Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Friday, December 23, 2011

senarai menu pilihan...

bismillahirrahmanirrahim...

actually, post ni xde faedah pn..cuma nk listkan menu2 masakan tuk kelas memasak kelab isteri solehah jordan..bukan kelab isteri taat tau! oppss~

so, kepada ukhti2 yang termasuk dlm kelab ni, sila pilih menu yang anda inginkan untuk kelas seterusnya...terima kasih..

menu lauk pauk :

1) ikan bakar
2) ayam / daging panggang oven
3) ayam / daging masak ala kaprau
4) ayam / daging masak minyak bijan
5) ayam / daging tumis kicap campak2
6) ayam / daging tumis berempah campak2
7) chicken / meat chop + gravy + kentang putar + wedges + coslow
8) ayam kari
9) ayam rendang
10) tomyam spesel
11) ayam masak lemak cili api
12) ayam masak merah
13) ayam goreng biasa
14) ayam goreng berempah
15) ayam goreng oat
16) ayam goreng madu
17) ayam kurma
18) ayam masak bersahang
19) ayam masak kicap
20) telur goreng
21) sardin
22) sayur goreng
23) sayur campur
24) sayur masak lemak
25) sambal belacan
26) sambal kicap
27) sambal asam
28) ayam / daging / telur sup

dan lain2 lagi........


menu nasi :

1) nasi lemak
2) nasi mansaf
3) nasi maqlubah
4) nasi tomato
5) nasi minyak sapi
6) nasi kuning / merah
7) nasi goreng
8) nasi ayam
9) nasi kerabu

dan lain2 lagi.........

menu mee :

1) mee goreng
2) mee hailam
3) mee bandung
4) mee rebus
5) mee rojak
6) mee sup
7) spagetti
8) laksa

dan lain2 lagi........

menu kuih muih / kek

1) kek coklat + toping kek buatan sendiri
2) kek buah
3) apam
4) kuih bakar / kemboja pandan
5) kuih bakar / kemboja ubi
6) kuih bakar / kemboja kentang
7) donut biasa (gula / sambal)
8) donut ubi
9) donut kentang
10) karipap
11) roti jala
12) pizza
13) murtabak (daging / ayam / sardin)
14) cek mek molek (kentang)
15) kuih cara ( gula / coklat)
16) kuih siput
17) popia manis
18) kerepek ubi lada hitam
19) cekodok tepung
20) kek pisang
21) kek oren
22) keropok lekor
23) murtabak megi
24) kek qisytoh
25) cheese cake

dan lain2 lagi.....

menu bubur :

1) bubur jagung
2) bubur ubi
3) bubur pisang
4) bubur lambuk

dan lain2 lagi....


cukup la ni dulu..banyak sangat sampai tak tau nak pilih menu apa..

so, di harap ukhti2 semua dapat pilihkan mana2 menu yang di rasakan sesuai...

p/s : saya tak reti memasak...so, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya tak reti masak...sekian, terima kasih..


........................
Fitrah_mujahidatunnisa masak main tibai2 je..takde ikut resepi..tapi buat resepi sendiri...woottwooott~

Sunday, December 18, 2011

kembali la kepadaNYA..

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah, setelah sekian lama tak mencoretkan sesuatu yang bermanfaat di dalam blog ini, makanya, aku dengan rasa rendah diri ingin berkongsi ilmu2 yang ada untuk dikongsi bersama2..

.................

hmm..selama ni aku cuma duduk berdiam diri apabila membaca dan mengetahui tentang isu2 semasa yang sedang2 berlegar2 kat dunia sekarang ni..

terasa ingin bertindak, namun apakan daya, tak tahu nak mula dari mana..

so, aku rasa, dengan menggunakan medium seperti blog ni pun da dikira berdakwah atau dengan kata lain, menyeru orang ke arah kebaikan...insyaALLAH..

...............

sekarang heboh pasal :

1) ZINA
2) ANAK LUAR NIKAH
3) HOMOSEXUAL
4) HUDUD
dan banyaaaaaaaakkkk lagi...

wuuu~~dunia semakin menghampiri kehancuran..

bila peraturan ALLAH tak diambil kira dalam peraturan hidup, maka kerosakan datang bertimpa2...

...............

so, aku cuma nak mengesyorkan..kembali la kepada agama ALLAH...

kembali la kepada AL-QURAN dan AS-SUNNAH...

kembali la kepada fitrah rasa berTUHAN..

kembali la anda semua!

kerana umur kita hanya singkat..

sesingkat azan dan solat..

nape aku cakap macam tu?

kerana kita lahir dengan azan dan kita mati tanpa azan cuma dengan solat..

sependek itu je waktu yang kita ada..

sudah cukupkah amalan kita untuk menghadap yang ESA?


...................

allahummaghfirlana zunubana yaALLAH..

....................
Fitrah_mujahidatunnisa mengharap redha Ilahi~

Friday, December 16, 2011

resepi ayam masak lemak cili api versi jordan

bismillahirrahmanirrahim..

tengah2 takde idea nak masak pe, makanya, aku pun dengan penuh kompiden tanya kat suami aku..

aku : abang nak makan ape ari ni?
abang : masak je la pape, abang tak kisah.

aduhh~~susahnye nak pikir menu pe yang sedap dan tak pernah di masak lagi sebelum2 ni..

pastu, aku gi dapur tengah2 perap ayam tuk wat ayam masak berempah, suami aku datang mintak ayam masak lemak cili api.

..................abis tu ayam yang da terperap ni camne?!

makanya, dengan penuh kesopanan, aku cakap la ayam masak lemak cili api tu menu esok..kih3.

makanya, keesokannya aku pun masak la menu ayam masak lemak cili api ni..

ok..let's look at this picture!

ayam masak lemak cili api de bomb!



bahan2nya :

1) bawang besar setengah biji
2) bawang putih 3 ulas
3) cili merah 4 batang
5) serbuk kunyit
6) susu tepung
7) air secukupnya
8) garam secukupnya
9) minyak tuk menumis
10) kentang
11) ayam
12) rosemarry *optional

cara2nya :

1) blender / tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili. Tumiskannya hingga layu
2) masukkan ayam dan kentang
3) bancuh susu dengan air dan tuangkannya ke dalam bahan tumisan tadi
p/s : (kalo ada santan lagi bagus. kat jordan ni, santan mahal. so, inisiatif lain,guna susu tepung la..=p)
4) masukkan serbuk kunyit sedikit dan garam secukup rasa..
5) masukkan rosemarry. kalo taknak pun takpe..
6) didihkan dan biarkan ayam dan kentang empuk.
7) siap dan boleh dihidang

alhamdulillah, boleh la dimakan bersama2 nasi..sedap wa cakap sama lu!!

.....................................
Fitrah_mujahidatunnisa suka makan ayam~

resepi keropok lekor versi jordan..

bismillahirrahmanirrahim..

hari ni nk share resepi keropok lekor versi jordan..

actually da dua kali trial tuk wat keropok lekor ni..

penangan mengidam waktu pregnant ari tu la...

bila makanan yang takde kat jordan ni diidam2kan, makanya terajin la nak mengasah kekreatifan diri ni..

yok tengok resepi keropok lekor versi jordan ni..

keropok lekor sedap gler kot~

bahan2 :

1) tepung ubi / tepung jagung
2) ikan sardin
3) garam
4) air untuk merebus
5) minyak untuk menggoreng


cara2 :

1) buang air ikan sardin. lenyek2kan ikan tersebut dgn sudu
2) masukkan garam secukup rasa.
3) ambil tepung ubi atau tepung jagung dan taburkan di atas ikan tersebut dan uli hingga tidak melekat di tangan.
4) bentukkan menjadi silinder dan rebus di dalam periuk
5) tunggu hingga keropok lekor tadi timbul ke atas dan angkat
6) toskan
7) boleh la digoreng. kalo taknak goreng, simpan di peti ais tempat sejuk beku.

nyummy3!

sedap dimakan begitu saja...

...............................
Fitrah_mujahidatunnisa suka keropok lekor!

Thursday, December 15, 2011

resepi ikan bakar + sambal asam versi jordan..

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah, hari ni berpeluang m'update blog sambil menidurkan adik kecik ini...

ok la, juz nk share resepi ikan bakar versi jordan ku ini..

ikan ni je yang wujud kat jordan ni...



bahan2 untuk ikan bakar :

1) ikan (tak kisah jenis apa2)
2) serbuk kunyit
3) garam
4) minyak
5) pemanggang

cara2 :

1) bersihkan ikan..
2) lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam.
3) minyak disapu rata pada badan ikan..
4) sapukan minyak pada pemanggang dan letakkan ikan di atasnya.
5) panggang di atas api dapur.
6) terbalik2kan pemanggang supaya ikan masak sekata.
7) tunggu sampai ikan masak dan tanggalkan dari pemanggang.
8) siap dan boleh la dihidang.

dan sekarang aku share resepi sambal asam pulak..

bahan2 :

1) cili dihiris2
2) bawang besar di cincang2
3) asam jawa
4) garam
5) sedikit air

cara2nya :

1) satukan cili dan bawang tadi ke dalam mangkuk
2) ambil dalam 3 ke 4 ketul asam jawa dan masukkan air sedikit ikut suka. ramas2kan dan tuangkan air asam itu ke dalam mangkuk cili tu
3) masukkan sedikit garam. agak2 la kemasinan yang dikehendaki.
4) siap dan sedia untuk dihidang bersama2 ikan bakar.

nyummy3!!

sedap wa cakap sama lu!!

papepn, masaklah kerana ALLAH..kerana dengan itu, aktiviti memasak kita akan dikira sebagai ibadah..=p

...............................
Fitrah_mujahidatunnisa tak suka makan ikan.........sekian~

Wednesday, November 23, 2011

resepi pengat pisang winter versi jordan..

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, berjaya memasak dengan tenang ari ni..baby abrar sgt baik..kasi can kt ummi die tuk memasak..

pagi ni dpt la masak nasi goreng belacan, wedges, ikan kering ngan pengat pisang..

so, saja la nk share resepi pengat pisang winter versi jordan ni...

bahan2:

1) air 3 cawan
2) serbuk santan 1 paket
3) pisang 6 biji (ikut suka nak bape banyak..)
4) sagu satu genggam (kena bajet2 coz xde kt jordan..)
5) gula merah 3 sudu ( ni pun kene bajet sebab xde kat jordan..)
6) gula 4 sudu (agak2 la ikut manis yang di sukai)
7) daun pandan

cara :

1) larutkan santan dalam air panas
2) panaskan periuk, masukkan santan tadi ke dalamnya
3) masukkan gula merah dan gula ke dalam periuk. larutkan
4) masukkan daun pandan
5) masukkan pisang..ak potong kecik2 ala 1/2 inci camtu la..
6) masukkan sagu
7) tunggu sampai sagu jadi jernih dan siap tuk dimakan...

mudah je kan? sedap makan panas2 di musim sejuk ni..al-maklum la, jordan tengah mengalami musim sejuk skarang ni..sebab tu namanya pengat pisang winter versi jordan...

p/s : winter tu bez...=p

Saturday, November 12, 2011

Abrar Al-Itqan..

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, setelah 36minggu 6hari di dalam kandungan, maka, lahirlah seorang putera penyejuk hati...

nama di beri : Abrar Al-Itqan bin Muhammad Firdaus

berat waktu lahir : 2.5kg

tarikh lahir : 14 september 2011

hari : rabu

jam : 4:40 petang

Abrar Al-Itqan berumur 1 hari..


..........................

makna Abrar : orang yang berbakti

makna Al-Itqan : yang sempurna, yang melakukan sesuatu dengan bersungguh, yang sangat teliti

kedua2 perkataan ni di ambil dari al-quran...

kalimat Abrar di ambil dari surah mutoffifin manakala Al-Itqan di ambil dari surah an-naml...

.............................

moga permata hati kami dapat membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh serta taat pada perintah ALLAH dan RasulNya..

sentiasa berpegang teguh pada AL-quran dan AL-hadith...

...............................

abrar lahir lebih awal dari due nyer..patutnye dia lahir pada 6hb oktober 2011...papepn, alhamdulillah, sumenye selamat..=p

.............................

Fitrah_mujahidatunnisa bersyukur atas kurniaan ilahi yang tak ternilai ini...

Wednesday, August 3, 2011

resepi kek buah versi jordan

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah, dapat gak mengupdate post tentang masakan ni...

so, hari ni aku nak share resepi kek buah versi jordan aku ni~

bahan2 yang diperlukan :

1) kismis
2) buah anggur atau apa2 jenis buah pun boleh
3) 1 cawan tepung
4) 2 sudu besar susu tepung
5) 2 sudu baking powder
6) 1 sudu kecik soda bikarbonat
7) 1 sudu serbuk koko
8) 1 sudu chocolate rice
9) air 1/2 cawan (tuang sikit2, agak2 sampai bancuhan tu pekat..jangan cair plak)
10) 1 sudu besar marjerin
11) 1 biji telur
12) sedikit garam halus
13) 1/2 cawan gula

cara2nya :

1) amik apa2 je jenis buah yang ada kat umah anda tu..di hiris nipis...
2) amik bekas, masukkan sume bahan dari no.3 hingga no.13...
3) masukkan buah2an yang da di hiris nipis tu...
4) pukul rata sume bahan2 tu...
5) amik loyang, oleskan dengan minyak..
6) sambil2 tu boleh la panaskan oven dalam 150'C..
7) tuang bancuhan ke dalam loyang..
8) masukkan ke dalam oven sampai masak..

--> nak tau da masak ke belum, cuba cucuk dengan lidi..pastikan dalam dia tak basah..kalo da tak basah, maka boleh la di angkat keluar dan di sejukkan..

sekian, resepi dari bumi urdun...

rahsia makanan tu sedap, baca bismillah dan niatkan kerana ALLAH...masaklah dengan kasih sayang..insyaALLAH, hingga menjilat jari..=p

.................................

Fitrah_mujahidatunnisa suka makan kek..=p

Tuesday, August 2, 2011

ramadhan pertama...

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah..alhamdulillah wa alhamdulillah ala kulli nikmah..

alhamdulillah kerana ALLAH memanjangkan umur kita untuk bertemu kembali dengan ramadhan kali ini..

ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU~

maka, yok sama2 pertingkatkan amalan sepanjang ramadhan kali ini..

moga ianya dapat menjadi kekuatan untuk menempuh bulan2 yang seterusnya..

..................................

1stly, nk tanya korang..amacam ramadhan pertama? apa perasaan anda?

seronok?

sedih?

lapar?

bosan?

melepek keletihan?

atau apa??

hehe..

saja je nk tanya soalan tu..masing2 boleh jawab dalam hati sendiri..

sebab masing2 je yang kenal diri sendiri...

................................

bagi aku, puasa kali ini sangat seronok sebab pertama kali aku berpuasa bersama suami tercinta dan little khalifah yang dalam perut ni..hehe...

insyaALLAH, mudah2an ramadhan kali ini lebih bermakna dengan kehadiran insan2 baru dalam hidup ini..

apa perasaan aku berpuasa di jordan ni?

mesti SERONOK!

rasa TAK SABAR NAK TUNGGU KEDATANGAN RAMADHAN...

dan macam2 lagi...

yela, mana taknya...ni kan sale yang ALLAH bukak kat sume ummat islam...

tinggal kita je yang kena bertindak..nak rebut sale ni ke tak...

rugi woo wa cakap sama lu kalo lu tak rebut peluang keemasan ni..

setahun sekali je...

perghhh~rugi gler...

so...mulai saat ni, sapa2 yang belum meletakkan aim atau target sepanjang bulan ramadhan ni, boleh la start catit target2 korang tu...mudah2an tak terlepas pandang dan boleh dilaksanakan dengan sebaiknya..

insyaALLAH...

...............................

jaga diri baik2 tau...jaga tingkah laku...jaga amalan...

kalo nak ALLAH bagi bonus lebih..maka, kena la buat yang terbaik untukNYA..

buat sesuatu tu, pastikan niat kerana ALLAH taala...

insyaALLAH, bila redhaNYA mengiringi perjalanan hidup ini, kita akan merasai betapa indahnya nikmat iman dan islam ini..

..............................

ok..masuk plak citer pengalaman aku berpuasa di jordan bersama dua orang insan yang amat2 ku cintai ini..

alhamdulillah..setakat ni masih larat berpuasa dan bertarawih..mudah2an dapat istiqamah sampai ke penghujungnya..

tentang si kecilku ni pulak...alhamdulillah, dia tak meragam sepanjang puasa ni..

takde mintak makan atau minum...baik je..bertambah aktif lagi tu...

sepanjang puasa pertama tu, si kecik ni asyik main je..eh, bukan main la ummi!! baby berzikir ngan hafal quran la...sebab tu baby aktif semacam...hehe...

ye sayang..anak ummi ni kan nak jadi ulama' ngan hafiz quran...ameen~~

hmm..sebelum ramadhan lagi, hari2 aku pesan kat baby ni tentang bulan ramadhan..kasi baby tak culture shock..keh3...

da pesan awal2..nanti bulan puasa, baby kena puasa..takleh mintak makan ngan minum selama 30 hari...kalo nak makan, waktu sahur ngan buka je..waktu lain takleh mintak makan..alhamdulillah, baby ni mendengar kata...tak susah nak jaga..tak meragam...alhamdulillah...

mudah2an little khalifah ummi ni akan jadi anak yang soleh dan sentiasa taat pada perintah ALLAH...ameen~~

.....................................

pastu, masuk bab solat pulak...base la, bulan2 pose ni, terasa penat tu memang sinonim la kan..

so, ada masanya aku akan tertidur..dan bilamana waktu solat masuk, baby mesti bergusti dengan kuatnya..sampai la aku terjaga...

rupa2nya..baby suh bangun solat...bijak sungguh anak ummi ni...hehe..

kalo bab bangun malam, pesan je kat baby, suh baby kejut ummi ngan abi dia..dan alhamdulillah, memang baby kejut betul2 pun...=p

ha..masuk bab solat terawih...memandangkan kami solat terawih kat masjid2 sekitar irbid (maklum la, tiap2 malam solat kat masjid yang berbeza...tukar mood...hehe.waktu bujang tak dapat peluang camni..=p)...ha..sambung2......sebelum solat terawih, da siap pesan awal2 kat umah.."baby jangan nakal2 tau..kita nak gi solat terawih ni...jangan kacau ummi solat..baby kena solat sekali..ingat pesan ummi ni?"..pastu, baby pun tendang2 tanda faham...bagus anak ummi ni...bijak dan soleh la...=p

pastu..sebelum keluar rumah, da tanya kat baby dulu, "da amik wudhu' ke anak ummi ni? kita nak gi masjid ni..nak solat terawih...."...pastu baby pun tendang2...ok, da faham da..baby da sedia nak solat la tu..heheh..

pastu kami pun berjalan kaki la menuju ke masjid...

bila waktu solat, baby pun ikut solat..x meragam la..baby takde main keras2kan badan cam biasa..kita solat,dia pun solat...baik aje la..tapi bila part imam baca fatihah dan surah2 lain, dia mesti tendang2...saja nk gtau ummi dia la tu, yang dia da hafaz surah yang imam tu baca..=p ~baby ikut imam baca ye? nak jadi ulama' ye baby ummi ni?hehe...insyaLALAH~

.....................................

haa..setakat tu je la citer sepanjang ramadhan pertama di bumi jordan yang unik ni..

seronok berpuasa kat sini..memang takkan rasa ruh puasa macam kat jordan ni bila da kat malaysia nanti...

kena mencari kekuatan sebelum pulang berkhidmat di malaysia..

ALLAH yusahhil alaina jami3an..ameen yaRABB~

apa menu berbuka dan bersahur anda sepanjang bulan puasa ni?

setakat ni, aku baru masak :

sahur puasa pertama :

1) ayam goreng hot n spicy
2) daging dengdeng
3) ikan sardin
4) sayur bayam masak belacan
5) nasi putih

buka puasa pertama :

1) nasi ayam
2) ayam madu
3) sambal kicap ngan sambal merah
4) kek buah (dalamnya ada buah anggur, kismis, coklat rice n perisa coklat)
5) coslow

...................

sekian, berita sensasi dari blog aku..ahaha~

RAMADHAN KAREEM~

moga ALLAH memberi kekuatan kepada kita untuk menempuh puasa sebulan ini...

dan moga dapat mengejar malam lailatulqadar..

jadikan ramadhan sebagai titik perubahan dalam diri kita...

daripada jahat kepada baik...

daripada baik kepada yang lebih baik...

insyaALLAH...

.................................

Fitrah_mujahidatunnisa berRAMADHAN bersama suami dan little khalifahnya...

Tuesday, July 26, 2011

resepi nasi kabsah versi jordan

bismillahirrahmanirrahim..

resepi yang akan di kongsikan hari ini berbunyi seperti berikut :

RESEPI NASI KABSAH VERSI JORDAN

bahan2nya :

1) beras (2 pot)
2) ayam / daging (ikut suka)
3) garam (anggaran masin)
4) kobis bunga (ikut suka)
5) kacang tanah (kut suka)
6) kentang (ikut suka)
7) rempah kabsah (ikut suka)
8) minyak (dua sudu)
9) laban *(optional)


cara2nya :

1) rebuskan ayam / daging hgg empuk..

2) basuh beras dan ketepikan..

3) panaskan minyak dan goreng kentang dan kobis bunga sampai kaler kuning2 keemasan..

4) amik periuk nak masak nasi..ayam yang telah di rebus tu, jangan di buang airnya..kutip ayam rebusan tu dan susun dalam periuk nak masak nasi..

5) susun kentang dan kobis bunga yang telah di goreng kat atas ayam..

6) letakkan atas sayur tu beras yang telah di basuh...

7) masukkan air rebusan ayam hingga tenggelam beras...

8) masukkan rempah kabsah ikut suka hati...kalo nk sedap, wat pekat2..baru rasa rempahnya...terpulang pada individu..

9) masukkan garam secukup rasa...agak2 masin la..

10) pastu, tutup periuk dan biarkan hingga nasi masak...

11) sedia untuk di hidang..

*laban tu kalo nk letak, suka hati la..sebab kat rumah takde laban, makanya, aku tak letak la dalam nasi yang aku masak tu...

*kacang tanah tu, kalo nk sedap, tabur kat atas nasi yang da siap di masak..rangup wa cakap sama lu...krupp...krupp..krupp bunyinya...=p

...............................

BAHAN SALATOH :

1) tomato (1 biji)
2) lemon (setengah biji)
3) timun (1 biji)
4) cuka (sikit anggaran 1 tutup bekas cuka tu)
5) garam (sikit je)

cara2nya :

1) tomato, lemon dan timun di potong dadu...

2) masukkan cuka dan garam dan gaul2kan...

3) simpan dalam peti ais..

4) sedia untuk d hidang..

................................

nasi ni boleh di makan dengan ayam yang kita masak dalam nasi tu...

dan jugak boleh makan dengan ayam masywi @ ayam panggang...

ikut suka hati anda...

selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

....................................

syarat untuk menjadi sedap, baca bismillah dan niatkan kerana ALLAH...serta masaklah dengan penuh kasih sayang...

...................................

Fitrah_mujahidatunnisa suka makanan arab...tp cepat bosan..haha~

resepi nasi lemak versi jordan..

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah..d beri kesempatan untuk mengupdate blog ni...

da lama nk tulis dlm blog ni resepi2 masakan ala2 perantau @ versi jordan..

memandangkan barang2 yang d gunakan d sni adalah barang2 yang cuma ada d jordan, makanya, aku menamakan mereka dengan masakan versi jordan...

ok..ak nk share resepi nasi lemak versi jordan kt korang...

-> NASI LEMAK VERSI JORDAN :

bahan yang d perlukan :

1) beras (2 pot)
2) air santan (tenggelam beras cm masak nasi base tp lbeykan skit)
3) halia (1 inci)
4) bawang putih (3 biji)
5) garam (satu sudu kecik..)
6) minyak (satu sudu besar)
7) daun pandan (*) optional

cara2nya :

1) basuh beras sebanyak mana korang suka masak..

2) halia dan bawang putih d buang kulit dan di hiris nipis2..

3) masukkan air santan kt dalam periuk nasi mengikut paras air yang base d gunakan tp lbeykan skit sbb nasi lemak ni perlukan air lbey skit dr nasi putih base...

* kalo gune kelapa parut : rebus kelapa parut tu dengan air secukupnya untuk masak nasi..pstu da mendidih,tapis air tu dan masukkan dalam beras yang telah d basuh..

* kalo gune serbuk santan peket : panaskan air, masukkan serbuk santan peket dalam bekas ke dalam cawan ke, pstu tuang air secukupnya untuk masak nasi dan kacau hgg sebati...

4) masukkan minyak satu sudu...nk bagi nasi tak melekat antara satu sama lain..

5) masukkan garam satu sudu kecik..agak2 masin la...kalo x masin, tambah garam lg..

6) masukkan daun pandan kalo ada stok..(kt jordan xde daun pandan, harap maklum)..

7) masak hgg tanak..

.....................................

SAMBAL NASI LEMAK :

bahan2nya :

1) bawang putih (3 biji)
2) bawang merah besar (1 labu yang saiz sederhana)
3) halia (1 inci)
4) garam (setengah sudu kecik)
5) gula (3 sudu)
6) minyak (2 sudu besar)
7) air (ikut kesukaan)
8) cili kering yang da d kisar (1 sudu)
9) tomato puri (1 sudu besar)
10) tomato (1 biji)
11) cili hidup kaler merah (3 biji)

cara2nya :

1) buang kulit bawang putih, bawang merah besar, halia, tomato, cili hidup dan potong ikut suka..pastu blender sampai lumat dengan air yang skit..

2) panaskan minyak, tumis barang2 yang da d blend tu sampai naik bau n ala2 kering..

3) masukkan cili kering yang da d kisar...

4) masukkan tomato puri

5) masak hingga pecah minyak (pecah minyak tu : minyak dia timbul atas bahan2 yang d tumis tu)

6) masukkan air skit ikut kesukaan anda..kalo suka sambal cair, guna air banyak..kalo suke pekat, letak skit je airnye...

7) masukkan garam dan gula..kalo kurang rasa, pandai2 la adjust sendiri...

8) da gelegak, tutup api..

.....................................

LAUK :

1) ikan bilis
2) ayam
3) hati ayam/lembu
4) daging
5) telur

* kalo ikan bilis, ayam, hati dan daging, boleh d goreng...

* kalo telur, boleh goreng (jadikan telur dadar, atau telur mata kerbau)..kalo nk telur rebus, maka perlulah d rebus....

* boleh jugak anda nk campur dalam sambal...dengan cara : masukkan je sume lauk yang da siap d goreng tu k dalam sambal dan didihkan sekejap...

.....................................

LAUK TAMBAHAN :

1) timun
2) ikan bilis
3) kacang tanah

.......................................

ok...selesai satu menu masakan versi jordan...sume bahan2 ni ada kt jordan kecuali daun pandan..so, kalo x jumpa mana2 bahan yang tersenarai d atas, boleh la roger2 ye..nnt i gtau u all kt mana boleh dapat bahan2 tu...=p~ (tp barang2 selain daun pandan la ye..) =p

selamat memasak dan mencuba resepi ni..

syarat nk sedap...baca bismillah, masak kerana allah dan dengan penuh kasih sayang~ =p

..........................................

Fitrah_mujahidatunnisa suka masak!

Wednesday, July 20, 2011

keajaiban..

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah...summa alhamdulillah...

subhanallah

walhamdulillah

wa la ila ha illallah

................................

sesungguhnya dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang..

..............................

actually, banyak menda yang ak nk coretkan dalam blog ak yg cun ni...tapi, perlukan ujian penapisan dl la..coz, x sume menda kite boleh citer kt orang..hehe..

btw, ari ni ak nk citer skit pasal pengalaman2 ak waktu mengandung...

pengalaman yang ni memang ak xleh lupa langsung la..

yang mana waktu tu, ak ngan suami ak yang tercinta pergi ke klinik untuk wat check up baby..

waktu tu kami pergi dalam kol 12 tengahari..

sampai klinik da nak dekat zohor la..tp lom zohor lagi...

pas da borak2 skit ngn doktor yang baik tu...die suh kami masuk bilik khas tuk scan baby...

amboiiii..aktif sungguh si comel kami ni...

pusing sana, pusing sini...takleh dok diam...

orang kata baby ak bakal ikut jejak ak...aktif semacam sampai x reti dok diam...isk~ T__T

tapi bagus gak aktif2 ni kan baby ummi syg?

baru la nampak baby ummi ni sihat dan kuat..

walaupun kat jordan ni xde milo..

~minum milo anda jadi sihat dan kuat!~

...........................................

pastu, doc pn scan la baby tu n explain kat kami..bla3...bla3....

alhamdulillah, sumenye normal..

pastu, tiba2 masjid yang berdekatan ngan klinik tu bukak bacaan al-quran..

guess what??!!

MY BABY TERUS SUJUD!

subhanallah...

masyaALLAH!

ak terus terkumat kamit mengucap kebesaran ALLAH..

yela..mana tak nyer...1st time kot tengok yg real punya..baby dalam perut sendiri plak tu...

hehe..kuasa ALLAH...

subhanallah..

.............................

pastu...bile bacaan quran da stop, my baby pn die golek2 cm awal2 kami scan tu...

pusing sana, pusing sini...

pstu...

tibe2 azan...

MY BABY TERUS SUJUD balik semula...

subhanallah..

masyaALLAH...

pastu nampak la waktu baby nk ubah posisi dari golek2 tu k posisi sujud...

ase cam..........YaALLAH, betul ke apa yang aku nampak ni?!

memang ase cm x caye...

sangat comel waktu baby nk ubah posisi..

d sebabkan baby duduk dalam air, maka, kaki die pun bergerak2 sebab nk imbangkan badan supaya kekal dalam posisi sujud tu...haha..comel dan ajaib!

pelik tapi benar...

tu kot antara cerita yang paling bez sekali ak nk share ngan korang sume...

....................................

anak2 tu anugerah ilahi yang paling berharga...

mereka suci dari sebarang maksiat..

dari perut lagi mereka da ikut fitrah..

fitrah merasakan adanya tuhan...

dan hanya ALLAH yang layak d sembah..

namun, bila mereka lahir...adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mencorakkan agama mereka...

mudah2an, anak2 kita akan terus thabat dalam jalan iman dan islam...

mudah2an mereka akan sentiasa berada dalam ketaatan kepada ALLAH..

kerana diri mereka begitu berharga buat ibubapa...

.................................

anak ummi yang tersayang...

mudah2an anak ummi akan menjadi hamba ALLAH yang soleh..

jangan nakal2 ble da kuar k dunia nnt..

dengar cakap ummi ngn abi...

taat perintah ALLAH dan rasul..

jadi hafiz quran...

nanti ummi ngn abi ajar baby cakap arab ye..

baby kene cakap arab je kt umah...kalo taknak cakap arab, cakap english...

nk cakap melayu?? boleh tapi ummi ngan abi xnak layan..weeekkkk~ padan muka baby..haha...

................................

Fitrah_mujahidatunnisa bahagia bersama baby..

Tuesday, July 19, 2011

anugerah ilahi yang tak ternilai..

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah...

setelah sekian lama menyepi, akhirnye dapat gk mencoretkan sesuatu di dalam blog ak yang comel ni..keh3....

.............................

alhamdulillah...kerana hari ni kita d beri peluang untuk bernafas d bumi ALLAH yang indah ini...

alhamdulillah...kerana ak dapat merasai nikmat menjadi suri rumah sepenuh masa...

alhamdulillah...kerana ak berjaya menghabiskan sesi pengajian ak di bumi anbiya', urdun tercinta...

alhamdulillah summa alhamdulillah...

ALHAMDULILLAH kerana di beri peluang merasai nikmat seorang IBU...=P

hehe..alhamdulillah...

....................................

sekarang my baby da makin besar...x sangka betol..cpt sungguh masa berlalu..

rasa cm bujang2 je lg...

tapi...

rupa2nya da jd isteri dan bakal ummi orang..=p

hehehe..

ALHAMDULILLAH sangat2 kerana ALLAH mempermudahkan urusan ak ke arah baitul muslim..=p

....................................

keaktifanmu menenangkan hati...kerana mu anugerah ilahi yang masih suci dr dosa dan noda...~moga menjadi org yg soleh dan hebat dalam agamamu~

ameen yaRABB~

mudah2an zuriat yang KAU kurniakan kepada kami ini akan menjadi pejuang agamaMU yang terhebat!

mudah2an zuriat ini akan menjadi anak yang soleh dan hamba yang sentiasa taat pada perintahMU dan meninggalkan segala laranganMU...

mudah2an zuriat ini dapat menjadi orang yang dapat memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara...

mudah2an zuriat ini akan menjadi penyejuk mata buat kedua ibu bapanya...ameen yaRABB~

rabbana hablana min azwajina wa zurriyatina qurratu' a'yun waj3alna lillmuttaqina imama..

ummi ngan abi sayang baby....

sila membesar dengan sihat tau!

selalu men kick2 ngn ummi pn xpe...ummi x kisah...sebab ummi bahagia bile baby main2 ngan ummi..

ummi sayang baby...sebab baby anugerah dari ALLAH yang x ternilai...

kerana baby ummi ni akan jadi khalifah dan hamba ALLAH d muka bumi ini..

ummi ngan abi akan sentiasa dan cuba untuk mendidik baby menjadi orang beragama dan mengamalkan islam dalam idup baby...

mudah2an baby akan jadi saham buat ummi dan abi d akhirat kelak...

banyak lagi yang ummi ngan abi nk sampaikan kat baby..tapi len kali la pulak..

keh3...

ummi ngan abi harap ALLAH akan bantu ummi ngan abi dalam mendidik dan membimbing baby...

moga terus thabat dalam jalan islam...jalan dakwah..jalan tarbiyah ini...

mudah2an ALLAH permudahkan segalanya...ameen~

...............................

anak2 ibarat kain putih...kita yang mencorakkan mereka...

mudah2an anak ummi ngan abi ni sentiasa hidup mengikut acuan islam...

kerana islam dan iman adalah sesuatu yang amat berharga sayang~

...............................

Fitrah_mujahidatunnisa menginginkan anak soleh~

Sunday, May 22, 2011

saya sayang dia...




bismillahirrahmanirrahim~

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...
akhirnye final exam telah melabuhkan tirai...
3 subjek dr 5 subjek da kuar markah..
subjek yang paling killer pn da kuar markah..

ALHAMDULILLAH wa SYUKUR LILLAH ala kulli natijah...

pasni boleh la posing dpn cermin sambil sarung baju konvo memandangkan baju konvo da dpt time exam ari tu...

ALHAMDULILLAH sekali lagi...

...................................

errmmm...

d tengah kesunyian malam sambil d temani titik2 air yg jatuh k dalam baldi d bilik air tu dan d selangi bunyi gerakan jam membuatkan tanganku rancak menulis post ini..

ooohh~sungguh ak rindu padanya..

dia tengah tido..terasa seperti mau saja ak kejutkan die dr lenanya itu...

kerana apa?

kerana ingin ku katakan yang ak rindu padanya...

namun..

hati si sulung, ego beb~keh3...

x penah pn nk mengaku isi hati...wt2 x paham sudah..tp sebenarnya...jeng jeng jeng...

abaaaaaaaaaanngggg!! i rindu la kt u....

kalo la kita seperti pasangan yang 24hours romantic tu, msti ari2 i menjiwang ngan u...

tp kite ni kan unik~~haha...

romantic itu jauh sekali..

ape yang penting?

kerjasama...

ape yang penting?

kerjasama...

eh3...kerjasama?! itu k yg penting dalam umahtangga?

yups..salah satu ciri2 yang patut ada...

kenapa?

sebab antaranya ialah bila isteri exam, suami amik alih keje d umah sperti memasak dan macam2 lagi...isteri pulak jangan pijak kepala suami..bak kata mama i, jangan buli suami! =p

opppss~ i x buli die..die yg rela d buli...keh3..(gurau je)

...........................

dalam novel, banyak cerita mengenai cinta...

cinta yang seronok, cinta yang sedih, cinta yang lucu, cinta islamik dan macam2 bentuk cinta la..termasuk cinta si monyet bersama si kera...erkkk~~

begitu juga kami...

tapi kisah cinta sume org x sama...

apa yang penting bagi kami adalah agama...

yang lain nombor dua...

asas umahtangga bagi kami adalah ketaqwaan pada ALLAH..

cuba terapkan umahtangga dengan nur islam..

nescaya anda akan bahagia..

insyaALLAH...=p

walau kami x romantic dan xtau pn apa itu romantic tp kami pasangan yang kiut! muahaha~

bagi ak, pas ak kawen ni, bnyk menda yang ak blaja...

antaranya, jangan percaya dengan tulisan2 dalam novel dan cerpen..haha~

kadang2 ak membebel sorg2..nk la romantic2 cm org len...nk romantic cm dalam movie ngn cerpen tu!

si dia pasti menjawab dengan tanpa perasaannya...

tu citer khayalan...wtpe romantic2 dgn dak kecik ni?

T_________T

huahuahua~tu la jawapan yang ak terima tiap kali ak meluahkan ketidakpuasan hati...

tp bile pk2 balik...xpe la, x romantic x bermakna x bahagia...

apa yang penting adalah membentuk roh2 dan jiwa2 muslim dalam umahtangga~

hehe..alhamdulillah...

kadang2 kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu, dan kadang2 kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu..allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui...

so, dun wori la...

xyah sibuk2 nk cari pasangan yang kompem2 ada ciri2 yang kita nak...

kawen dl..pastu baru la tau...bez x bez dapat pasangan yang x seperti kita bayangkan...

sebab pe?

sebab kita akan blaja tuk bersyukur..

d kurniakan sesuatu yang unik...

dan sebaik2 perancang tu adalah perancangan ALLAH...

dari xde perasaan kepada ada perasaan...

mohon doa bnyk2 pada ALLAH, insyaALLAH, kheer~

.............................

saya sayang dia...

(actually post ni saya tulis senyap2...si dia xtau pn..kalo die tau, aduuuhhh~malu laa!! i kan rock..x main la jiwang2 ni..keh3)

ok la, saya malas nk kasi org yg belom kawen jeles ngn post saya ni..haha~

bagi yang masih single tu, kalo da mampu kawen, kawen la cpt2...sbb kawen tu sunnah nabi dan pelengkap separuh daripada iman~

manakala yang tak mampu kawen lagi, ingatlah, ALLAH tu maha melihat, maha mendengar dan maha mengetahui...

tak perlu anda sibuk2 mencari pasangan dengan cara bercouple..kerana cara itu trang tang2x salah dalam islam...

dan letakkan dalam diri...

anda mahu cinta si dia?

atau.....

anda mahu cinta ALLAH?

sesungguhnya cinta ALLAH x datang dalam hati yang kotor...

nauzubillah...

......................................

ok la, mohon maaf andai post ini tidak menyedapkan hati..

ini adalah sebahagian daripada terapi fizikal dan minda bak kata ak..haha~

meluahkan menggunakan lisan tak semudah meluahkan melalui tulisan...

so, pliz enjoy it and yang baik amik pengajaran, yang tak baik g buang dalam tong sampah...

selamat menempuh cuti sem kepada pelajar2 d jordan mahupun d mana2 je yang mengalami ujian cuti yang hebat..

pasti sukar mau menguruskan masa sbb da cuti...

kerana tidur berjam2 itu pasti..main facebook itu pasti...buang masa itu pasti...huahuahua...

SAYA KENA JADI UMAT ISLAM YANG BERKUALITI UNTUK AGAMA!!

yosh~gunakan masa cuti dengan sebaik2nya...

doakan kami dapat khirij @ konvo dengan natijah yang cemerlang gemilang dan terbilang...

insyaALLAH...

..................................

Fitrah_mujahidatunnisa sayang dia~

Sunday, April 17, 2011

berita bosan~

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah...alhamdulillah wa alhamdulillah...

setelah sekian lama tidak mengupdate blog, akhirnye hari ni dapat gk menggodek2 blog ni...

banyak menda yang berlaku sepanjang semester ni..

papepn, moga ianya menjadi pengajaran bagi kita yang masih hidup ini..

..................................

antara peristiwa2 yang berlaku ialah :

1) berita senior yang selamat melahirkan anak sulung d jordan..alhamdulillah ala kulli hal...my senior tu dpt baby boy...comel....(membuatkan terasa seperti mau ada anak jugak?! hahaha)

2) berita yang paling menggembirakan...ramai rupanya yang da mengandung...waaahh..bertambah la ahli permai tahun ni...mudah2an bakal2 ibu tersebut dapat melahirkan anak dengan selamat..insyaALLLAH...

3) berita kematian...uhh~ yg ni amat menyentap hatiku.

kullu nafsi zaiqatul maut : setiap yang hidup pasti akan merasai mati.

seperti yang kita tau, kematian itu merupakan peringatan ALLAH kepada kita yang masih hidup ni...moga kita mendapat husnul khatimah di saat nyawa d tarik...

kepada mereka yang mengalami bencana kematian ini, moga sentiasa tabah...kita semua adalah pinjaman ALLAH..ALLAH berhak tuk menarik pinjaman ini bila2 masa yang DIA kehendaki...teruskan perjalanan kita d bumi ini...kerana kita juga akan berakhir dengan kematian..

persiapkan diri! kerana kita akan idup d dunia kedua..dunia yang kekal abadi...dunia yang menentukan samada bahagia atau derita...syurga atau neraka?! mudah2an syurga milik kita semua..insyaALLAH..ameen...

4) berita exam...keh3..sume org pn mengalami keadaan yang sama...exam kt universiti semakin mengganas..bulan depan kami da start final exam..selang dua atau tiga minggu dari 2nd exam camtu la lebey kurang..bakal menjadi ninja..berjuang hingga ke titisan ilmu terakhir! ooohhh~moga d permudahkan....

cuak aa plak....semester laz bagi aku...mudah2an mumtaz! ameen...

5) berita demontrasi...asik2 ada demonstrasi kt jordan ni...bosan aaa~bising..haha...

haaa...da la tu..len kali aku update lagi berita2 sensasi kt jordan ni...

jangan lupa ye kawan2...perbaiki niat setiap masa..

inna ma a3malu binniah : setiap perbuatan hendaklah d sertai dengan niat...

kerana niat itu membezakan antara adat dan ibadat...

perbaiki diri..jaga diri dan hiasi peribadi...

jaga iman! percaya pada ALLAH, nescaya kau akan redha dengan setiap ketentuan...

akhir kalam..mohon beribu kemaafan d atas setiap kesalahan dan ketelanjuran...

mudah2an kita bertemu lagi d lain waktu...

tidak berjumpa d dunia bukan bermakna tidak jumpa d syurga...

wa ilal liqo'!!!

..........................................
Fitrah_mujahidatunnisa busy sangat sekarang ni~

Wednesday, March 9, 2011

busy....


bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah...

lame sggh da x update blog ni..

maklum la, bz ngn exam dan ada masalah kesihatan skit la tahun ni...

................................

ari ni, universiti yarmouk ada wt intikhabat atau nama kampungnya pilihanraya..

dalam dilema jadinya...

ari ni ada kelas ke x??????

kang pergi, xde kelas...

kalo x pergi, ada kelas plak..

dilema...

ah..x kisah..

pergi je...doktor masuk ke x ke...peduli hape..

ak kne tunjukkan yang ak sayang kt universiti ak..

keh3....

so...ari ni ada plan nakal...

"sahaja ak pergi ke universiti untuk mengumpulkan bunga2 dan coklat2 sepanjang pilihanraya ari ni kerana allah taala"

haha..

opsss~~ jangan tiru cm saya...

T__T

................................

uhhh...bz sggh pelajar overseas ni..

banyak gler program...

ble nk wt pintar ni?

rindu aaa nak jumpa adik2 pintar ak...

yaALLAH, permudahkan pertemuan kami untuk meneruskan perjuangan rasulullah dan menegakkan agamaMU d muka bumi ini...

"allahumma innaka ta'lamu anna hazihil qulub qadijtamaat ala mahabbatik..........ila akhir aayah~

....................................

doakan kami d sini dapat menghabiskan belajar dengan cemerlang gemilang dan terbilang...

taknak ada demonstrasi2!!

xmoh la kne antar balik msia...sedey seh~~~

..................................

fitrah_mujahidatunnisa nak jadi pelajar yang hebat tuk agama!

Sunday, February 20, 2011

rinduku pada syahid~

bismillahirrahmanirrahim...



wah..da lamenye x update blog..akhirnye hari ni dapat gk meluangkan masa jap sementara mencari kerajinan tuk memasak...

menu ari ni ape?

menu simple je..maklum la, student la katakan..keh3...

ari ni masak kuih ketayap, cekodok tepung, nasi beriyani, ayam goreng berempah, ayam masak kari, sayur acar...

simple2 sudey~~

hehe...

...................................

ak da start sem da..alhamdulillah, sem baru yang mempunyai semangat baru..

kerana ini adalah sem terakhir dalam perjuangan untuk mendapatkan segulung ijazah..

seronoknyer!!

tp gementar...

mudah2an berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang..

insyaALLAH..ameen...

....................................

untuk tahun ni je, da bermacam2 perkara berlaku kt dunia ni...

antaranya kebangkitan timur tengah...

contoh terdekat tunisia dan mesir...

alhamdulillah, akhirnye kejayaan milik mereka...

hapuskan rejim! tegakkan islam!

wpun ada yang kata mereka berjuang bukan kerana agama, tp ak x kisah!

bg ak..ini adalah satu titik permulaan menunjukkan islam da mula berkembang!

rakyat da mula bersatu padu!

mudah2an kita tergolong dalam golongan syuhada'...

ameen~

.................................

mudah2an ak dapat grade kt jordan sem ni...

risau kalo berlaku pape kt jordan ni...

da la sem laz..hoho...

mudah2an jordan akan aman tenteram sampai kami sume abis blaja..ameen~~

tp kalo berlaku pape, ak nak join gk la rusuhan tu..

keh3...

ble lagi nk rebut peluang syahid d medan menegakkan kebenaran kan?

hehe...

mudah2an ALLAH mudahkan segalanya...kerana ALLAH sebaik2 perancang...

.............................

rindu my family sgt3...

rindu syahid sgt3....

demi islam, akan ku tempuhi segala2nya..

kerana ak yakin dengan kehidupan akhirat!

..........................

orang yang syahid tak akan mati malah jiwa2 dan semangat mereka sentiasa hidup!

mudah2an semangat itu menyerap dalam diri ini...

rindukan mati di jalan ALLAH!

mntk maaf zahir batin sume...

halalkan makan dan minum...

halalkan sume2nye ye..

mudah2an kita berjumpa d syurga yang abadi...

asyhadu an la ila ha illallah...wa asyhadu an na muhammadar rasulullah...

ak naik saksi bahawa tiada tuhan yang d sembah melainkan allah dan aku naik saksi bahawa muhammad itu pesuruh allah...

(maaf jika post ni tiada manfaatnya...ini merupakan luahan hati kecil tetapi mengharapkan ianya menjadi kenyataan) insyaAllah~

.............................

fitrah_mujahidatunnisa mahu berjumpa dengan ALLAH dalam keadaan beriman!

Sunday, February 6, 2011

lirik cinta matiku (الحب موتي)

bismillahirrahmanirrahim...


alhamdulillah, setelah beberapa hari menyibukkan diri sendiri, hari ni dapat gk mengupdate blog...

so, ari ni ak ase nak share 1 lagu yang sgt femes kot kt msia...lagu cinta matiku..seronok gk la lagu ni walaupun sakit telinga kot?! isk3..T__T

(tlg tutup music dumper tu dl)

...............................


................................

سأخلُك تدخلين إلى حياتي
سأخلَ حبك تسمين قلبي
لأن حبي أشد الجنون
إليك محبوبتي
لأنني ما استطعت آبدا
لأحيا بدونك
لا تتركني آبدا
لا تطلقني
ولو نصف الدقة من حياتي
لا تتركني آبدا
لا تطلقني
ولو نصف الدقة من حياتي

arab lirik by cik nisaulfadhilah
~hakcipta terpelihara~

....................................

amacam?bez x nyanyi dalam arab?bez kan?keh3...

pasni kalo tgk citer hani dalam tv3 tu, boleh la tukar lirik lagu die tu dalam bahasa arab sambil nyanyi jerit2...msti bez! dan release tension! hihi...

ok la..slmt bernyanyi2...

daaaa~~

..............................
Fitrah_mujahidatunnisa sakit tekak dengar penyanyi ni nyanyi!

Friday, January 28, 2011

lirik wahai tamanku yang tersayang (يا روضتي الحبيبة )

bismillahirrahmanirrahim...

kali ni kite rilek2 je sambil dengar lagu kanak2 ni..

ak tertarik ngn videoclip die..comel sgt! hehe..

sambil2 kite ikut lagu arab ni, boleh la sama2 menari2 seperti dalam video ni ye...keh3...

(sila tutup musicdumper tu dl..)

............................



............................

يا أجمال الرياض
يا روضتي الحبيبة
في الصحيحة ننادي
يا امنا الحبيبة
فيها معلَمتي في نشر ضحيكتي
صديقتي ها هنا في الروض مشرقتي
لاي لاي لاي لاي
للفصل قد أتيت
للروضة غنيت
رسمت هذه دفتري
لفرحة نديت
لاي لاي لاي لاي


maknanya :

wahai taman yang cantik
wahai tamanku yang tersayang
kami menyeru kepada kesihatan
wahai ummat kami yang tersayang
dalam taman mengajarku untuk menunjukkan ketawaku
kawanku ada di sini di taman yang menggembirakanku
lai lai lai lai..
untuk kelas yang telah ku hadiri
untuk taman yang telah ku nyanyi
ku telah melukis dalam buku tulis ini
tentang kegembiraan yang telah ku seru
lai lai lai lai..


lirik arab dan bm by cik nisaulfadhilah
~hakcipta terpelihara~
...........................

jom g taman! keh3...

pstu berjoget2 cm kartun dalam video ni..

eh, kt jordan ada taman bunga k?!

keh3...

hanya org2 jordan je yang mengetahui.............

............................
Fitrah_mujahidatunnisa suke tgk kartun ni menari2..

lirik bila cinta (عندما الحب)

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah..hasil daripada semangat yang tinggi, akhirnye tanganku menggedik lagi utk mentranslate lagu bila cinta (lagenda budak setan) ni..

sedih eh lagu die?sob3...

okeh laa...jom kite nyanyi lagu ni dalam bahasa arab..

(tlg tutup musicdumper tu dl..)

....................................................




............................................

عندما الحب الآن ما عنده القيمة
ما أشعر الآن بالحزينة فقط
كان يتركني بالحب القديم
في الماضي, كانت تعطيني الفرصة  بالوعيد حلوى
الذي قبلته بسائر قلبي
حتى ذهبت وكانت تتركني
كانت تخفي حبك
كانت تطعن قلبي
حتى اخترت بالحب الفناء
ذهبت نفسك وكانت تشق قلبي
حتى سقطت في الرجاء
في الرجاء


lirik arab by cik nisaulfadhilah
~hakcipta terpelihara~

....................................................

uhuuu~~sedeynyeee...

sian org yg hadapi masalah kne tinggalkan ni kan?tu aaa..org da kata jangan bercouple..degil takmoh dengar kata...isk3...

~jauhkan couple kerana couple musuh agama!~

tanpa couple idup anda xkan d selubungi kesedihan..keh3..

carilah cinta ALLAH kerana cinta ALLAH adalah cinta yang abadi!

.....................................................
Fitrah_mujahidatunnisa kesian dengan watak dalam lagu ni..huhu..

lirik cari jodoh (بحث رفيقة للزوَج )

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah..di hari jumaat yang penuh barakah ini dapat lagi kite bertemu d ruangan 'adab mode' iaitu mempelajari bahasa arab melalui lagu..

ari ni, kite akan blajar nyanyi lagu jiwang dalam bahasa arab ya...

kepada sesape yang masih belum berpunya tapi telah sampai masa tuk berkahwin, boleh la nyanyikan lagu ni sorg2 d dalam bilik mahupun d mana2 sahaja...(nyanyi dalam bahasa arab la...xde la ase segan sangat sbb x sume org phm mksud lagu yang korang nyanyi ni..so, boleh la lepas2 tensen sbb xde teman hidupkan sambil nyanyi penuh pengharapan..kot2 la tbe2 ada yang berkenan ke kan?keh3...)

ooppsss..lagu ni bukan utk tujuan mengorat mahupun bercouple ye..tp lbey kepada tuk mereka2 yang da mampu tuk berkawen..keh3...~jauhi couple kerana couple musuh agama..~ =p

sperti biasa, sila tutup musicdumper d atas tu dlu ye...

......................................................



..........................................................

ما خطأت؟ ما خطأ امي؟
كان حياتي في الحزين
لا توجد من تريد و إيراد إليَ
أن تكون الدواء الحزن
أن تكون الشفاء المشتق
أن تكون المحبوبة لقلبي
من الشرقية إلى الغربية 
من الجنوبية إلى الشمالية
ما قابلتها أيضا
من موسم ابو الشوكة إلى موسم ابو الشعر
ما حصلتها أيضا
ما قابلتها أيضا
يا ربي, هل هذا الإمتحان؟
الام الام الاب الاب
من الذي عنده البنت فيخبرني
أشعر بالحياء إلى أصدقائي
لأنني فقط لا توجد أي النساء مرغوب إليَ
إعلان , إعلان. ....من يريد أن يساعدني؟
يساعدني و مسكيني
يساعدني أن يبحث المحبوبة لقلبي
من تريدني؟؟!!؟


lirik arab by cik nisaulfadhilah
~hak cipta terpelihara~
...................................................

ok...alhamdulillah...da selesai pun kita menyanyi...

camne perasaan anda?lega?seronok?keh3...

bez gak kan nyanyi2 dalam bahasa arab ni walaupun tergeliat2 lidah nak sebut..hak3..

insyaALLAH, lama2 nnt, akan lancar lidah kita dalam menyebut bahasa quran ni...

yosh! haiya bil arabiyah! =p

.................................................
Fitrah_mujahidatunnisa nak cari jodoh gk k?! isk3~ T___T

Thursday, January 27, 2011

lirik wonderpets (وندرفيت )

bismillahirrahmanirrahim...

ni idea dari my hubby..die yang suh translate lagu ni ke dalam bahasa arab..so,ak try gk la...terimalah lirik arab ni...nyanyi lagu wonderpets ni dalam bahasa arab ye..keh3..

(sperti biasa, sila tutup musicdumper d atas tu dl ye..)

...................................



................................

رن..رن..
الهاتف... يرنَ الهاتف 
الهاتف..سنذهب
الهاتف... يرنَ الهاتف
يوجد الحيوان في الخطير
يوجد الحيوان في الخطير
 يوجد الحيوان في الخطيرهناك
هممم
ما المهم؟ التعاون
ما المهم؟ التعاون 
 وندرفيت..وندرفيت..سنذهب
نساعد ولد الحيوان في المشكلة
نحن ليس كبير ونحن ليس قوي
إن تعاون سيكون كله السهل
ياي!!! وندرفيت ياي


lirik arab by cik nisaulfadhilah..

..........................

post ni khas tuk my hubby dan sume kengkawan..

apa yang penting?kerjasama...

keh3...

kalo ada kesalahan bahasa, sila maklumkan...

al-maklumkan lah, br je menceburi bidang ni..huhu..

yg penting, x malu dan berani untuk mencuba sesuatu!

............................................

actually, baru je kenal ngn wonderpets ni sbb semalam kol abah..abah kata, abah belikan koleksi wonderpets tuk apis (adik bongsu sy)..isk..jelesssssss!!

tbe2 teringat kt apis n ak pn cari la kartun ni..~selama ni x pernah tau pn kartun ni cmne..kwang3~

tergelak2 kot dgr lagu wonderpets ni...cm xde perasaan tp papepn, kiut la ble dgr manyak2 kali..keh3...

selamat berhibur! sambil2 tu boleh blaja bahasa arab kn?hehe...
.................................................
Fitrah_mujahidatunnisa suke wonderpets...

Wednesday, January 26, 2011

lirik nombor (الأرقا م)

bismillahirrahmanirrahim...

ari ni nak ajak korang nyanyi lagu comel..jom blajar raqam (nombor) arab...

1,2,3.......
 (macam biasa, sila tutup musicdumper d atas tu dl ye..)
........................................................



..............................................................

وحدة اثنان ثلاثة اربعة خمسة ستة سبعة ثمانية تسعة عشرة
وقف الواحد للصلي
ركع الإثنين للرب
والثلاثة....واحد واثنين
والأربعة... اثنان واثنين
والخمسة... كعكة بالسكر
والستة... وقفت للتفكير
والسبعة... تنظر للنجمة
والثمانية... عكس السبعة
وعصى جدي مثل تسعة
والصفر مع الواحد...عشرة

Maknanya dalam bahasa melayu :

satu dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan sepuluh..
berdiri satu untuk solat..
rukuk dua untuk tuhan..
dan tiga....satu dan dua..
dan empat....dua dan dua..
dan lima....kek dengan gula..
dan enam....berdiri untuk berfikir..
dan tujuh....melihat kepada bintang2..
dan lapan...lawan tujuh..
dan tongkat atukku seperti sembilan..
dan kosong dengan satu....sepuluh..



lirik arab n melayu by cik nisaulfadhilah...
~hakcipta terpelihara~

.............................................

mudah bukan blajar nombor ni?hehe..

sesuai untuk d ajar pada adik2 kita,anak2 kita yang masih kecil dan juga kita sendiri ya...

selamat belajar bahasa arab dengan seronok! =p

..................................................

Fitrah_mujahidatunnisa ajar raqam la plak..hehe...

lirik epal (تفاح )

bismillahirrahmanirrahim...

seronok gak cuba2 translate lagu arab kan?selama ni dengar n faham sendiri2 je tapi x penah share ngn orang lain..so..kali ni ak nak share lagu tuffah (epal) yang amat mudah di fahami liriknye ni...pliz enjoy it...(oppss..sebelum tu sila tekan stop dumpermusic di atas tu ye..)hehe..
.....................................................


.............................................

تفاح تفاح
تفاحة صفراء تفاحة حمراء
كل صحة وهناء اطعم بكل سخاء
ما أطيبة تفاح ما أطيبة تفاح
في ساعة الإصباح وبزهره الفواح كم تسعد الأرواح
هو نعمة الرحمن هو ينفع الأبطن
لا ترمي قشرته يا أيها الإنسان
بقشر ولب تفاحة قربي
أدعو من القلب بالحمد يا ربي

maknanya :

epal epal...
epal kuning epal merah...
sumenye menyihatkan dan menggembirakan makan dengan hati riang...
sungguh bagus epal sungguh bagus epal...
di waktu pagi dan dengan bunga yang semerbak harum amat menggembirakan jiwa2...
ia nikmat dari yang maha pemurah ia memberi manfaat kepada perut...
jangan baling kulitnya wahai manusia...
dengan kulit dan isinya  epal berada dekat denganku...
aku berdoa sepenuh hatiku dengan kesyukuran wahai tuhanku...



arab n malay lyric by cik nisaulfadhilah...
hakcipta terpelihara...=p
.........................................................
Fitrah_mujahidatunnisa ske sgt jd penterjemah!

Monday, January 24, 2011

ooo cik ila...


bismillahirrahmanirrahim...

bila malam mula melabuhkan tirainya, tiba2 hadir memori silam tu..yang snts menjadi kenangan sampai bila2..insyaALLAH..

i've a bestfriend....my bez buddy..my sweetheart..my love n bla3....

i call her cik ila...n nama bukan palsu ialah nabila hanis binti abd samat...

ooohh...rindunye kt cik ila...T__T

............................

basenye zaman muda2 dl..asal cuti je, msti merayap ngn cik ila...pstu tdo pn menumpang2 kasih...samada ak yg tido umah die atau die yang tido umah ak...da jd anak angkat dalam family pon...hehe....

seronok kawan ngn cik ila ni..tiap masa mesti ada wt menda gila..kalo xde menda gila, tu tanda2 ada fius yang terputus! T__T

...............................

kami berkawan sejak tingkatan 3..pstu da xleh nk pisah2 da..melekat je sampai la satu hari kami d takdirkan berpisah..sedih sgt time tu..

kami menjalinkan hubungan kasih sayang ni dengan mengikat pelbagai janji termasuklah berjanji nak sambung blaja d university yang sama iaitu UIA...

tapi.....dengan takdir ALLAH..ak sambung blaja d university yarmouk dan cik ila stay kt uia..ak dapat masuk uia gk tapi ak pilih jordan...sbb ak nak kuasai bahasa arab...sangat minat ngn bahasa ni..mintak maaf ye cik ila sbb da broke up d promise..T__T

ape2pun..yang ak sangat kagum ngn cik ila ni, dia sangat tabah orangnye..wpun ak p jordan, tapi die tabah teruskan hidup kt malaysia tu..awal2 tu kami mmg asik nangis je..sbb da xleh nk share cite cam dl..da xleh lepak cm dl..da xleh makan comot2 cm dl..da xleh senam2 n berlagak cm olahragawati negara cm dl dan lain2 lagi.....

dan yang paling ak kagum..cik ila ni cantik orangnye..ekeke...ooo u..u ni cun la..hik3...moga wajahmu dan dirimu snts d sinari nur iman..insyaALLAH..ameen~ =p

...........................

apa yang paling menarik pasal cik ila ni ialah dia seorang yang suka mintak pendapat orang mengenai hukum hakam agama sebelum dia lakukan sesuatu..x kisah la dalam hal kecik atau besar...

pstu..jenis x kedekut ilmu dan makanan mahupun duit..keh3...~cik ila ske bwk bekal g sek...dan kami sebagai pelajar2 asrama amat suka menapaunyer..hihi~

pstu..kami wajib study sesama...kalo ngantuk, kami wt keje gila sampai ilang ngantuknye termasuklah time cikgu mengajar..sib bek la kami ni dak kelas sains 1..so cikgu x kisah la kalo kami wt perangai pelik2..anak murid kesayangan bak katanye...=p
pstu...aktiviti kalo ngantuk, cubit2 tangan, urut2 tangan, tengok gaya cikgu pastu gelak2kan..kalo cikgu tersalah cakap, lagi bez nk gelakkan, makan gula2, lukis atau tulis menda merepek2 sambil gelak2..pstu gelak ngn tiba2, ejek kawan2 yang tersengguk2 dan lain2 lagi..(kategori budak nakal dalam kelas sbnrnye)isk..x bagus2x..T__T

pstu...yang paling menarik lagi..kami slalo ronda2 kampung nek motor...ak dok belakang je..cik ila la yang bawak..ak x berani la nak bawak robot bergerak sperti motor, kete, bas, lori dan kapal terbang..x berani lagi!!! sampai skarang kot?! T__T
(dl pernah try bawak motor, alih2 ak g langgar dinding umah..pstu dengan bangga gak, ak langgar pokok pisang sampai masuk kebun...ak pn xtau npe jd cmtu?! papepun, ak bangga sbb ak jd heroin la kirenye dalam cite ni...hak3..adik2 n mama ak dok gelak2 je tgk ak bwk motor...sejak kejadian tu, ak pun jd takut nak bawak robot2 ni..)

ok..pstu..cite masak2...kah3..paling xleh blah wktu ak form 4 kalo x silap..nak sgt tunjuk skill masak kt umah member kami, radin rahmah..laz2...masakan special yang ak wt tu MASIN glerrrrrrr tahap garam seguni kot nyer!! haha..yang paling xleh blah..ak masak penuh gaya dan kompiden..siap belagak2 lagi dan akhirnyee....kah3...
sejak kejadian tu, ak lebih berhati2 dalam memasak dan skrang tahap ak da kire boleh la lawan chef wan tu..muahaha~

pstu...cite pasal peristiwa time stam..awal2 tu mmg xnak amik stam pn..pstu dok umah lama sgt,bosan la plak..nk keje, mama ngn abah mne kasi..family yang terjaga kot?! ok..pstu,da lama2 tu, ase cm da nk mati kebosanan dan terus ckp ngn abah nk sekolah..tp xyah bayar yuran sume dl sbb nk sekolah main2 je..ble da sekolah, mmg ak main2 je!! terukkkkkkkk!! hahaha...

lagi2 ble ada test..sek ak ni mmg terkenal dengan kehebatan stam..asal kuar result stam, berlambak2 yang dpt mumtaz...makanya, kami di paksa untuk blaja secara org bijak2...tp d sebabkan niat yang x btol tu...so, ak,cik ila, enot ngn dayah..kami jadikan sekolah tu sebagai taman kanak2?! isk..ble ingat balik..mmg nakal la time stam tu..(sblm stam kami baik lagi tau..time stam je nakal..)keh3..

actually ada sebab kami saja2 nak nakal time stam ni..antaranya ialah ;
1) memang xnak amik stam pun
2) mengisi masa bosan kt umah
3) nak jumpa dan lepak ngn kawan2
4) teringin nak wt menda yang x pernah kami wt sperti menjadi budak nakal..(sblm ni tgk dak2 laki je nakal..nk gk try..pstu, nk cpt2 kuar sekolah n masuk u pas result spm kuar!)

dan lain2 lagi...

haaa...itulah antara tujuan ak g sek time stam tu..asal cikgu masuk kelas, kami cepat2 keluar kelas..cikgu keluar kelas, kami masuk kelas..pstu, lepak kt bilik ICT main tenet...cikgu2x x marah pn sbb sebelum ni rekod kami bersih suci kt sekolah tu..so, nakal2 kami pn cikgu tgk cm baik..isk3~untung jd dak skema ni kan?kah3~

pstu...time exam..kami gnekan idea nakal..akibat malas nk study, kami meniru..dan2 la plak dapat tempat blkg skali, mmg sedap la nk meniru..pstu ada sorg dak kelas kami ni (dak sekolah lain asalnye pstu amik stam kt sek kami..) die report kt ustazah pasal kami meniru..tp ustazah x percaya pn cakap die...sbb bagi ustazah, kami ni budak baik...hahaha...isk3~

papepun..ni la 1st time n laz time kami wt menda jahat ni...da masuk U, ak da jd makin baik..takut kot nk ponteng kls dan da x pernah meniru tau..tu zaman stam je..sblm stam ngn pas kuar sekolah da jd dak baik..percayalah..T__T

..............................

haaa...ni la sedikit sebanyak memori silam antara ak dan cik ila..yg pntg bagi kami, hidup msti hepi dan kne sayang btol2 kt org yang sayang kt kita...

mudah2an ukhwah yang terjalin akan kekal sampai ble2..

love u so much cik ila...=p

blaja leklok kt uia tu..ada pape, cm base la share ngn along ye...

~post ni special tuk nabila hanis sorg je..~

............................

Fitrah_mujahidatunnisa rindu kt cik ila!

Sunday, January 23, 2011

dalam diam2....



bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah...ari ni selesai satu misi penting iaitu pergi ke rumah arab..hehe..

makcik arab ni da cm family ak da..nama dia ummu ukasyah...bez sgt ngn dia..baik..friendly..islamic n berpengetahuan luas...dan sangat la kayaaaaaa..keh3..

smlm ada sok sek2x ngn hubby pasal minyak zaitun..nak beli minyak zaitun la pe la..tup2x..time g umah ummu ukasyah ni, dia bekalkan minyak zaitun 1 tong minyak besar...pergghhh~bersinar2 la muka kami suami isteri..eh..tak2x...tipu je tu..hak3...suami ak je yg seronok sgt..sbb die yang beriya2 nak minyak zaitun...ooppss~~terkantoi plak..keh3..

bumi anbiya' ni kne jaga2 skit..pantang terlepas cakap, maka dapat la menda tu..x kira samada menda tu baik atau buruk...huhu...

............................................

ok la..actually nk share sesuatu yang buatkan ak ase nk tersenyum sorang2 seperti menari2 d taman bunga umpama dalam filem hindustan sambil bergolek2 d atas tanah dan bertukar2 baju dalam sekelip mata..keh3...

bosan2..ak g la jelajah blog suami ak...tbe2 terjumpa post2 lama die...post special tuk ak..keh3...

link to bidadari

dan juga yang ini...

link to dangdut

waaa...sweetnye la hubby i ni..

dalam diam2 je die wt keje ni..isk3...

walaupun post nyer simple..means cuma lagu tapi sangat2 bermakna...

lagu2 tu buatkan ak ase cm nak nangis..huhu...

terharu...

ase cm beratnyer tanggungjawab ak pada suami ak...dan mampu ke ak laksanakan amanah ini dengan sebaik2nya?

...................................

suami ak nak ak jd isteri solehah...

jadi bidadari dia...

jadi penyejuk mata dia..

mudah2an ak mampu menjadi bidadari yang suami ak impikan...

yaALLAH, bantulah aku menjadi isteri solehah buat suamiku tercinta...

....................................

kisah percintaan tiap orang adalah berbeza...

begitu juga kisah cinta kami...

cinta selepas kawen sangat manis..

walaupun pada awalnye susah tapi penghujungnya.....hanya diri dan ALLAH yang mengetahui...

..............................

apa2pun..berusahalah menjadi soleh/solehah untuk mendapatkan yang soleh/solehah...

moga ALLAH redha...

............................

Fitrah_mujahidatunnisa mengharapkan keberkatan ALLAH dalam rumahtangganya..

Saturday, January 22, 2011

sayangkan pasangan?



bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah...hari ni ak berjaya melawan nafsu 'malas update blog' dengan jayanya...hoyeh!

apa kabar korg sume?apa kabar iman korg sume?harap2nye berseri2 la sumenye ye...=p

ok la...ari ni cik nisaulfadhilah nk kasi tips skit bagi org2 yg da berumahtangga...oopppsss~~budak2 bawah umur xleh baca! keh3...xde la..gurau je...~hehe..

.......................................

ok..cuba anda bayangkan anda berada dalam satu situasi yang mana pasangan yang anda kasihi dan cintai berada dalam keadaan yang menyedihkan seperti ditimpa kesakitan, atau kesusahan...atau apa2 je la...yang boleh d kategorikan dalam sedih dan tangkap leleh...

ok...da bayangkan?

bagus..

bayangkan sampai terasa sampai k jiwa tau..ekeke..

pastu...korg ase cm sedih..cm xnak dapat pasangan yang cmtu...atau ase cm nk berpisah?isk~nauzubillah...

mesti ada yang pk cmni kan?kalo x sume pasangan pk cmni,mungkin ada segelintir yang cmni...kite xleh nk judge tuk sume coz manusia ni lain2..ati manusia lain2..perangai manusia lain2..ada yang susah senang sanggup bersama2...ada gk yang senang je nk bersama2..da susah,lari lesap...mudah2an kite tergolong dalam mereka yang baik2 dan soleh2 aja ya...dan juga tergolong dalam mereka yang redha dengan setiap musibah yang ALLAH timpakan...insyaALLAH...

......................................

ok..berdasarkan situasi d atas...aku nak kasi tips skit la kt korang...means kat sapa2 yang ada masalah cmtu dalam family die mahupun sedara mara, rakan2 dan lain2 lagi yang seangkatan dengannya..

pernah dengar x kisah nabi ayyub a.s?

tau x apa ujian yang ALLAH timpakan pada baginda?

ALLAH uji nabi ayyub dengan penyakit..penyakit kulit @ sopak...

ALLAH timpakan baginda dengan penyakit ini begitu lama sehinggakan isteri dan anak2nya meninggalkannya...

penyakit kulit nabi ayyub ni sangat teruk sehinggakan ulat2 kuar dari daging2 di badannya...betapa berat ujian ini bukan?namun yang takjubnya,bila ulat2 tu terjatuh dari badannya,dia akan meletakkan semula ulat2 tu di badannya...betapa sabarnya nabi ayyub dalam menghadapi ujian ini...

..........................................

setelah sekian lama, baru lah ALLAH perintahkan nabi ayyub agar menghentakkan kakinya ke tanah maka keluarlah air dari tempat tersebut..air itulah yang digunakan untuk merawat penyakit kulitnya dan berakhirlah ujian ALLAH ini..

seperti firman ALLAH dalam surah sod ayat 42, mafhumnya :

allah berfirman, " hentakkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum".


setelah sembuh dari penyakitnya,ALLAH kumpulkan kembali isteri dan anak2nya..malah,ALLAH tambahkan lagi anak2 nabi ayyub ni dua kali ganda nilainya dari asal..

seperti yang termaktub dalam surah sod ayat 43, mafhumnya :

dan kami anugerahi dia(dengan mengumpulkan kembali) keluarganya dan kami lipatgandakan jumlah mereka, sebagai rahmat dari kami dan pelajaran bagi orang-orang yang berpikiran sihat


.......................................

ok..melalui kisah nabi ayyub ni,dapat kita simpulkan...kita nak ke jadi cam isteri dan anak2 nabi ayyub ni?sanggup tinggalkan nabi ayyub tuk hadapi ujian yang besar ni tuk di hadapi seorang diri tanpa yang tersayang di sisi?

dan cuba bayangkan..kalo la anda yang berada di tempat nabi ayyub?apa perasaan anda kalo orang yang tersayang tinggalkan anda di saat anda memerlukan mereka?haaa...cmtu la perasaan pasangan anda kalo anda tinggalkannya di saat dia memerlukan anda..

ni salah satu kisah yang boleh kita ambil iktibar...

sedangkan nabi ayyub d timpa ujian yang berat tu pun, baginda masih boleh sabar dan redha...x pernah merungut dengan ujian ni..apatah lagi kalo kita di timpa ujian yang kecik2...

papepun..setiap ujian yang datang tu adalah untuk menguji sejauh mana keimanan dan ketaqwaan kita pada pencipta kita..

jangan sedih kalo pasangan anda ditimpa ujian yang berbagai2...tapi tersenyum la dan katakan pada diri anda...inilah peluang bagi aku untuk dapatkan pahala percuma dari penciptaku...

pahala sabar..

pahala redha...

pahala menjalankan tugas dan amanah sebagai suami isteri...

dan lain2 lagi...............

so...pilihan di tangan anda...

kalo kite redha dan sabar,pasti kemanisan yang kita akan dapat...

sperti nabi ayyub a.s, setelah berakhirnye penderitaan tersebut..ALLAH kurniakan rezeki yang melimpah ruah bahkan d lipatgandakan keluarganya...

subhanallah..masyaALLAH..

............................................

Fitrah_mujahidatunnisa nak jadi isteri solehah..

Friday, January 14, 2011

muqaddimah kitab...




bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah...setelah sekian lama ak menyimpan hasrat untuk mengupdate blog ak,akhirnye hari ni dapat gk ak mencontengnya..hehe..

sekarang ni kami sume (pelajar2 yarmouk) telah selesai menghadapi final exam..maka,bermulalah saat2 ujian yang amat berat bagi seorang pelajar iaitu cuti sekolah/cuti semester...sbb pe ak cakap cmtu?

cuba teka..........

sebab..............

ujian ini merupakan ujian menjaga masa...

seperti yang termaktub dalam al-quran..

demi masa,sesungguhnya manusia di dalam kerugian...kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan2 dengan kebenaran..dan berpesan2 dengan kesabaran...
allah bersumpah demi masa...dats mean,masa ni sangat besar nilainya dalam kehidupan seorang muslim...

so...cuti yang ada xleh di sia2kan..

......................................

ha..cakap pasal cuti ni..teringat plak...hehe...

actually,my result da kuar...waa..sgt teruja kot tgk markah2nye...hehe...

sangat100x berpuas hati laaa...alhamdulillah...

kawen sambil blaja tak menjadi halangan tuk mencapai kejayaan..

dan ak yakin sangat2 dengan janji ALLAH yang mengatakan bahwa,mereka yang berkahwin ni,ALLAH akan luaskan rezekinya...memang tepat janji tu...kawen tu seronok dan blaja masa ni pun seronok...xtau nk gambarkan cmne..hehe...

so..dengan secara rasminya,ak da berjaya dalam sem 1 dan akan melangkah k stage terakhir iaitu final sem tuk laz sem..waa...tggl ag 5 bulan je blaja..pastu tamat..insyaALLAH...mudah2an berjaya dengan jayanya..ameen...

.....................................

jadi,bersempena cuti yang x bape panjang dan x bape pendek ni..ak nk rancang masa ak dengan sebaik2nya..memandangkan plan nak p mekah x dapat dilaksanakan akibat iqamah (kad pengenalan jordan) tak dapat lagi..ble iqamah nk siap ni?huhu...

so..ak nk share la skit2 ngan korang antara aktiviti yang bakal d laksanakan sepanjang cuti ni...

1) penterjemahan kitab2...
2) masak sume menda yang ak ase nk masak..(termasuk mencuba resepi2 baru)
3) update blog dgn ilmu2 ak..
4) study skit2 tuk sem dpn..
5) ajar suami bahasa arab (nahu,sorof,baca kitab2 arab dan lain2 lagi)
6) blaja ngn suami ak ilmu2 dentistry..
7) baca kitab2 yang tersusun kt almari tu..(ada dua almari yang penuh ngn kitab2)..T__T
8) menghapal pape yang patut..

dan lain2 lagi...............

....................................

so...untuk blog ak..pasni ak akan masukkan tentang buku2 yang ak terjemahkan ke dalamnya..tuk permulaan ni,ak nak masukkan dulu kitab qisasul anbiya' (buku kisah2 nabi) oleh doktor ahmus hasan subhi..

ak akan masukkan mengikut bab2 dalam buku ni..so..hope korang enjoy dengan kerja ak ni...(kerja penterjemahan)

.............................

ok la...selamat bercuti kepada kengkawan yang tengah bercuti..

jangan lupa...tugas dakwah kita takkan terhenti dengan terhentinya sesi pembelajaran kat university...hehe..

...........................

Fitrah_mujahidatunnisa nak jadi penterjemah yang hebat untuk islam!

Friday, January 7, 2011

kosong...

bismillahirrahmanirrahim...



alhamdulillah.hari ini kita d beri peluang oleh ALLAH untuk terus hidup d bumiNYA ini...

alhamdulillah kerana kita d beri nikmat iman dan islam...berapa ramai yang masih kekal dalam agamanya d kala manusia dalam kelalaian?alhamdulillah,kerana kita masih d berikan hidayah oleh ALLAH..alhamdulillah...

...................................

pernah x korg ase kekosongan dalam diri?

ase cm x tau apa yg kita cari kt dunia ni?

xtau nape kita hidup?

xtau apa yg kita nk buat dalam masa sehari2?

pernah x ase cmtu?

................................

bagi ak...ak akan ase kekosongan ble dalam suatu ketika ak melupakan DIA...

terkadang langkah kaki ini terhenti...tersungkur...hanyut dalam dunia yang fana yang penuh kesoronokan...

namun...

kerana terdapat secebis iman d dada,alhamdulillah..mampu mengembalikan diri ini ke alam yang nyata...

itu sume kerana siapa?

kerana ALLAH..

ALLAH sayangkan kita...

ALLAH nak yang terbaik buat kita...

tapi kita?

pernah tak nak buat yang terbaik untuk ALLAH?

pernah x ase nak menangis ble jauh dariNYA?

yaALLAH................

lemahnya hambaMU ini...

berikan kekuatan kepada kami yaALLAH..pimpinlah kami k jalanMU yaALLAH...

..................................

kekosongan...

kosong seperti tiada apa2...

kosong tanpa hala tuju...

kosong tanpa ingatan padaNYA?

..........................

ak bangga..

bangga kerana ak adalah seorang muslimah...

berharap untuk menjadi agen perubah masyarakat..

ak nak bangunkan islam!

ak nak sedarkan orang ramai tentang islam!

..........................

td cari2 info kt facebook...n jumpa la 1 link ni..

mengenai ramai manusia d barat sana yang sudah tertarik dgn islam...

terlalu ramai..

mereka mula sedar akan keunikan agama ini..

agama yang menjanjikan keselamatan...

satu2nya agama yang d janjikan oleh ALLAH...

...............................

jom tgk link ni..







pe yg korg ase ble tgk video2 ni?ni real tau..bukan tipu2..

umat islam d sana berani tuk d tanya dan d soal dgn pelbagai soalan mengenai islam...

mereka berani nak memberi penerangan kepada orang ramai yang mempunyai keraguan mengenai agama islam...

tapi kita??

yang beragama islam dari zaman nenek moyang kita ag...mampu x kita wt cm dorg?

sejauh mana kefahaman kita pada agama ini?

......................................

jom sama2 perbaiki diri kita..

kite kne sedar...

kne buka mata kita..

betapa pentingnya kita dalam agama ni...

xkan kita nk masuk syurga sorg2 je?xnk ajak org lain skali??

................................

so..sempena da nak cuti sem ni,ak nk seru kepada rakan2 yang masih menuntut d jordan ni..jom sama2 kita pertingkatkan lagi kefahaman kita sekaligus mengamalkan islam dalam idup ni..

kepada org2 d luar sana...anda juga mempunyai hak dalam agama ni..komitmen anda amat d perlukan dalam agama ini..

..............................

kekosongan perlu d isi...

di isi dgn zikrullah...

zikrullah tu bukan tersekat hanya dgn berzikir memuja muji ALLAH sahaja..

namun lebih dr itu...

membaca dan mencari ilmu untuk lebih mengenal ALLAH juga merupakan zikrullah...

apa sahaja yang bersangkut paut kerana ALLAH,adalah zikrullah..

kerana zikrullah itu adalah mengingati ALLAH...

mengingatinya x kira dalam keadaan apa2pun...

samada dalam keadaan baring, duduk, berdiri, sihat, sakit, susah, senang dan segala2nya la...

kerana ALLAH itu dekat dgn kita...

sentiasa d hati kita...

....................................

yaALLAH...bantulah kami agar terus thabit dalam agamaMU ini..bantulah kami menjadi hambaMU yang bertaqwa...ameen yaRABB...

sama2 manfaatkan masa cuti dgn sebaik2nya!

subhanallah..walhamdulillah..walailahaillah...wallahuakbar..

sollu ala nabiyyina muhammad sollallalhualaihiwassallam...

................................

fitrah_mujahidatunnisa x ske rasa kekosongan!