Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Sunday, December 19, 2010

kisah nabi hud dan winter jordan?


bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah..setelah sekian lama menyepi akibat second exam yang berderet2...akhirnya dapat gk ak mencoretkan ilmuku d sini...ari ni ak nk share ngan korg 1 cite...cite yang ada kaitan dgn cite hidup kita..tapi,adakah kita sedar atau x?kne tny diri sndr la...........

.................................................................

winter............

perasan x sesuatu ttg winter kt jordan ni?

pelik kan?

tapi benar..........

biasanya penghujung bulan 9 da mula sejuk...tp kali ni panas...

masa berganti masa..bulan berganti bulan...

panas terus menimpa bumi anbiya' ni...

tup2...bulan 12 d kejutkan dgn winter mengejut..hujan tiba2..salji turun dgn tidak d sangka..

masyaALLAH...subhanallah..alhamdulillah...akhirnye ALLAH menurunkan rahmatNYA pada kita....

time tu rasa seronok sgt..akhirnye winter menjelma...tapi..........hanya sekejap je..skang da mula panas balik..matahari da mula memancarkan keterikannya...huhu...

pelik...tapi benar...................

...............................................................................

adakah ini tanda ALLAH nak gtau sesuatu pada kita?

adakah ini tanda bala ALLAH pada kita atas dosa2 dan maksiat yang kita lakukan d dunia ini?

allahummaghfirlana yaALLAH....ighfir zunubana yaALLAH....allahumma ameen~~

.............................................................................

kadang2 kita x perasan pe yang berlaku tu merupakan ujian dari ALLAH tuk kita...

jadikanlah diri kita sebagai orang yang mahu berfikir dan sentiasa memikirkan segala yang berlaku d bumi ini..

...........................................................................

kejadian hujan,angin kuat,panas yang berlaku d bumi jordan ini membuatkan ak berfikir....

tentang kisah nabi hud dan kaumnya...kaum ad...

............................................................................

kisah nabi hud dan kaum ad...

nabi hud menyeru kaumnya agar menyembah ALLAH,tapi mereka degil...xnk beriman pada ALLAH...

maka,setelah sekian lama berdakwah,akhirnye nabi hud meminta kepada ALLAH agar menimpakan azab yang keras kepada kaumnya...

cuba teka azab apa yang mereka terima?

azab.............PANAS YANG SANGAT PANAS DAN MENYEBABKAN KEMARAU....SEJUK YANG SANGAT SEJUK DAN MENYEBABKAN KEMATIAN...

yaa...inilah azab yang mereka terima...

sebab tu lah ak kata...cuaca sekarang ni cm ada kaitan dengan peristiwa nabi hud dan kaumnya ni...

tapi..pernah x kita nk berfikir??

tepuk dada tanya diri..tanya iman anda..tanya dan teruskan bertanya..buka mata anda!!

sesungguhnya al-quran itu qalam ALLAH yang benar...cite nabi hud dan kaumnya ni ada terkandung di dalam kitab ALLAH itu....

di katakan....ketika waktu panas yang terik tu...kemarau yang lama menyebabkan mereka kekurangan air..tumbuh2an mati dan macam2 lagi la yang berlaku..so,kaum ad ni pn jumpa nabi hud..mereka ckp ngn nabi hud..kalo tuhanmu benar...maka,pintalah padaNYA supaya d turunkan hujan..sekiranya hujan turun,maka kami akan mempercayai keagungan tuhanmu itu...

maka,nabi hud pun meminta ALLAH penuhi permintaan mereka tu..tp mereka xtau pn bahwa panas dan sejuk yang ALLAH timpakan itu adalah azab untuk mereka....

dengan takdir ALLAH..maha suci ALLAH...ALLAH datangkan kepada mereka awan hitam...maka mereka pun bersorak keriangan kerana hujan akan turun..kemarau akan tamat..tapi,mereka tetap juga tidak beriman..malah makin seronok dgn aktiviti penyembahan berhala mereka itu...allah timpakan kesejukan dan angin kuat selama 8hari 7malam...

walaupun mereka lari ke mana2 angin kuat tu mengejar mereka...mereka lari k dalam gua pn,angin kuat tu ada...sehinggakan ramai yang mati ibarat sampah sarap yang bertaburan...ada yang putus kepala bila mendongak kepala k atas dek angin yang kuat...maka bercerailah kepala dari tubuh2 mereka..

begitulah azab ALLAH terhadap hamba2nya yang ingkar...

.........................................................

jadi,kita yang masih hidup ni...ambillah iktibar dari kisah ni..

selalu la bertanya pada diri....

adakah hari ni kita da laksanakan kewajipan kita pada yang maha ESA?

adakah hari ni kita da berzikir memuji2 kebesaranNYA?

adakah hari ni kita da berselawat ke atas rasul junjungan kita?

da berapa banyak maksiat yang telah kita lakukan?

sudahkan kita memohon keampunan dariNYA?

ayuh sama2 koreksi diri..perbaiki segala kekurangan..moga ALLAH redha akan kita...

...................................................................

fitrah_mujahidatunnisa memohon keampunan dariNYA...ighfir zunubana yaALLAH~

Monday, December 13, 2010

uwais al-qarni

bismillahirrahmanirrahim...

da lame x mengupdate blog yang da bersarang tebuan nih..tetibe je gatal2 tangan nk coretkan sesuatu sementara teman cik abg study tuk exam sok...

actually ak da jatuh cinta ngn lagu uwais al-qarni ni..n dgn ase ingin tahu yang amat mendalam,makanya ak pn try la google cerita beliau...tapi.....ak hampa..ak xtau yang mana 1 versi yang tepat..mcm2 versi ada...huk2...so...juz bc je la tp x berani nk share ngn org len...hehe~ *kerana versi yang d baca amat ketara perbezaannye antara satu sama lain yang menyebabkan kesalahfahaman terhadap sejarah uwais..~

.......................................................................

papepun...menda yang plg ak tertarik dgn cerita uwais ni ialah namanya sunyi di dunia tapi terkenal di langit sana....

tu yang menyebabkan ak ase cm seronoknye jd cm uwais ni...x perlu nk kejar harta pangkat kt dunia ni kalo semata2 untuk femes d bibir org tp sunyi d bibir para malaikat dan pencipta kita,ALLAH s.w.t....nauzubillah...

...................................................................

UWAIS AL QARNI…

ENGKAU HANYA SEORANG INSAN BIASA
DARI KALANGAN BANI YAMAN
DISISIMU TIADA PUNYAI NAMA
PANGKAT DARJAT MAHUPUN KEDUDUKAN

SETIANYA UMAR ALI MENANTI SATU HARAPAN
KERNA MENGHARAP PENGAMPUNAN
SEPERTI MANA YANG TELAH DIKHABARKAN
OLEH UTUSAN RASUL JUNJUNGAN

KEADAANMU DIPANDANG HINA
KERNA BERPAKAIAN SERBA KEDHAIFAN
NAMUN BEGITU KAU SENTIASA MELEMPARKAN
PANDANGANMU KETEMPAT SUJUDMU

WAHAI UWAIS.. KEKASIH ALLAH
SUNYINYA NAMAMU DI DUNIA
TETAPI TERKENAL NAMAMU DISANA
SEHINGGA RASUL MENYINTAIMU

BERUZLAH DIRIMU DARI MANUSIA
KERNA INGIN MENGABDIKAN PADANYA
BAGIMU MERASA AMAN BERSAMANYA
BAGAIKAN ALAM ADALAH DIRINYA…

..............................................................................

fitrah_mujahidatunnisa bercita2 nk letak nama anak uwais al-qarni..keh3~

Tuesday, December 7, 2010

menjadi modal kebangkitan islam~

bismillahirrahmanirrahim...

mari sama2 mencapai ustaziatul alam ni...

alhamdulillah...hari ni ALLAH beri peluang pd kita semua utk menghirup udara seperti smlm...mari sama2 puji memuji ALLAH s.w.t d atas pemberianNYA yang tak terhitung banyaknya ni...alhamdulillah...

subhanallah..alhamdulillah...lailahaillallah...allahuakbar...

.............................................................

actually ari ni ak sj nk share ngn korg sume ttg 7 maratib amal..ak tau korg pasti da tau menda ni...
tp sekadar nk mengingatkan balik je...sperti dlm surah al-asr :

demi masa...
sesungguhnya manusia d dlm kerugian...
kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan berpesan2 dgn kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran...

so...x salah kn ak juz nk mengingatkan pada yg terlupa...dan mengajarkan pada yg x tahu?moga ALLAH melapangkan hati2 kita dalam menuntut ilmuNYA...

7 maratib amal :

1) fardi muslim

2) bayt muslim

3) mujtama' muslim

4) kerajaan islam

5) daulah islam

6) empayar islam

7) ustaziyatul alam
so...yok sama2 perbaiki diri tuk mencapai tahap yg ketujuh ni...wpun pada masa tu,mungkin kita da xde kt muka bumi ni...tp kita menjadi modal dalam perjuangan menujunya...
mudah2an segala kebaikan yg kita lakukan d dunia ini akan d hisab oleh ALLAH dan memudahkan perjalanan kita masuk k syurgaNYA..ameen...
islam mencapai ustaziyatul alam setelah menempuh 600 tahun...tp setelah melalui proses dakwah dan tarbiyah...tarbiyah islam...islam agama yg syumul...berpeganglah dgn agama ini,sesungguhnya hanya agama ini yg mendapat jaminan dari ALLAH s.w.t....
skrg kita berada pada zaman jahiliyah...spertimana zaman jahiliyah mekah dahulu...
kita perlu membentuk diri kita sepertimana rasulullah membentuk para sahabat...
tanamkan ciri2 keislaman dan kefahaman islam yang benar dalam diri kita...
kerana apa?
kerana kekuatan sesebuah negara itu bergantung pada kekuatan rakyatnya..
utk membentuk negara islam tu sndr,kita kne kuat dalam pegangan agama islam kita dahulu!!
so..ayuh sama2 koreksi diri...
kita cuba utk menjadi yang terbaik..bentuk diri mengikut acuan islam...
moga ALLAH redha....
.................................................................
Fitrah_mujahidatunnisa nk jd modal kebangkitan islam!

Monday, December 6, 2010

penyakit mulut...

bismillahirrahmanirrahim...

assalammualaikum w.b.t teman2 seperjuangan sekalian?

apa khabar imanmu hari ini?apa khabar pelajaranmu sem ini?dan apa khabar bahasa arabmu sepanjang di bumi anbiya' ini?tepuklah dada tanyalah diri...kalo taknak tepuk dada,tepuk je la pape,asal anda dapat jawapannya...

ok..ari ni ak nk berkata2 tentang masalah mulut...masalah yang amat menakutkan penduduk malaysia di irbid ini..

apakah itu masalah mulut?jom kita kaji sama2...

masalah mulut boleh dikategorikan kepada banyak bahagian dan antaranya ialah :

1) malas bercakap
2) lidah kelu ketika bercakap
3) gagap ketka bercakap
4) bisu terus

haaa...inilah realiti sebenar masyarakat malaysia yang bergelar mahasiswa...bila bercakap dengan arab je,mesti penyakit2 ni akan datang dengan tak disangka2...

papepun TAHNIAH diucapkan kepada mereka yang boleh mengatasi masalah mulut ini..

kerana apa?

kerana mereka berani...mereka tak malu untuk mencuba menggunakan perkataan2 arab walaupun mungkin salah atau tunggang terbalik susunan ayatnya seperti contoh : aku makan ayam ---> ayam makan aku...itu tak mengapa...jangan malu dan jangan segan untuk berkomunikasi dalam bahasa arab...

biarlah ditertawakan rakan sebelah (walaupun waktu tu kita rasa nak je pukul kawan kita yang dok gelak2kan kita tu)...biarlah ditegur oleh minah arab cun...mamat arab ensem....biarkan2x...biarkan semua itu! pastikan korang cuba untuk terus berkata2 dalam bahasa arab...

jangan ada perasaan malu dalam diri untuk mencuba sesuatu yang baru..yaa..mmg kadang2 ak pun rasa tak yakin untuk berkata2 dalam bahasa syurga tu..tapi kita kene ingat...sampai bila kita nak jadi cmtu?sampai abis blaja dan balik malaysia?abis tu apa yang membezakan kita dengan mahasiswa yang blaja kat dalam negara  kalo sepatah haram bahasa arab pun kita takleh nak ungkapkan?nauzubillahiminzalik...mudah2an,kita semua d lembutkan lidah dalam menuturkan bahasa yang mulia ini...ameen~

jadi,bagaimana penyelesaian dalam menangani masalah mulut ini?

seperti yang telah ak katakan di atas sana, boleh ak simpulkan bahawa antara langkah2 yang boleh diambil bagi mengelakkan penyakit ini menular dengan lebih parah ialah :

1) self-confident (kene rasa kompiden je bila bercakap arab..ayat salah tak salah tu nombor dua)

2)jangan malas bercakap (kalo arab atau doktor kuliah atau sape2 je la yang bertanya,jawab la...jangan asik dok pass2x kat kawan sebelah,mintak tolong jawabkan..bila lagi kita nak cuba hubungan dua hala dalam bahasa syurga ni kn?)

3) kalo gagap, teruskan je bercakap sambil abis ayat tu..(bak kata orang tua2...biar lambat asal selamat...biar lambat asal dapat)

4) kalo anda tergolong dalam jenis yang tak boleh bercakap dalam bahasa arab langsung,makanya,ambillah kamus dan cuba tuk meninjau2 isi di dalamnya dan mempraktikkan kepada rakan serumah..kalo malu,bercakaplah di hadapan cermin..insyaALLAH,lama kelamaan nanti,anda pasti dapat bertutur dalam bahasa arab ni...

5) rajin2 curi2 dengar arab bersembang...(kalo tengah takde keje tu,pergilah merayap ke mana2 tempat yang ada arab dan duduk di sebelah mereka...dengar perbualan mereka dan cuba tuk memahaminya...insyaALLAH, lama kelamaan kita akan dapat menguasai bahasa pasar (ammiah) dengan cepat dan tangkas serta mudah....

6) cuba membaca kitab2 arab yang mudah2 bagi mereka yang baru nak berjinak2 dengan bahasa arab...dan bagi sesiapa yang da mantap bahasa arab tu,cuba bantu rakan2 yang lain..kalo nak lagi mencabar,cuba la tuk menterjemahkan kitab2 yang anda rasa anda mampu nak menterjemahkannya...melalui cara ni,kita boleh menguji sejauh mana tahap penguasaan bahasa kita....

dan lain2 lagi............

papepun,bagi pendapat ak...cara dengar,faham,hafal n amalkan sangat2 berguna untuk masa depan...

i) mula2 kita dengar orang2 arab menuturkan kalimah2 arab...
ii) pastu kita cuba tuk memahaminya dengan menggunakan otak pada tahap yang paling maksimum...
iii) hafal mana2 kalimah yang kita tak pernah dengar seumur hidup kita dan amalkan untuk bertutur dalam bahasa arab setiap hari..kalo nak wajibkan diri bercakap dalam bahasa arab paling kurang sepanjang sesi kuliah pun ok...asal kita latih diri untuk bercakap..

insyaALLAH...masalah penyakit mulut ini akan dapat diatasi dengan izin ALLAH...

MAN JADDA WA JADA...WA MAN ZARA3A' HASODA..

ingatlah bahawa bahasa arab ini adalah bahasa yang mulia...bahasa quran..bahasa syurga...bahasa rasulullah dan ibu segala bahasa....

wahai pelajar yarmouk...
anda belajar segala ilmu di kuliah dalam bahasa arab...
tapi tidakkah anda segan dengan rakan2 yang lain jika anda tidak mampu bertutur dalam bahasa arab?
jadi,hapuskanlah rasa malu dan segan anda itu!!
cuba bercakap...dan terus mencuba...
insyaALLAH...anda akan jadi orang yang mahir dalam bahasa arab...

wahai pelajar just..
walaupun anda belajar dalam bahasa inggeris..
tapi anda kene sedar bahawa anda berada di negara arab..
penduduknya bertutur dalam bahasa arab..
takkan sampai masuk klinikal baru anda mahu terhegeh2 belajar bahasa arab?
mulakan dari sekarang!
berusaha untuk memperbaiki bahasa arab anda!!
insyaALLAH...anda akan menjadi orang yang paling bijak...

jadi...ak menyeru kepada semua rakan2 seperjuangan..marilah kita bersama2 memartabatkan bahasa arab...
untuk memahami islam dengan lebih mendalam,dalamilah bahasa syurga ini dulu...kerana quran dan sunnah itu datang dalam bahasa arab...

moga ALLAH permudahkan urusan kita dalam mempelajari ilmuNYA...ameen~

............................................................................
Fitrah_mujahidatunnisa nak jadi pakar bahasa!

walimah kami (1/10/2010)

bismillahirrahmanirrahim....

malam ni adalah malam cuti kerana sok adalah 1 muharram...

tetibe je tersyok sndr dengan laptop ni..muahaha....n terjumpa la gmbr2 walimah ari tu....

so...ak ase,x terlambat ag tuk ak mengucapkan terima kasih banyak2 kepada rakan2 sebatch ak yg bersengkang mata dan sanggup mengerah keringat demi melaksanakan walimah tersebut...

korang memang d bez la..x terbalas jasa2 korang...moga ALLAH memberikan ganjaran yang setimpal dengan apa yang telah korang buat untuk kami...ameen~

walimah kami telah d adakan pada 1/10/2010 bersamaan hari jumaat selepas asar...lebih kurang kul 4 petang...majlis tamat malam...tp tak tau la kol bape coz tetamu bersurai kol 1 pagi...uhuk~

errmmm...so..ak nk share la pic2 spjg walimah tu..tp tunjuk skit2 je la ek..kalo nk tgk lebey2,meh dtg umah...hehe...

............................................................................

ni adalah bilik tidur...comel kawan2 kami hias...
pelamin romantik...hehe..
skuad rombongan hantaran
hantaran yang paling ak suka! kaabah yang dalamnya ada quran...

lilin tepi kamar pengantin....
hadiah comel!

love with rose petal
my crown n necklace..
persiapan tuk makan beradab
rombongan lelaki sampai...
us
moga ALLAH redha..
..................................................

alhamdulillah...selesai sudah upload pic2 ni...

begitulah antara gambaran perjalanan majlis..

actually ada ag....macam2 yang menarik laaaaaaaaa.....

mula2 tu, ak bersiap kt umah mak andam (ameera suad) n kak kelly jd photographer, iman jd tukang pin2kan tudung...najwa n dak adab jd tukang bising merangkap pengapit n v.i.p ak..ngeh3~

sampai2 je k tempat kejadian (iaitu umah kami), ak terus d sambut oleh makcik arab tu dengan jeritan ololololooo sekuat2 ati die..isk~wt malu je...T__T...siap ckp ag,pengantin datang2x...uhuk~~

pstu...masuk umah,salam2 n bergambar skit2...pastu terus d panggil kuar..katanya pengantin lelaki nk dtg...pstu...tggu la kt luar...ingtkn da sampai,upe2nye x sampai ag...so sambung la usha2 gelagat kawan2 ak yang bz uruskan majlis..ak xleh tlg..sbb ak kn raja sehari...muahaha~

pstu...suami ak pn sampai...cm prince charming plak ha..ak kne tggu die kt bawah tangga...konon2 cm ak sambut die la...blkg ak berderet skuad hantaran...hehe...pstu...ak ngn najwa tunggu je la kt bwh tu sampai suami ak sampai kt bawah..n yg plg x tahan ada pantun...najwa la plg power sbb die bc pantun gune henset..weewiiitttt!!

pstu,tgk org wt persembahan kungfu ke ape ke ntah namanya....haha(yg pasti seni mempertahankan diri bukan melayu punye..) pstu terus kene halau g meja makan beradab...

haa...time kt sni...kami dihidangkan dengan macam2 makanan sambil juruhebah majlis wt2 bising kasi meriah lg...pstu dorg baca dedikasi2 org ramai...ase cm hot gler ah~~haha...pstu ada tayangan filem time kami akad nikah..pstu...ada persembahan org nyanyi2 sambil main gitar plak...pstu.........makaannnn~~

abis je mkn, amik2 gmbr sampai la k mlm...mmg letih sgt laaa...tp seronok!!

time amik2 gmbr tu, kami ada gk wt rakaman video ala2 berlakon...tp xtau la kwn2 nk wtpe dgn rakaman tu..kami beraksi sperti yg d arahkan...tp serius..mmg sempoi la kwn2 kami...hehe...thanks bnyk2 korg!!

...................................................................

haa...setakat tu je la gambaran perjalanan majlis walimah kami....

wpun kami kawen d jordan, akad nikah tanpa wali (abah) dan menggunakan wali hakim sahaja...walimah pun kwn2 yg support...mmg terasa meriah sgt...pengalaman yg xleh d lupakan seumur hidup...moga ALLAH meredhai kalian....

terima kasih banyak2 kawan2!

syukur yaALLAH kerana telah mempermudahkan segala2nya...

alhamdulillah wa syukur lillah...

................................................................
Fitrah_mujahidatunnisa tersenyum2...hehe..
...........................................................

hijrah!

bismillahirrahmanirrahim...



alhamdulillah..segala puji bagi ALLAH...

akhirnya ari ni irbid dilimpahi hujan rahmat dari ALLAH s.w.t...menandakan bahawa ALLAH menyayangi kita semua..jadi,sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat pemberianNYA pada kita?

ramai manusia yang berbuat kerosakan di muka bumi ini...sehinggakan ALLAH murka dengan kita..lantas di datangkanNYA dengan berbagai2 musibah tapi kita tidak menyedarinya..adakalanya kita yang sengaja membuat pekak telinga,menjadi seolah2 buta mata dan bisu berkata2...melihat sahaja kemungkaran tanpa ada tindakan..

yaaa..kerana itulah ALLAH tidak menurunkan rahmatNYA pada kita..

kerana apa?

kerana Dia mahu kita sedar akan kesilapan dan kealpaan kita...

Dia mahu kita memuhasabah kembali segala apa yang telah kita lakukan selama hidup di dunia ini...

astaghfirullahalazim...sungguh banyak dosa2 yang telah kita lakukan bukan?maha suci ALLAH,hanya Dia yang maha penerima taubat hamba2nya...

......................................................................

1 muharram 1432hijrah...

yaa..kita sudah masuk k tahun baru..tahun baru dalam kalendar islam..

beruntung bukan menjadi seorang muslim...

dapat merasai 2 kali sambutan tahun baru...alhamdulillah..segala puji2an hanya untukMU yaALLAH...

.....................................................................

salam maal hijrah kepada semua penduduk d alam semesta ini...

sudahkah kita meletakkan azam baru dalam diri kita?

sudahkah kita melaksanakan azam2 yang terdahulu?

ayuh sama2 koreksi diri...apakah masih ada kelompongan pada azam2 kita tu?

kalo masih ada,jangan khuatir..kerana apa?kerana kita masih ada peluang untuk memperbaikinya..

selagi hayat d kandung badan..selagi umur masih ada...jangan mudah putus asa..jangan cepat mengalah..bangun dan terus bangun..teruskanlah perjuangan kita selagimana kita diberikan nikmat yang lima itu..iaitu nikmat sihat,muda,lapang,kaya dan hidup..

sama2 kita melihat kembali sejarah rasulullah...baginda berhijrah bersama para sahabat demi menegakkan agama islam..demi membawa pembaharuan dalam agama islam..demi membentuk perpaduan antara umat islam...berhijrah kerana ALLAH dan ISLAM...subhanallah..masyaALLAH....sungguh tabah mereka semua dalam menghadapi tentangan kafir quraisy mekah...

tapi kita??

pernah tak kita terfikir dan berfikir?

sejauh mana penghijrahan yang telah kita lakukan selama ini?

adakah hanya dengan penghijrahan tempat?dari kuala lumpur k sabak bernam?dari klang ke negeri sembilan dan lain2 lagi?adakah ini makna hijrah yang kita faham?! adakah ini?

tidak sama sekali...

definisi hijrah itu luas...

berhijrah dari buruk kepada baik...berhijrah dari baik kepada yang lebih baik dan berhijrah hgg k tahap yang paling tinggi...

kalo selama ni kita selalu sangat wt dosa,pasni cuba tuk mengubah diri untuk mengurangkan dosa tu dan snts beristghfar...setiap kali nk lakukan dosa,ingat balik amaran2 ALLAH...tidak takutkah kita akan azab ALLAH?mahukah kita duduk d neraka bertemankan kala jengking dan ular2 berbisa?makan daging2 bangkai dan minum air yang menggelegak dan busuk seperti nanah dan darah?sanggupkah kita?nauzubillahiminzalik..

jadi...ak nk menyeru kpd semua umat islam...ayuh sama2 kita perbaiki diri untuk menjadi yang terbaik...moga ALLAH meredhai hidup dan memberkati umur kita...insyaALLAH...

.................................................................

hijrah itu memang susah...
hijrah itu memang payah...
hijrah itu menuju ALLAH...
di hujungnya hasanah....

..............................................................

jom sama2 menghayati lirik lagu devotees ni....salam maal hijrah!



.................................................................
Fitrah_mujahidatunnisa mahu berhijrah ke arah yang lebih baik!

Wednesday, December 1, 2010

aktiviti d kala bosan...

bismillahirrahmanirrahim...

slmt ptg sume! ari ni ari rabu bersamaan sehari sebelum exam sok..uhuk~seselamber badak je men tenet...ble nk study ni?wuuu~T__T

tgh2 nk cri mood ni..tetibe ase cm nk conteng2 blog ni...

jom tgk aktiviti kami d kala bosan..................

..................................................................

ini adalah blueberry cheesecake


ayam bakar (tp cahaya kamera x bape lawa)

karipap (abg syg yg tlg kelepetkan..cun..haha)

ikan masak tumis..

makanan bujang yang simple(nasi lauk sayur tumis ngn telur goreng plus coslow)
ikan bakar beserta sambal asam tuk cicah
sup daging beserta sambal cili bukan api
nasi lemak satu pakej
nasi goreng tibai2
nasi ala2 kampung (ayam goreng power ngn sayur lemak)
kuew tiaw tomyam
roti canai tibai2 (buat sendiri)
kek qisytoh
........................................................................

haa..ni la antara hasil masakan d kala kami bosan2...ada banyak ag, tapi malas nk amik gmbr...

k la...tu je nk share...mudah dan simple bukan?!

well...masak itu x susah..tapi seronok...

.................................................................

cuma waktu exam je ak xleh nk masak..sian cik abg..kne buli..

papepn, thanks abg sudi tlg amik alih tugas memasak time exam menjelma...

...........................................................

fitrah_mujahidatunnisa suka memasak...