Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Friday, December 23, 2011

senarai menu pilihan...

bismillahirrahmanirrahim...

actually, post ni xde faedah pn..cuma nk listkan menu2 masakan tuk kelas memasak kelab isteri solehah jordan..bukan kelab isteri taat tau! oppss~

so, kepada ukhti2 yang termasuk dlm kelab ni, sila pilih menu yang anda inginkan untuk kelas seterusnya...terima kasih..

menu lauk pauk :

1) ikan bakar
2) ayam / daging panggang oven
3) ayam / daging masak ala kaprau
4) ayam / daging masak minyak bijan
5) ayam / daging tumis kicap campak2
6) ayam / daging tumis berempah campak2
7) chicken / meat chop + gravy + kentang putar + wedges + coslow
8) ayam kari
9) ayam rendang
10) tomyam spesel
11) ayam masak lemak cili api
12) ayam masak merah
13) ayam goreng biasa
14) ayam goreng berempah
15) ayam goreng oat
16) ayam goreng madu
17) ayam kurma
18) ayam masak bersahang
19) ayam masak kicap
20) telur goreng
21) sardin
22) sayur goreng
23) sayur campur
24) sayur masak lemak
25) sambal belacan
26) sambal kicap
27) sambal asam
28) ayam / daging / telur sup

dan lain2 lagi........


menu nasi :

1) nasi lemak
2) nasi mansaf
3) nasi maqlubah
4) nasi tomato
5) nasi minyak sapi
6) nasi kuning / merah
7) nasi goreng
8) nasi ayam
9) nasi kerabu

dan lain2 lagi.........

menu mee :

1) mee goreng
2) mee hailam
3) mee bandung
4) mee rebus
5) mee rojak
6) mee sup
7) spagetti
8) laksa

dan lain2 lagi........

menu kuih muih / kek

1) kek coklat + toping kek buatan sendiri
2) kek buah
3) apam
4) kuih bakar / kemboja pandan
5) kuih bakar / kemboja ubi
6) kuih bakar / kemboja kentang
7) donut biasa (gula / sambal)
8) donut ubi
9) donut kentang
10) karipap
11) roti jala
12) pizza
13) murtabak (daging / ayam / sardin)
14) cek mek molek (kentang)
15) kuih cara ( gula / coklat)
16) kuih siput
17) popia manis
18) kerepek ubi lada hitam
19) cekodok tepung
20) kek pisang
21) kek oren
22) keropok lekor
23) murtabak megi
24) kek qisytoh
25) cheese cake

dan lain2 lagi.....

menu bubur :

1) bubur jagung
2) bubur ubi
3) bubur pisang
4) bubur lambuk

dan lain2 lagi....


cukup la ni dulu..banyak sangat sampai tak tau nak pilih menu apa..

so, di harap ukhti2 semua dapat pilihkan mana2 menu yang di rasakan sesuai...

p/s : saya tak reti memasak...so, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya tak reti masak...sekian, terima kasih..


........................
Fitrah_mujahidatunnisa masak main tibai2 je..takde ikut resepi..tapi buat resepi sendiri...woottwooott~

Sunday, December 18, 2011

kembali la kepadaNYA..

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah, setelah sekian lama tak mencoretkan sesuatu yang bermanfaat di dalam blog ini, makanya, aku dengan rasa rendah diri ingin berkongsi ilmu2 yang ada untuk dikongsi bersama2..

.................

hmm..selama ni aku cuma duduk berdiam diri apabila membaca dan mengetahui tentang isu2 semasa yang sedang2 berlegar2 kat dunia sekarang ni..

terasa ingin bertindak, namun apakan daya, tak tahu nak mula dari mana..

so, aku rasa, dengan menggunakan medium seperti blog ni pun da dikira berdakwah atau dengan kata lain, menyeru orang ke arah kebaikan...insyaALLAH..

...............

sekarang heboh pasal :

1) ZINA
2) ANAK LUAR NIKAH
3) HOMOSEXUAL
4) HUDUD
dan banyaaaaaaaakkkk lagi...

wuuu~~dunia semakin menghampiri kehancuran..

bila peraturan ALLAH tak diambil kira dalam peraturan hidup, maka kerosakan datang bertimpa2...

...............

so, aku cuma nak mengesyorkan..kembali la kepada agama ALLAH...

kembali la kepada AL-QURAN dan AS-SUNNAH...

kembali la kepada fitrah rasa berTUHAN..

kembali la anda semua!

kerana umur kita hanya singkat..

sesingkat azan dan solat..

nape aku cakap macam tu?

kerana kita lahir dengan azan dan kita mati tanpa azan cuma dengan solat..

sependek itu je waktu yang kita ada..

sudah cukupkah amalan kita untuk menghadap yang ESA?


...................

allahummaghfirlana zunubana yaALLAH..

....................
Fitrah_mujahidatunnisa mengharap redha Ilahi~

Friday, December 16, 2011

resepi ayam masak lemak cili api versi jordan

bismillahirrahmanirrahim..

tengah2 takde idea nak masak pe, makanya, aku pun dengan penuh kompiden tanya kat suami aku..

aku : abang nak makan ape ari ni?
abang : masak je la pape, abang tak kisah.

aduhh~~susahnye nak pikir menu pe yang sedap dan tak pernah di masak lagi sebelum2 ni..

pastu, aku gi dapur tengah2 perap ayam tuk wat ayam masak berempah, suami aku datang mintak ayam masak lemak cili api.

..................abis tu ayam yang da terperap ni camne?!

makanya, dengan penuh kesopanan, aku cakap la ayam masak lemak cili api tu menu esok..kih3.

makanya, keesokannya aku pun masak la menu ayam masak lemak cili api ni..

ok..let's look at this picture!

ayam masak lemak cili api de bomb!



bahan2nya :

1) bawang besar setengah biji
2) bawang putih 3 ulas
3) cili merah 4 batang
5) serbuk kunyit
6) susu tepung
7) air secukupnya
8) garam secukupnya
9) minyak tuk menumis
10) kentang
11) ayam
12) rosemarry *optional

cara2nya :

1) blender / tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili. Tumiskannya hingga layu
2) masukkan ayam dan kentang
3) bancuh susu dengan air dan tuangkannya ke dalam bahan tumisan tadi
p/s : (kalo ada santan lagi bagus. kat jordan ni, santan mahal. so, inisiatif lain,guna susu tepung la..=p)
4) masukkan serbuk kunyit sedikit dan garam secukup rasa..
5) masukkan rosemarry. kalo taknak pun takpe..
6) didihkan dan biarkan ayam dan kentang empuk.
7) siap dan boleh dihidang

alhamdulillah, boleh la dimakan bersama2 nasi..sedap wa cakap sama lu!!

.....................................
Fitrah_mujahidatunnisa suka makan ayam~

resepi keropok lekor versi jordan..

bismillahirrahmanirrahim..

hari ni nk share resepi keropok lekor versi jordan..

actually da dua kali trial tuk wat keropok lekor ni..

penangan mengidam waktu pregnant ari tu la...

bila makanan yang takde kat jordan ni diidam2kan, makanya terajin la nak mengasah kekreatifan diri ni..

yok tengok resepi keropok lekor versi jordan ni..

keropok lekor sedap gler kot~

bahan2 :

1) tepung ubi / tepung jagung
2) ikan sardin
3) garam
4) air untuk merebus
5) minyak untuk menggoreng


cara2 :

1) buang air ikan sardin. lenyek2kan ikan tersebut dgn sudu
2) masukkan garam secukup rasa.
3) ambil tepung ubi atau tepung jagung dan taburkan di atas ikan tersebut dan uli hingga tidak melekat di tangan.
4) bentukkan menjadi silinder dan rebus di dalam periuk
5) tunggu hingga keropok lekor tadi timbul ke atas dan angkat
6) toskan
7) boleh la digoreng. kalo taknak goreng, simpan di peti ais tempat sejuk beku.

nyummy3!

sedap dimakan begitu saja...

...............................
Fitrah_mujahidatunnisa suka keropok lekor!

Thursday, December 15, 2011

resepi ikan bakar + sambal asam versi jordan..

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah, hari ni berpeluang m'update blog sambil menidurkan adik kecik ini...

ok la, juz nk share resepi ikan bakar versi jordan ku ini..

ikan ni je yang wujud kat jordan ni...



bahan2 untuk ikan bakar :

1) ikan (tak kisah jenis apa2)
2) serbuk kunyit
3) garam
4) minyak
5) pemanggang

cara2 :

1) bersihkan ikan..
2) lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam.
3) minyak disapu rata pada badan ikan..
4) sapukan minyak pada pemanggang dan letakkan ikan di atasnya.
5) panggang di atas api dapur.
6) terbalik2kan pemanggang supaya ikan masak sekata.
7) tunggu sampai ikan masak dan tanggalkan dari pemanggang.
8) siap dan boleh la dihidang.

dan sekarang aku share resepi sambal asam pulak..

bahan2 :

1) cili dihiris2
2) bawang besar di cincang2
3) asam jawa
4) garam
5) sedikit air

cara2nya :

1) satukan cili dan bawang tadi ke dalam mangkuk
2) ambil dalam 3 ke 4 ketul asam jawa dan masukkan air sedikit ikut suka. ramas2kan dan tuangkan air asam itu ke dalam mangkuk cili tu
3) masukkan sedikit garam. agak2 la kemasinan yang dikehendaki.
4) siap dan sedia untuk dihidang bersama2 ikan bakar.

nyummy3!!

sedap wa cakap sama lu!!

papepn, masaklah kerana ALLAH..kerana dengan itu, aktiviti memasak kita akan dikira sebagai ibadah..=p

...............................
Fitrah_mujahidatunnisa tak suka makan ikan.........sekian~