..

perayaan adha kt sini sangat meriah..seronok sgt!

kalo la malaysia pun sambut raya haji cmni...msti seronok!

semalam ada potong2 daging lembu dan kambing kecik2...

seronok sebab ada nilai ukhwah dan kerjasama..

dan akhirnya...alhamdulillah..daging2 tu berjaya di kecil2kan dan di buang lemak2nya untuk agihan...

.........................................................

pada hari raya pertama............

hehe..pertama kali sambut raya dengan suami tercinta..

meriah sangat...

masak makanan raya...menu nasi himpit buatan sendiri, kuah kacang, ayam kari dan ayam rendang...sume masakan ni ak wt sorg2..sebab cik abg ak da terpengsan..penat sgt..kesian~~

start memasak kol 1:30 pg sampai kol 5:30 pg...

yang pling bez...ialah..1st time kot wt kuah kacang ngn rendang bukan segera...hak2..alhamdulillah, berjaya..

so...hari raya pertama tu, kami pn wt open house...ramai tetamu dtg...seronok..meriah! =p

...........................................................

pg2 raya tu..

seronok sbb tlg siapkan cik abg..adooii~~jaga dia sorg je da cm jaga 10 orang dak kecik..pening2..haha..

kalo nk ase keadaan ni, sila la kawen cpt2 bg sape2 yg blom kawen..keh2..yang da kawen, msti da ase keadaan ni kn?riuh rendah umah..haha...

pstu..da gelabah2 kemas umah, ngn nk siapkan cik abg, ngn nk iron baju ag, ngn nk hidang makanan ag, ngn nk mandi sunat rayanya ag..mmg x ckup tangan la...melompat2..menjerit2..menggelabah..sume ada..

sib bek xde org yang rakam..ahak~

...................................................................

pstu...raya2 yang seterusnya, cuma g beraya umah2 student2 kt jordan ni je..seronok sebab leh kenal ngn ramai org..plg bez ble jumpa zaujah2 len..dorg bwk baby kecik..suke sgt tgk dak2 kecik ni...isk~~xleh tahan nk gigit pipi baby2 tu! haha~ (sy bukan hantu yg ada gigi taring tau...~)

pstu bez gk jumpa senior2..tp malu2 gk la sebab dorg asik tanya, cmne life pas kawen?haha..malu laaa...x terjawab kot..papepn, yang ak bleh concludekan, sgt gembira la..nk tau yang betol2, sila kawen dl..hehe..

pstu gembira sebab dpt kenal ngn adik2 junior..sian korg...i mmg sgt susah nk ingt nma korg tp i ingt je muka korg.korg je yg kenal i..tp i...............uhuk~ampun ya...(sy mmg lambat skit bab hapal nama org) T__T

.............................................................

sok (sabtu) ada majlis raya adha! yeay! x sabar asenye nk join..

raya2 gk..tp jgn lupa insan yang tersayang...

(rindu keluarga d msia...moga kalian gembira2 saja d hari raya ini..)

......................................................

fitrah_mujahidatunnisa sedang d dalam mode beraya..

Wednesday, November 17, 2010

kata ak..



bismillahirrahmnirrahim..

ari ni ari study besar2an..memandangkan exam yang berderet2 21,24 dan 25hb nov ni..huhu..cuak~~

tbe2 je nk coretkan sesuatu..

.....................................................

wehdatul islamiyah...

kesatuan umat islam..

kesatuan dalam sesuatu mujtama' muslim..

kesatuan dalam sesebuah organisasi...

dan lain-lain lagi..............

..........................................................

hmm..sekadar nak meluahkan pendapat tapi takde kaitan ngan mana2 pihak pun...

ini hanyalah kata ak....

.........................................................

bila kita berada di dalam sebuah organisasi..gunakanlah organisasi tersebut dengan sebaik2nya..sayangilah ia sebagaimana anda menyayangi diri anda sendiri..

kerana apa?

kerana di situlah punca ukhwah..

di situlah juga punca tarbiyah..

di situlah tempat kita mengasah bakat kepimpinan..

di situlah medan dakwah kita..

di situlah juga kita mengenal masyarakat yang berbilang fikrah dan pendapat...

..................................................................

andai kita ingin mengubah organisasi kit dengan sesuatu fikrah, gunakanlah peluang yang kita ada dengan sebaik2nya..kerana di dalamnya kita mampu untuk melakukan bermacam2 perkara..

sebagai contoh, kita ingin menjadi pendakwah..tapi, kita masih belum bersedia atau masih ada kelompongan pada ciri2 seorang pendakwah..so, gunakanlah segala peluang yang ada untuk kita mengasah bakat kita..andai katalah kita memegang jawatan di dalam sesebuah organisasi, kita boleh salurkan fikrah dakwah kita tu pada ahli bawahan kita..asalkan fikrah tu tak bercanggah dengan agama...boleh juga kita salurkan semasa merancang sesuatu program..kita cuba untuk serapkan nilai2 islam dalam program tersebut..

andaikata kita ingin sesuatu program itu bercorak ilmiah..maka, serapkanlah nilai2 ilmu di dalamnya..moga denga itu, manusia akan terbuka mata dengan kepentingan ilmu...dan macam2 lagi...

papepun, ak kata..kita sangat2 la berpeluang untuk mencorakkan sesuatu organisasi itu..kerana kita ada hak padanya..sekaligus merapatkan ukhwah sesama kita..

andai ingin membentuk organisasi yang berbentuk keislaman, fikirkanlah sesuatu dan laksanakannya mengikut batas2 islam..tak kisah la buruk camne pun nama organisasi tu..tak kisah la ada nama islam ke tak organisasi tu..sebab kita adalah penyumbang dan pembentuk organisasi tersebut..pilihan di tangan sendiri..

.........................................................

dalam membentuk wehdah islamiyah...

apa yang perlu kita lakukan?

sebagai contoh..hari raya (memandangkan semalam baru je menyambut hari raya aidiladha, makanya zouq raya tu masih terasa ye..hehe)..

hari raya merupakan hari kita bergembira..

hari di mana umat islam menunjukkan rasa syukur dan taat kpd tuhan pemerintah sekalian alam..

hari yang menyatukan umat islam..x kira apa jua bidang, rupa, umur, jantina dan lain2 lagi...

pada hari ni la kita boleh lihat kesatuan umat islam tu sendiri..

kita boleh merapatkan ukhwah sesama kita..

seperti apa?

seperti berziarah rumah ke rumah..

masyarakat malaysia kan suka raya lama2..so, gunakanlah raya yang lama tu tuk kita saling bermaaf2an sesama keluarga, sahabat taulan, jiran2 dan semua umat islam...

kita boleh ziarah menziarahi untuk mengeratkan silaturrahim..

sebenarnya, bila kita kenal dengan orang..kenal dengan masyarakat, kita akan lebih mudah masuk dengan mereka..kita lagi mudah untuk dakwah mereka..

kerana apa?

kerana kita da kenal berbagai macam ragam manusia...

tidaklah kita asyik dengan org yang sefikrah dengan kita sehinggakan tak mahu bercampur dengan masyarakat luar..

sebab apa?

sebab bagi ak, ciri2 yang perlu ada pada seorang pendakwah ialah dia leh masuk dengan masyarakat..sentiasa dekat di hati masyarakat walaupun dia tak mengenali masyarakat tersebut..tapi di sebabkan qudwah hasanah yang ditunjukkan, masyarakat sekelilingnya pun akan terkesan..itulah yang paling penting..

sebab...

kita boleh berdakwah dengan macam2 cara..samada dari segi penulisan, kata2, penampilan, tingkah laku dan lain2 lagi...

kadang2 kita x perasan...

tapi.........................

hakikatnya.....kita telah memberi kesan yang positif kepada orang di sekeliling kita...

ha..lg 1..kalo kita duduk di dalam suatu organisasi, rajin2kanlah diri menyertai program2 yang telah dianjurkan..sebab apa?

sebab....di dalamnya, kita akan dapat dan jumpa macam2 perkara yang menarik yang boleh membantu kita di masa hadapan..

sebagai contoh...

kat jordan ni kami ada persatuan mahasiswa malaysia (permai) jordan..

dalam persatuan ni, macam2 ada..

samada dari segi golongan masyarakat..

mahupun latar belakang keluarga..

fikrah yang berbeza...

dan macam2 lagi la...

bila kita bercampur dengan orang2 yang ada di dalam organisasi ini...sebenarnya, ia menjadi satu titik permulaan untuk kita berhadapan dengan masyarakat di malaysia...

so..takde la terkejut sangat bila jumpa dengan rakyat malaysia yang bermacam2 fiil nnt...hehe..

..................................................................

so..conclusion yang ak nk wt...

ak akan terima sume yang ak ase masuk dek akal..tp ak akan tolak menda yang ak ase bertentangan dengan fikrah ak..

kerana ak adalah ak...

ak yang menentukan corak idup ak..

dan jangan pisahkan ak dengan permaiku..hehe...

.........................................................

sayang permai sangat2...berbaki lg 1 sem lebih je..

kenangan bersama permai sangat utuh di hati ini..

moga permai sentiasa maju..

ak nk jadikan permai salah satu wasilah untuk ak majukan diri ak dalam segenap aspek...

sebab permai juga membawa islam...

yaaa...ak lah perubah n mampu mengubah..

apa yang ak nk...itu yang ak akan dapat...

.......................................................................

islam itu indah..ia ada di mana2 sahaja...x kira dalam apa jua bentuk sekalipun..islam itu tetap akan berkembang...

...................................................................

fitrah_mujahidatunnisa sangat2 menyayangi persatuannya! =p

Friday, November 12, 2010

belajar bercinta~

bismillahirrahmanirrahim..

jam da menunjukkan pukul 2:06 pagi waktu jordan..tapi ak xleh nk tido sebab mata ak mata burung hantu..huwahuwahuwa..

bez tgk suami ak tido..ak je yg xleh tido..xtau la penyakit apa..plg lama pn tdo satu ari cuma 3 jam..pelik tapi benar!!

tibe2 je ase cm nk post sumting pasal kami..cerita cinta ak dan dia..jiwang gler..haha~

..............................................................

orang kata, tanda2 jatuh cinta ialah tido x lena,mandi x basah,makan x kenyang...

tapi..ak ase cm tipu jeee...

pesal ak tido lena je..ag2 tgh winter ni..pergghh~~sedap gler layan tdo..(tp tetap xleh tdo lama2..mataku mata ajaib..uhuk3)~xpe..masa berjaga yg allah kurniakan ni gunakanlah sebaik2nya tuk mendekatkan lg diri padanNya..

mandi x basah?! ni lagi la ak x percaya!! tipo3!! basah je selama ni mandi..siap leh gune sabun mandi ngn syampu ag tau~ kalo mandi x basah tu,ak ase die mmg x mandi la..hahahaa..juz basuh mata ngn air cm p.ramlee dl2 tu..wahaha~

makan x kenyang??!! awat ak n suami ak makan kenyang aje..makan sekali sehari pon boleh bertahan sampai soknye kekenyangan tu..(cm diet plak..tp bagus gk sbb mak da pesan,jgn makan banyak2..badan kene jaga..muahaha~)

haaa..cuba anda sume fikir??! adakah ini tanda2nya kami masih belom jatuh cinta antara satu sama lain?! ahakx~ cm geli je ayat ni..haha~

.......................................................................

susah gk belajar bercinta ni..hoho..

kenapa?!

sebab ak xtau apa itu cinta..

isk~bukan xtau..tp perasaan tu kn subjektif..susah nk describe..

yg ak tau..kami baru je nk blaja bercinta...

kesian kn?da kawen br nk bercinta..

susah btol..xtau cmne nk bercinta..bercinta ngn suami sendiri?adehh~~cm malu pn ada..cm lawak pn ada..cm terseksa jiwa raga pn ada..senang cite macam2 ada...(eceh..cm astro plak)

...................................................................

perasaan sayang mudah d pupuk..boleh sayang siapa2 saja dgn mudah..

tp cinta?!

NO! it's so hard la...

cinta itu hanya untuk allah..

cinta itu hanya untuk rasulullah..

cinta itu kepada ibu bapa..

cinta kepada suami...

suami?!

hahahaa....geli laaaaa....

pliz be polite wahai cik nisaulfadhilah!

okay2..i'll try...

saya mengaku yg saya x pandai bercinta..atau pun sbnrnye da jatuh cinta tapi saya x perasan..

yg saya tau,saya sgt susah nk luahkn perasaan sy..bagi saya,dgn cara bergaduh2 mulut dan tumbuk menumbuk la satu2nya cara tuk meluahkan perasaan saya kt org..hahahaha~kesian cik abg..ampun ya...

ak slalo bc cerpen2 dan cerita2 org..dorg sume bercinta ala2 cinderella dan prince..romantik sgt~ayu..lemah lembut..penuh kesopanan dan ketatasusilaan..

uhukkk~~

ak x reti menjadi seperti itu...

masih belajar tuk memudahkan lagi proses menjatuhkan diri pada cinta..hahaha..

antara langkah2 yg ak fikirkan berkesan untuk belajar berjatuh,di jatuh dan menjatuh cinta..

1. tulis surat cinta...mengatakan perasaan cinta terhadapnya..(tp ak x pernah buat lg..haha..segan kot~)

2. mengucapkan kata2 cinta..slalo org gne ayat2 lembut dan menggoda..tp kalo nk jerit2,berhip hop atau ala-ala rock tuk ucap kata2 syg dan cinta kt suami pn ok je bg insan yg sespesies ngn ak..haha~

3. berdoa pd allah stiap masa..mohon d semaikan perasaan cinta dan kasih syg dalam umahtangga..haa..yg ni,alhamdulillah ak x pernah miss..hanya ni je cara yg ak boleh buat sbb ak mintak kt pencipta ak..so,ak x perlu ada ase malu..ak luahkn perasaan kt DIA..hanya DIA je yg mengetahui segalanya..pe yg ada dalam hati,zahir dan batinku..(ak malu nk mintak kt manusia tp x pernah malu mintak padaNYA..sbb ak yakin dan percaya hanya ALLAH tuhanku dan hanya DIA yang mampu melakukan segala2nya untukku..)

4. rajin2 baca cerpen romantik..tp ak suke cerpen yg ala2 islamik atau cinta islamik..(fitrahku yg sebegitu)

5. kalo tengah sawan,boleh la layan cite2 jiwang...tp pastikan cerita tu xde unsur2 seks mahupun unsur2 yang bertentangan dengan syariat islam..nauzubillah...moga ALLAH pelihara hati dan mataku dari menyaksikan maksiat2 secara sengaja mahupun tidak sengaja..ameen~

6. ajak suami bercinta..katakan padanya.."abg,jomlah kite bercinta"..pasti selepas berkata2 seperti itu,dua2 akan tergelak2..hahaha..cm geli je..cm menggatal pn ada..tp xpe..gatal ngn suami sndr je..kui2.

7. melakukan ibadat bersama2..ini adalah kunci umahtangga yg berjaya d dunia dan d akhirat..pastikan anda snts melakukan kewajiban anda kepada pencipta...dan lebih afdhal kalo d lakukan bersama2 dgn suami..

8. memaksa suami melakukan keje umah bersama2..kalo die xnk,bebel je..haha~mne aci kite wt keje sorg2..lg2 tgh dlm fatrah study ni..so,nk xnk..sila wt keje sama2 ye..dua2 pn student..makanya,dua2 kene take part dlm urusan umahtangga..(sib bek cik abg rajin dan ringan tulang..hehe..alhamdulillah)

langkah2 lain ak xtau la..sbb tu ak kata,cinta ni susah..hahaha...

papepn..ak cuba gk la tuk menjatuhkn diri pada cinta suami!

letakkan cintamu pada ALLAH..sbb cinta ALLAH itu matlamat kita...suami / isteri adalah asbab tuk cinta kepada pencipta..

sama2 muhasabah diri balik..bercintalah secara halal..sbb cinta yg halal itu sgt manis walaupun memerlukan kesungguhan dan pengorbanan..(cm kisah ak n suami ak plak..haha)

yaALLAH,kau titipkanlah perasaan sayang dan cinta dalam hati ak dan suamiku..jadikanlah kami mujahid dan mujahidah islam yang bertaqwa pada jalanMU..semaikanlah sakinah,mawaddah dan rahmah dalam umahtangga kami..ameen yaRABB~

sy syg suami sy!

...........................................................

Fitrah_mujahidatunnisa sedang belajar bercinta..

Wednesday, November 10, 2010

sahabat

Bismillahirrahmanirrahim……

yaALLAH,betapa lemahnya diriku ini..

betapa lemahnya hatiku ini..

betapa lemahnya imanku ini..

ak mohon padamu yaALLAH…

berikan ak kekuatan dalam menempuh ujian dunia ini..

jauhi ak dr segala dosa2 hati..

jauhkan ak dr segala dosa yg zahir dan batin..

hatiku menangis…

senyum dalam tangisan..

yaALLAH…sakitnya perasaan ini..

ak mengharapkan keredhaanMU yaALLAH..

tabahkan ak..

redhakanlah hatiku dgn segala ketetapanMU..

sesungguhnya ak bukan manusia yang sempurna..

ak hanya insan yg lemah…

yang memerlukan taufiq dan hidayahMU..

yang memerlukan petunjukMU…

untuk menuju syurgaMU..

yaALLAH…

ampunkanlah segala dosa2ku…

sahabat…

maafkan ak jika ak melukai hatimu..

maafkan ak kerana tidak dapat bersamamu dalam menempuh hidup ini..

maafkan ak untuk segala2nya..

ak mohon kau halalkan segala ilmu dan tunjuk ajar yang pernah kau berikan kepadaku..

ak doakan moga kau bahagia…

moga kau snts di bawah lembayung rahmat ilahi..

moga kau snts dalam redhaNYA..

hanya doa yang mampu ku titipkan untukmu..

sesungguhnya ak amat menyayangimu..

terlalu merinduimu..

yaALLAH…
 
jadikan kami pejuang2 yang snts berjuang pada jalanMU..

jadikan kami mujahid fi sabilillah.

Hidupkan kami dgn iman..

Matikanlah kami dgn iman..

Kau peliharalah sahabatku yaALLAH..

Sesungguhnya hanya kau sebaik2 pemelihara..

ada yang terbaik untukmu di hadapan sana..

Janji allah itu pasti..

Kuatkan semangat…

Bulatkan tekad…

Bertemu dan berpisah kerana allah..

Bertemu x jemu,berpisah x gelisah..

Moga allah tautkan hati2 kita..

Moga allah permudahkan urusan dalam jalan dakwah ini..

Moga allah snts membimbing kita untuk menjadi yang terbaik..

Sesungguhnya setiap yang allah tetapkan pasti ada hikmahnya..

Boleh jadi apa yg kita suka adalah buruk bagi kita

Boleh jadi juga apa yg kita benci adalah baik bagi kita..

Hanya allah yang maha mengetahui tiap2 sesuatu..

Maka,redhalah dgn ketetapan yang maha Esa..

Andai diri ini tiada lagi…

Ingtlah daku dalam doamu..

Selagi hayat d kandung badan..

Jasa2mu tak pernah ku lupa..

Tak jemu ku berdoa kepada allah..

Moga allah memberkati hidupmu..

Wahai sahabat..

Ku harap kau tahu…

Walaupun kita x dapat bersama..

Tapi kita snts bersama dalam jalan menuju cinta ALLAH..

Cara hidup kita berbeza…

Tapi matlamat kita sama…

Moga allah meredhaimu sahabat…

Amen yaRABB…

“YaAllah,KAU pelihara sahabatku..temukanlah kami d syurgaMU..ameen”


p/s : ak tujukan khas wt sume kengkawan ak dr kecik sampai la besar…ak nk korg tau yg ak sgt sygkn korg..moga kita trus thabat dalam jalanNYA..

usah gerun,usah gentar..

ingat,

walau kita berjauhan,walau kita berbeza,walau kita x bersama,tapi jalan dan matlamat kita sama…mencari redha ILAHI..menegakkan islam d muka bumi ini…

yok! Sama2 kembalikan kegemilangan islam..

…………………………………………………………………………………..
Fitrah_mujahidatunnisa merindui sume kawan2..sob3~