Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, August 3, 2011

resepi kek buah versi jordan

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah, dapat gak mengupdate post tentang masakan ni...

so, hari ni aku nak share resepi kek buah versi jordan aku ni~

bahan2 yang diperlukan :

1) kismis
2) buah anggur atau apa2 jenis buah pun boleh
3) 1 cawan tepung
4) 2 sudu besar susu tepung
5) 2 sudu baking powder
6) 1 sudu kecik soda bikarbonat
7) 1 sudu serbuk koko
8) 1 sudu chocolate rice
9) air 1/2 cawan (tuang sikit2, agak2 sampai bancuhan tu pekat..jangan cair plak)
10) 1 sudu besar marjerin
11) 1 biji telur
12) sedikit garam halus
13) 1/2 cawan gula

cara2nya :

1) amik apa2 je jenis buah yang ada kat umah anda tu..di hiris nipis...
2) amik bekas, masukkan sume bahan dari no.3 hingga no.13...
3) masukkan buah2an yang da di hiris nipis tu...
4) pukul rata sume bahan2 tu...
5) amik loyang, oleskan dengan minyak..
6) sambil2 tu boleh la panaskan oven dalam 150'C..
7) tuang bancuhan ke dalam loyang..
8) masukkan ke dalam oven sampai masak..

--> nak tau da masak ke belum, cuba cucuk dengan lidi..pastikan dalam dia tak basah..kalo da tak basah, maka boleh la di angkat keluar dan di sejukkan..

sekian, resepi dari bumi urdun...

rahsia makanan tu sedap, baca bismillah dan niatkan kerana ALLAH...masaklah dengan kasih sayang..insyaALLAH, hingga menjilat jari..=p

.................................

Fitrah_mujahidatunnisa suka makan kek..=p

1 comments:

hidayahawawi said...

kan aku dah cakap, jangn buat post pasal mkanan sgt..ish, degil kau ni...