Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, July 26, 2011

resepi nasi lemak versi jordan..

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah..d beri kesempatan untuk mengupdate blog ni...

da lama nk tulis dlm blog ni resepi2 masakan ala2 perantau @ versi jordan..

memandangkan barang2 yang d gunakan d sni adalah barang2 yang cuma ada d jordan, makanya, aku menamakan mereka dengan masakan versi jordan...

ok..ak nk share resepi nasi lemak versi jordan kt korang...

-> NASI LEMAK VERSI JORDAN :

bahan yang d perlukan :

1) beras (2 pot)
2) air santan (tenggelam beras cm masak nasi base tp lbeykan skit)
3) halia (1 inci)
4) bawang putih (3 biji)
5) garam (satu sudu kecik..)
6) minyak (satu sudu besar)
7) daun pandan (*) optional

cara2nya :

1) basuh beras sebanyak mana korang suka masak..

2) halia dan bawang putih d buang kulit dan di hiris nipis2..

3) masukkan air santan kt dalam periuk nasi mengikut paras air yang base d gunakan tp lbeykan skit sbb nasi lemak ni perlukan air lbey skit dr nasi putih base...

* kalo gune kelapa parut : rebus kelapa parut tu dengan air secukupnya untuk masak nasi..pstu da mendidih,tapis air tu dan masukkan dalam beras yang telah d basuh..

* kalo gune serbuk santan peket : panaskan air, masukkan serbuk santan peket dalam bekas ke dalam cawan ke, pstu tuang air secukupnya untuk masak nasi dan kacau hgg sebati...

4) masukkan minyak satu sudu...nk bagi nasi tak melekat antara satu sama lain..

5) masukkan garam satu sudu kecik..agak2 masin la...kalo x masin, tambah garam lg..

6) masukkan daun pandan kalo ada stok..(kt jordan xde daun pandan, harap maklum)..

7) masak hgg tanak..

.....................................

SAMBAL NASI LEMAK :

bahan2nya :

1) bawang putih (3 biji)
2) bawang merah besar (1 labu yang saiz sederhana)
3) halia (1 inci)
4) garam (setengah sudu kecik)
5) gula (3 sudu)
6) minyak (2 sudu besar)
7) air (ikut kesukaan)
8) cili kering yang da d kisar (1 sudu)
9) tomato puri (1 sudu besar)
10) tomato (1 biji)
11) cili hidup kaler merah (3 biji)

cara2nya :

1) buang kulit bawang putih, bawang merah besar, halia, tomato, cili hidup dan potong ikut suka..pastu blender sampai lumat dengan air yang skit..

2) panaskan minyak, tumis barang2 yang da d blend tu sampai naik bau n ala2 kering..

3) masukkan cili kering yang da d kisar...

4) masukkan tomato puri

5) masak hingga pecah minyak (pecah minyak tu : minyak dia timbul atas bahan2 yang d tumis tu)

6) masukkan air skit ikut kesukaan anda..kalo suka sambal cair, guna air banyak..kalo suke pekat, letak skit je airnye...

7) masukkan garam dan gula..kalo kurang rasa, pandai2 la adjust sendiri...

8) da gelegak, tutup api..

.....................................

LAUK :

1) ikan bilis
2) ayam
3) hati ayam/lembu
4) daging
5) telur

* kalo ikan bilis, ayam, hati dan daging, boleh d goreng...

* kalo telur, boleh goreng (jadikan telur dadar, atau telur mata kerbau)..kalo nk telur rebus, maka perlulah d rebus....

* boleh jugak anda nk campur dalam sambal...dengan cara : masukkan je sume lauk yang da siap d goreng tu k dalam sambal dan didihkan sekejap...

.....................................

LAUK TAMBAHAN :

1) timun
2) ikan bilis
3) kacang tanah

.......................................

ok...selesai satu menu masakan versi jordan...sume bahan2 ni ada kt jordan kecuali daun pandan..so, kalo x jumpa mana2 bahan yang tersenarai d atas, boleh la roger2 ye..nnt i gtau u all kt mana boleh dapat bahan2 tu...=p~ (tp barang2 selain daun pandan la ye..) =p

selamat memasak dan mencuba resepi ni..

syarat nk sedap...baca bismillah, masak kerana allah dan dengan penuh kasih sayang~ =p

..........................................

Fitrah_mujahidatunnisa suka masak!

2 comments:

Qawiem Khairi said...

huhu. mudah2an berguna utk saya satu hari nnt,
apbl berada di jordan.
terima kasih. =D

harapnya dpt kongsi2 lg masakan2 versi jordan. =D

tumpang berteduh mengutip ilmu.
~ Pelaut Rabbani

mujahidatunnisa.. said...

insyaALLAH, resepi2 versi jordan yang lain bakal menyusul..nantikan ye..=p

~ahlan wa sahlan ila urdun..~