resepi yang akan di kongsikan hari ini berbunyi seperti berikut :
RESEPI NASI KABSAH VERSI JORDAN
bahan2nya :
1) beras (2 pot)
2) ayam / daging (ikut suka)
3) garam (anggaran masin)
4) kobis bunga (ikut suka)
5) kacang tanah (kut suka)
6) kentang (ikut suka)
7) rempah kabsah (ikut suka)
8) minyak (dua sudu)
9) laban *(optional)
cara2nya :
1) rebuskan ayam / daging hgg empuk..
2) basuh beras dan ketepikan..
3) panaskan minyak dan goreng kentang dan kobis bunga sampai kaler kuning2 keemasan..
4) amik periuk nak masak nasi..ayam yang telah di rebus tu, jangan di buang airnya..kutip ayam rebusan tu dan susun dalam periuk nak masak nasi..
5) susun kentang dan kobis bunga yang telah di goreng kat atas ayam..
6) letakkan atas sayur tu beras yang telah di basuh...
7) masukkan air rebusan ayam hingga tenggelam beras...
8) masukkan rempah kabsah ikut suka hati...kalo nk sedap, wat pekat2..baru rasa rempahnya...terpulang pada individu..
9) masukkan garam secukup rasa...agak2 masin la..
10) pastu, tutup periuk dan biarkan hingga nasi masak...
11) sedia untuk di hidang..
*laban tu kalo nk letak, suka hati la..sebab kat rumah takde laban, makanya, aku tak letak la dalam nasi yang aku masak tu...
*kacang tanah tu, kalo nk sedap, tabur kat atas nasi yang da siap di masak..rangup wa cakap sama lu...krupp...krupp..krupp bunyinya...=p
...............................
BAHAN SALATOH :
1) tomato (1 biji)
2) lemon (setengah biji)
3) timun (1 biji)
4) cuka (sikit anggaran 1 tutup bekas cuka tu)
5) garam (sikit je)
cara2nya :
1) tomato, lemon dan timun di potong dadu...
2) masukkan cuka dan garam dan gaul2kan...
3) simpan dalam peti ais..
4) sedia untuk d hidang..
................................
nasi ni boleh di makan dengan ayam yang kita masak dalam nasi tu...
dan jugak boleh makan dengan ayam masywi @ ayam panggang...
ikut suka hati anda...
selamat mencuba dan selamat menjamu selera!
....................................
syarat untuk menjadi sedap, baca bismillah dan niatkan kerana ALLAH...serta masaklah dengan penuh kasih sayang...
...................................
Fitrah_mujahidatunnisa suka makanan arab...tp cepat bosan..haha~