Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Friday, December 23, 2011

senarai menu pilihan...

bismillahirrahmanirrahim...

actually, post ni xde faedah pn..cuma nk listkan menu2 masakan tuk kelas memasak kelab isteri solehah jordan..bukan kelab isteri taat tau! oppss~

so, kepada ukhti2 yang termasuk dlm kelab ni, sila pilih menu yang anda inginkan untuk kelas seterusnya...terima kasih..

menu lauk pauk :

1) ikan bakar
2) ayam / daging panggang oven
3) ayam / daging masak ala kaprau
4) ayam / daging masak minyak bijan
5) ayam / daging tumis kicap campak2
6) ayam / daging tumis berempah campak2
7) chicken / meat chop + gravy + kentang putar + wedges + coslow
8) ayam kari
9) ayam rendang
10) tomyam spesel
11) ayam masak lemak cili api
12) ayam masak merah
13) ayam goreng biasa
14) ayam goreng berempah
15) ayam goreng oat
16) ayam goreng madu
17) ayam kurma
18) ayam masak bersahang
19) ayam masak kicap
20) telur goreng
21) sardin
22) sayur goreng
23) sayur campur
24) sayur masak lemak
25) sambal belacan
26) sambal kicap
27) sambal asam
28) ayam / daging / telur sup

dan lain2 lagi........


menu nasi :

1) nasi lemak
2) nasi mansaf
3) nasi maqlubah
4) nasi tomato
5) nasi minyak sapi
6) nasi kuning / merah
7) nasi goreng
8) nasi ayam
9) nasi kerabu

dan lain2 lagi.........

menu mee :

1) mee goreng
2) mee hailam
3) mee bandung
4) mee rebus
5) mee rojak
6) mee sup
7) spagetti
8) laksa

dan lain2 lagi........

menu kuih muih / kek

1) kek coklat + toping kek buatan sendiri
2) kek buah
3) apam
4) kuih bakar / kemboja pandan
5) kuih bakar / kemboja ubi
6) kuih bakar / kemboja kentang
7) donut biasa (gula / sambal)
8) donut ubi
9) donut kentang
10) karipap
11) roti jala
12) pizza
13) murtabak (daging / ayam / sardin)
14) cek mek molek (kentang)
15) kuih cara ( gula / coklat)
16) kuih siput
17) popia manis
18) kerepek ubi lada hitam
19) cekodok tepung
20) kek pisang
21) kek oren
22) keropok lekor
23) murtabak megi
24) kek qisytoh
25) cheese cake

dan lain2 lagi.....

menu bubur :

1) bubur jagung
2) bubur ubi
3) bubur pisang
4) bubur lambuk

dan lain2 lagi....


cukup la ni dulu..banyak sangat sampai tak tau nak pilih menu apa..

so, di harap ukhti2 semua dapat pilihkan mana2 menu yang di rasakan sesuai...

p/s : saya tak reti memasak...so, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya tak reti masak...sekian, terima kasih..


........................
Fitrah_mujahidatunnisa masak main tibai2 je..takde ikut resepi..tapi buat resepi sendiri...woottwooott~

Sunday, December 18, 2011

kembali la kepadaNYA..

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah, setelah sekian lama tak mencoretkan sesuatu yang bermanfaat di dalam blog ini, makanya, aku dengan rasa rendah diri ingin berkongsi ilmu2 yang ada untuk dikongsi bersama2..

.................

hmm..selama ni aku cuma duduk berdiam diri apabila membaca dan mengetahui tentang isu2 semasa yang sedang2 berlegar2 kat dunia sekarang ni..

terasa ingin bertindak, namun apakan daya, tak tahu nak mula dari mana..

so, aku rasa, dengan menggunakan medium seperti blog ni pun da dikira berdakwah atau dengan kata lain, menyeru orang ke arah kebaikan...insyaALLAH..

...............

sekarang heboh pasal :

1) ZINA
2) ANAK LUAR NIKAH
3) HOMOSEXUAL
4) HUDUD
dan banyaaaaaaaakkkk lagi...

wuuu~~dunia semakin menghampiri kehancuran..

bila peraturan ALLAH tak diambil kira dalam peraturan hidup, maka kerosakan datang bertimpa2...

...............

so, aku cuma nak mengesyorkan..kembali la kepada agama ALLAH...

kembali la kepada AL-QURAN dan AS-SUNNAH...

kembali la kepada fitrah rasa berTUHAN..

kembali la anda semua!

kerana umur kita hanya singkat..

sesingkat azan dan solat..

nape aku cakap macam tu?

kerana kita lahir dengan azan dan kita mati tanpa azan cuma dengan solat..

sependek itu je waktu yang kita ada..

sudah cukupkah amalan kita untuk menghadap yang ESA?


...................

allahummaghfirlana zunubana yaALLAH..

....................
Fitrah_mujahidatunnisa mengharap redha Ilahi~

Friday, December 16, 2011

resepi ayam masak lemak cili api versi jordan

bismillahirrahmanirrahim..

tengah2 takde idea nak masak pe, makanya, aku pun dengan penuh kompiden tanya kat suami aku..

aku : abang nak makan ape ari ni?
abang : masak je la pape, abang tak kisah.

aduhh~~susahnye nak pikir menu pe yang sedap dan tak pernah di masak lagi sebelum2 ni..

pastu, aku gi dapur tengah2 perap ayam tuk wat ayam masak berempah, suami aku datang mintak ayam masak lemak cili api.

..................abis tu ayam yang da terperap ni camne?!

makanya, dengan penuh kesopanan, aku cakap la ayam masak lemak cili api tu menu esok..kih3.

makanya, keesokannya aku pun masak la menu ayam masak lemak cili api ni..

ok..let's look at this picture!

ayam masak lemak cili api de bomb!



bahan2nya :

1) bawang besar setengah biji
2) bawang putih 3 ulas
3) cili merah 4 batang
5) serbuk kunyit
6) susu tepung
7) air secukupnya
8) garam secukupnya
9) minyak tuk menumis
10) kentang
11) ayam
12) rosemarry *optional

cara2nya :

1) blender / tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili. Tumiskannya hingga layu
2) masukkan ayam dan kentang
3) bancuh susu dengan air dan tuangkannya ke dalam bahan tumisan tadi
p/s : (kalo ada santan lagi bagus. kat jordan ni, santan mahal. so, inisiatif lain,guna susu tepung la..=p)
4) masukkan serbuk kunyit sedikit dan garam secukup rasa..
5) masukkan rosemarry. kalo taknak pun takpe..
6) didihkan dan biarkan ayam dan kentang empuk.
7) siap dan boleh dihidang

alhamdulillah, boleh la dimakan bersama2 nasi..sedap wa cakap sama lu!!

.....................................
Fitrah_mujahidatunnisa suka makan ayam~

resepi keropok lekor versi jordan..

bismillahirrahmanirrahim..

hari ni nk share resepi keropok lekor versi jordan..

actually da dua kali trial tuk wat keropok lekor ni..

penangan mengidam waktu pregnant ari tu la...

bila makanan yang takde kat jordan ni diidam2kan, makanya terajin la nak mengasah kekreatifan diri ni..

yok tengok resepi keropok lekor versi jordan ni..

keropok lekor sedap gler kot~

bahan2 :

1) tepung ubi / tepung jagung
2) ikan sardin
3) garam
4) air untuk merebus
5) minyak untuk menggoreng


cara2 :

1) buang air ikan sardin. lenyek2kan ikan tersebut dgn sudu
2) masukkan garam secukup rasa.
3) ambil tepung ubi atau tepung jagung dan taburkan di atas ikan tersebut dan uli hingga tidak melekat di tangan.
4) bentukkan menjadi silinder dan rebus di dalam periuk
5) tunggu hingga keropok lekor tadi timbul ke atas dan angkat
6) toskan
7) boleh la digoreng. kalo taknak goreng, simpan di peti ais tempat sejuk beku.

nyummy3!

sedap dimakan begitu saja...

...............................
Fitrah_mujahidatunnisa suka keropok lekor!

Thursday, December 15, 2011

resepi ikan bakar + sambal asam versi jordan..

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah, hari ni berpeluang m'update blog sambil menidurkan adik kecik ini...

ok la, juz nk share resepi ikan bakar versi jordan ku ini..

ikan ni je yang wujud kat jordan ni...



bahan2 untuk ikan bakar :

1) ikan (tak kisah jenis apa2)
2) serbuk kunyit
3) garam
4) minyak
5) pemanggang

cara2 :

1) bersihkan ikan..
2) lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam.
3) minyak disapu rata pada badan ikan..
4) sapukan minyak pada pemanggang dan letakkan ikan di atasnya.
5) panggang di atas api dapur.
6) terbalik2kan pemanggang supaya ikan masak sekata.
7) tunggu sampai ikan masak dan tanggalkan dari pemanggang.
8) siap dan boleh la dihidang.

dan sekarang aku share resepi sambal asam pulak..

bahan2 :

1) cili dihiris2
2) bawang besar di cincang2
3) asam jawa
4) garam
5) sedikit air

cara2nya :

1) satukan cili dan bawang tadi ke dalam mangkuk
2) ambil dalam 3 ke 4 ketul asam jawa dan masukkan air sedikit ikut suka. ramas2kan dan tuangkan air asam itu ke dalam mangkuk cili tu
3) masukkan sedikit garam. agak2 la kemasinan yang dikehendaki.
4) siap dan sedia untuk dihidang bersama2 ikan bakar.

nyummy3!!

sedap wa cakap sama lu!!

papepn, masaklah kerana ALLAH..kerana dengan itu, aktiviti memasak kita akan dikira sebagai ibadah..=p

...............................
Fitrah_mujahidatunnisa tak suka makan ikan.........sekian~

Wednesday, November 23, 2011

resepi pengat pisang winter versi jordan..

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, berjaya memasak dengan tenang ari ni..baby abrar sgt baik..kasi can kt ummi die tuk memasak..

pagi ni dpt la masak nasi goreng belacan, wedges, ikan kering ngan pengat pisang..

so, saja la nk share resepi pengat pisang winter versi jordan ni...

bahan2:

1) air 3 cawan
2) serbuk santan 1 paket
3) pisang 6 biji (ikut suka nak bape banyak..)
4) sagu satu genggam (kena bajet2 coz xde kt jordan..)
5) gula merah 3 sudu ( ni pun kene bajet sebab xde kat jordan..)
6) gula 4 sudu (agak2 la ikut manis yang di sukai)
7) daun pandan

cara :

1) larutkan santan dalam air panas
2) panaskan periuk, masukkan santan tadi ke dalamnya
3) masukkan gula merah dan gula ke dalam periuk. larutkan
4) masukkan daun pandan
5) masukkan pisang..ak potong kecik2 ala 1/2 inci camtu la..
6) masukkan sagu
7) tunggu sampai sagu jadi jernih dan siap tuk dimakan...

mudah je kan? sedap makan panas2 di musim sejuk ni..al-maklum la, jordan tengah mengalami musim sejuk skarang ni..sebab tu namanya pengat pisang winter versi jordan...

p/s : winter tu bez...=p

Saturday, November 12, 2011

Abrar Al-Itqan..

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, setelah 36minggu 6hari di dalam kandungan, maka, lahirlah seorang putera penyejuk hati...

nama di beri : Abrar Al-Itqan bin Muhammad Firdaus

berat waktu lahir : 2.5kg

tarikh lahir : 14 september 2011

hari : rabu

jam : 4:40 petang

Abrar Al-Itqan berumur 1 hari..


..........................

makna Abrar : orang yang berbakti

makna Al-Itqan : yang sempurna, yang melakukan sesuatu dengan bersungguh, yang sangat teliti

kedua2 perkataan ni di ambil dari al-quran...

kalimat Abrar di ambil dari surah mutoffifin manakala Al-Itqan di ambil dari surah an-naml...

.............................

moga permata hati kami dapat membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh serta taat pada perintah ALLAH dan RasulNya..

sentiasa berpegang teguh pada AL-quran dan AL-hadith...

...............................

abrar lahir lebih awal dari due nyer..patutnye dia lahir pada 6hb oktober 2011...papepn, alhamdulillah, sumenye selamat..=p

.............................

Fitrah_mujahidatunnisa bersyukur atas kurniaan ilahi yang tak ternilai ini...

Wednesday, August 3, 2011

resepi kek buah versi jordan

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah, dapat gak mengupdate post tentang masakan ni...

so, hari ni aku nak share resepi kek buah versi jordan aku ni~

bahan2 yang diperlukan :

1) kismis
2) buah anggur atau apa2 jenis buah pun boleh
3) 1 cawan tepung
4) 2 sudu besar susu tepung
5) 2 sudu baking powder
6) 1 sudu kecik soda bikarbonat
7) 1 sudu serbuk koko
8) 1 sudu chocolate rice
9) air 1/2 cawan (tuang sikit2, agak2 sampai bancuhan tu pekat..jangan cair plak)
10) 1 sudu besar marjerin
11) 1 biji telur
12) sedikit garam halus
13) 1/2 cawan gula

cara2nya :

1) amik apa2 je jenis buah yang ada kat umah anda tu..di hiris nipis...
2) amik bekas, masukkan sume bahan dari no.3 hingga no.13...
3) masukkan buah2an yang da di hiris nipis tu...
4) pukul rata sume bahan2 tu...
5) amik loyang, oleskan dengan minyak..
6) sambil2 tu boleh la panaskan oven dalam 150'C..
7) tuang bancuhan ke dalam loyang..
8) masukkan ke dalam oven sampai masak..

--> nak tau da masak ke belum, cuba cucuk dengan lidi..pastikan dalam dia tak basah..kalo da tak basah, maka boleh la di angkat keluar dan di sejukkan..

sekian, resepi dari bumi urdun...

rahsia makanan tu sedap, baca bismillah dan niatkan kerana ALLAH...masaklah dengan kasih sayang..insyaALLAH, hingga menjilat jari..=p

.................................

Fitrah_mujahidatunnisa suka makan kek..=p

Tuesday, August 2, 2011

ramadhan pertama...

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah..alhamdulillah wa alhamdulillah ala kulli nikmah..

alhamdulillah kerana ALLAH memanjangkan umur kita untuk bertemu kembali dengan ramadhan kali ini..

ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU~

maka, yok sama2 pertingkatkan amalan sepanjang ramadhan kali ini..

moga ianya dapat menjadi kekuatan untuk menempuh bulan2 yang seterusnya..

..................................

1stly, nk tanya korang..amacam ramadhan pertama? apa perasaan anda?

seronok?

sedih?

lapar?

bosan?

melepek keletihan?

atau apa??

hehe..

saja je nk tanya soalan tu..masing2 boleh jawab dalam hati sendiri..

sebab masing2 je yang kenal diri sendiri...

................................

bagi aku, puasa kali ini sangat seronok sebab pertama kali aku berpuasa bersama suami tercinta dan little khalifah yang dalam perut ni..hehe...

insyaALLAH, mudah2an ramadhan kali ini lebih bermakna dengan kehadiran insan2 baru dalam hidup ini..

apa perasaan aku berpuasa di jordan ni?

mesti SERONOK!

rasa TAK SABAR NAK TUNGGU KEDATANGAN RAMADHAN...

dan macam2 lagi...

yela, mana taknya...ni kan sale yang ALLAH bukak kat sume ummat islam...

tinggal kita je yang kena bertindak..nak rebut sale ni ke tak...

rugi woo wa cakap sama lu kalo lu tak rebut peluang keemasan ni..

setahun sekali je...

perghhh~rugi gler...

so...mulai saat ni, sapa2 yang belum meletakkan aim atau target sepanjang bulan ramadhan ni, boleh la start catit target2 korang tu...mudah2an tak terlepas pandang dan boleh dilaksanakan dengan sebaiknya..

insyaALLAH...

...............................

jaga diri baik2 tau...jaga tingkah laku...jaga amalan...

kalo nak ALLAH bagi bonus lebih..maka, kena la buat yang terbaik untukNYA..

buat sesuatu tu, pastikan niat kerana ALLAH taala...

insyaALLAH, bila redhaNYA mengiringi perjalanan hidup ini, kita akan merasai betapa indahnya nikmat iman dan islam ini..

..............................

ok..masuk plak citer pengalaman aku berpuasa di jordan bersama dua orang insan yang amat2 ku cintai ini..

alhamdulillah..setakat ni masih larat berpuasa dan bertarawih..mudah2an dapat istiqamah sampai ke penghujungnya..

tentang si kecilku ni pulak...alhamdulillah, dia tak meragam sepanjang puasa ni..

takde mintak makan atau minum...baik je..bertambah aktif lagi tu...

sepanjang puasa pertama tu, si kecik ni asyik main je..eh, bukan main la ummi!! baby berzikir ngan hafal quran la...sebab tu baby aktif semacam...hehe...

ye sayang..anak ummi ni kan nak jadi ulama' ngan hafiz quran...ameen~~

hmm..sebelum ramadhan lagi, hari2 aku pesan kat baby ni tentang bulan ramadhan..kasi baby tak culture shock..keh3...

da pesan awal2..nanti bulan puasa, baby kena puasa..takleh mintak makan ngan minum selama 30 hari...kalo nak makan, waktu sahur ngan buka je..waktu lain takleh mintak makan..alhamdulillah, baby ni mendengar kata...tak susah nak jaga..tak meragam...alhamdulillah...

mudah2an little khalifah ummi ni akan jadi anak yang soleh dan sentiasa taat pada perintah ALLAH...ameen~~

.....................................

pastu, masuk bab solat pulak...base la, bulan2 pose ni, terasa penat tu memang sinonim la kan..

so, ada masanya aku akan tertidur..dan bilamana waktu solat masuk, baby mesti bergusti dengan kuatnya..sampai la aku terjaga...

rupa2nya..baby suh bangun solat...bijak sungguh anak ummi ni...hehe..

kalo bab bangun malam, pesan je kat baby, suh baby kejut ummi ngan abi dia..dan alhamdulillah, memang baby kejut betul2 pun...=p

ha..masuk bab solat terawih...memandangkan kami solat terawih kat masjid2 sekitar irbid (maklum la, tiap2 malam solat kat masjid yang berbeza...tukar mood...hehe.waktu bujang tak dapat peluang camni..=p)...ha..sambung2......sebelum solat terawih, da siap pesan awal2 kat umah.."baby jangan nakal2 tau..kita nak gi solat terawih ni...jangan kacau ummi solat..baby kena solat sekali..ingat pesan ummi ni?"..pastu, baby pun tendang2 tanda faham...bagus anak ummi ni...bijak dan soleh la...=p

pastu..sebelum keluar rumah, da tanya kat baby dulu, "da amik wudhu' ke anak ummi ni? kita nak gi masjid ni..nak solat terawih...."...pastu baby pun tendang2...ok, da faham da..baby da sedia nak solat la tu..heheh..

pastu kami pun berjalan kaki la menuju ke masjid...

bila waktu solat, baby pun ikut solat..x meragam la..baby takde main keras2kan badan cam biasa..kita solat,dia pun solat...baik aje la..tapi bila part imam baca fatihah dan surah2 lain, dia mesti tendang2...saja nk gtau ummi dia la tu, yang dia da hafaz surah yang imam tu baca..=p ~baby ikut imam baca ye? nak jadi ulama' ye baby ummi ni?hehe...insyaLALAH~

.....................................

haa..setakat tu je la citer sepanjang ramadhan pertama di bumi jordan yang unik ni..

seronok berpuasa kat sini..memang takkan rasa ruh puasa macam kat jordan ni bila da kat malaysia nanti...

kena mencari kekuatan sebelum pulang berkhidmat di malaysia..

ALLAH yusahhil alaina jami3an..ameen yaRABB~

apa menu berbuka dan bersahur anda sepanjang bulan puasa ni?

setakat ni, aku baru masak :

sahur puasa pertama :

1) ayam goreng hot n spicy
2) daging dengdeng
3) ikan sardin
4) sayur bayam masak belacan
5) nasi putih

buka puasa pertama :

1) nasi ayam
2) ayam madu
3) sambal kicap ngan sambal merah
4) kek buah (dalamnya ada buah anggur, kismis, coklat rice n perisa coklat)
5) coslow

...................

sekian, berita sensasi dari blog aku..ahaha~

RAMADHAN KAREEM~

moga ALLAH memberi kekuatan kepada kita untuk menempuh puasa sebulan ini...

dan moga dapat mengejar malam lailatulqadar..

jadikan ramadhan sebagai titik perubahan dalam diri kita...

daripada jahat kepada baik...

daripada baik kepada yang lebih baik...

insyaALLAH...

.................................

Fitrah_mujahidatunnisa berRAMADHAN bersama suami dan little khalifahnya...

Tuesday, July 26, 2011

resepi nasi kabsah versi jordan

bismillahirrahmanirrahim..

resepi yang akan di kongsikan hari ini berbunyi seperti berikut :

RESEPI NASI KABSAH VERSI JORDAN

bahan2nya :

1) beras (2 pot)
2) ayam / daging (ikut suka)
3) garam (anggaran masin)
4) kobis bunga (ikut suka)
5) kacang tanah (kut suka)
6) kentang (ikut suka)
7) rempah kabsah (ikut suka)
8) minyak (dua sudu)
9) laban *(optional)


cara2nya :

1) rebuskan ayam / daging hgg empuk..

2) basuh beras dan ketepikan..

3) panaskan minyak dan goreng kentang dan kobis bunga sampai kaler kuning2 keemasan..

4) amik periuk nak masak nasi..ayam yang telah di rebus tu, jangan di buang airnya..kutip ayam rebusan tu dan susun dalam periuk nak masak nasi..

5) susun kentang dan kobis bunga yang telah di goreng kat atas ayam..

6) letakkan atas sayur tu beras yang telah di basuh...

7) masukkan air rebusan ayam hingga tenggelam beras...

8) masukkan rempah kabsah ikut suka hati...kalo nk sedap, wat pekat2..baru rasa rempahnya...terpulang pada individu..

9) masukkan garam secukup rasa...agak2 masin la..

10) pastu, tutup periuk dan biarkan hingga nasi masak...

11) sedia untuk di hidang..

*laban tu kalo nk letak, suka hati la..sebab kat rumah takde laban, makanya, aku tak letak la dalam nasi yang aku masak tu...

*kacang tanah tu, kalo nk sedap, tabur kat atas nasi yang da siap di masak..rangup wa cakap sama lu...krupp...krupp..krupp bunyinya...=p

...............................

BAHAN SALATOH :

1) tomato (1 biji)
2) lemon (setengah biji)
3) timun (1 biji)
4) cuka (sikit anggaran 1 tutup bekas cuka tu)
5) garam (sikit je)

cara2nya :

1) tomato, lemon dan timun di potong dadu...

2) masukkan cuka dan garam dan gaul2kan...

3) simpan dalam peti ais..

4) sedia untuk d hidang..

................................

nasi ni boleh di makan dengan ayam yang kita masak dalam nasi tu...

dan jugak boleh makan dengan ayam masywi @ ayam panggang...

ikut suka hati anda...

selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

....................................

syarat untuk menjadi sedap, baca bismillah dan niatkan kerana ALLAH...serta masaklah dengan penuh kasih sayang...

...................................

Fitrah_mujahidatunnisa suka makanan arab...tp cepat bosan..haha~

resepi nasi lemak versi jordan..

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah..d beri kesempatan untuk mengupdate blog ni...

da lama nk tulis dlm blog ni resepi2 masakan ala2 perantau @ versi jordan..

memandangkan barang2 yang d gunakan d sni adalah barang2 yang cuma ada d jordan, makanya, aku menamakan mereka dengan masakan versi jordan...

ok..ak nk share resepi nasi lemak versi jordan kt korang...

-> NASI LEMAK VERSI JORDAN :

bahan yang d perlukan :

1) beras (2 pot)
2) air santan (tenggelam beras cm masak nasi base tp lbeykan skit)
3) halia (1 inci)
4) bawang putih (3 biji)
5) garam (satu sudu kecik..)
6) minyak (satu sudu besar)
7) daun pandan (*) optional

cara2nya :

1) basuh beras sebanyak mana korang suka masak..

2) halia dan bawang putih d buang kulit dan di hiris nipis2..

3) masukkan air santan kt dalam periuk nasi mengikut paras air yang base d gunakan tp lbeykan skit sbb nasi lemak ni perlukan air lbey skit dr nasi putih base...

* kalo gune kelapa parut : rebus kelapa parut tu dengan air secukupnya untuk masak nasi..pstu da mendidih,tapis air tu dan masukkan dalam beras yang telah d basuh..

* kalo gune serbuk santan peket : panaskan air, masukkan serbuk santan peket dalam bekas ke dalam cawan ke, pstu tuang air secukupnya untuk masak nasi dan kacau hgg sebati...

4) masukkan minyak satu sudu...nk bagi nasi tak melekat antara satu sama lain..

5) masukkan garam satu sudu kecik..agak2 masin la...kalo x masin, tambah garam lg..

6) masukkan daun pandan kalo ada stok..(kt jordan xde daun pandan, harap maklum)..

7) masak hgg tanak..

.....................................

SAMBAL NASI LEMAK :

bahan2nya :

1) bawang putih (3 biji)
2) bawang merah besar (1 labu yang saiz sederhana)
3) halia (1 inci)
4) garam (setengah sudu kecik)
5) gula (3 sudu)
6) minyak (2 sudu besar)
7) air (ikut kesukaan)
8) cili kering yang da d kisar (1 sudu)
9) tomato puri (1 sudu besar)
10) tomato (1 biji)
11) cili hidup kaler merah (3 biji)

cara2nya :

1) buang kulit bawang putih, bawang merah besar, halia, tomato, cili hidup dan potong ikut suka..pastu blender sampai lumat dengan air yang skit..

2) panaskan minyak, tumis barang2 yang da d blend tu sampai naik bau n ala2 kering..

3) masukkan cili kering yang da d kisar...

4) masukkan tomato puri

5) masak hingga pecah minyak (pecah minyak tu : minyak dia timbul atas bahan2 yang d tumis tu)

6) masukkan air skit ikut kesukaan anda..kalo suka sambal cair, guna air banyak..kalo suke pekat, letak skit je airnye...

7) masukkan garam dan gula..kalo kurang rasa, pandai2 la adjust sendiri...

8) da gelegak, tutup api..

.....................................

LAUK :

1) ikan bilis
2) ayam
3) hati ayam/lembu
4) daging
5) telur

* kalo ikan bilis, ayam, hati dan daging, boleh d goreng...

* kalo telur, boleh goreng (jadikan telur dadar, atau telur mata kerbau)..kalo nk telur rebus, maka perlulah d rebus....

* boleh jugak anda nk campur dalam sambal...dengan cara : masukkan je sume lauk yang da siap d goreng tu k dalam sambal dan didihkan sekejap...

.....................................

LAUK TAMBAHAN :

1) timun
2) ikan bilis
3) kacang tanah

.......................................

ok...selesai satu menu masakan versi jordan...sume bahan2 ni ada kt jordan kecuali daun pandan..so, kalo x jumpa mana2 bahan yang tersenarai d atas, boleh la roger2 ye..nnt i gtau u all kt mana boleh dapat bahan2 tu...=p~ (tp barang2 selain daun pandan la ye..) =p

selamat memasak dan mencuba resepi ni..

syarat nk sedap...baca bismillah, masak kerana allah dan dengan penuh kasih sayang~ =p

..........................................

Fitrah_mujahidatunnisa suka masak!

Wednesday, July 20, 2011

keajaiban..

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah...summa alhamdulillah...

subhanallah

walhamdulillah

wa la ila ha illallah

................................

sesungguhnya dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang..

..............................

actually, banyak menda yang ak nk coretkan dalam blog ak yg cun ni...tapi, perlukan ujian penapisan dl la..coz, x sume menda kite boleh citer kt orang..hehe..

btw, ari ni ak nk citer skit pasal pengalaman2 ak waktu mengandung...

pengalaman yang ni memang ak xleh lupa langsung la..

yang mana waktu tu, ak ngan suami ak yang tercinta pergi ke klinik untuk wat check up baby..

waktu tu kami pergi dalam kol 12 tengahari..

sampai klinik da nak dekat zohor la..tp lom zohor lagi...

pas da borak2 skit ngn doktor yang baik tu...die suh kami masuk bilik khas tuk scan baby...

amboiiii..aktif sungguh si comel kami ni...

pusing sana, pusing sini...takleh dok diam...

orang kata baby ak bakal ikut jejak ak...aktif semacam sampai x reti dok diam...isk~ T__T

tapi bagus gak aktif2 ni kan baby ummi syg?

baru la nampak baby ummi ni sihat dan kuat..

walaupun kat jordan ni xde milo..

~minum milo anda jadi sihat dan kuat!~

...........................................

pastu, doc pn scan la baby tu n explain kat kami..bla3...bla3....

alhamdulillah, sumenye normal..

pastu, tiba2 masjid yang berdekatan ngan klinik tu bukak bacaan al-quran..

guess what??!!

MY BABY TERUS SUJUD!

subhanallah...

masyaALLAH!

ak terus terkumat kamit mengucap kebesaran ALLAH..

yela..mana tak nyer...1st time kot tengok yg real punya..baby dalam perut sendiri plak tu...

hehe..kuasa ALLAH...

subhanallah..

.............................

pastu...bile bacaan quran da stop, my baby pn die golek2 cm awal2 kami scan tu...

pusing sana, pusing sini...

pstu...

tibe2 azan...

MY BABY TERUS SUJUD balik semula...

subhanallah..

masyaALLAH...

pastu nampak la waktu baby nk ubah posisi dari golek2 tu k posisi sujud...

ase cam..........YaALLAH, betul ke apa yang aku nampak ni?!

memang ase cm x caye...

sangat comel waktu baby nk ubah posisi..

d sebabkan baby duduk dalam air, maka, kaki die pun bergerak2 sebab nk imbangkan badan supaya kekal dalam posisi sujud tu...haha..comel dan ajaib!

pelik tapi benar...

tu kot antara cerita yang paling bez sekali ak nk share ngan korang sume...

....................................

anak2 tu anugerah ilahi yang paling berharga...

mereka suci dari sebarang maksiat..

dari perut lagi mereka da ikut fitrah..

fitrah merasakan adanya tuhan...

dan hanya ALLAH yang layak d sembah..

namun, bila mereka lahir...adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mencorakkan agama mereka...

mudah2an, anak2 kita akan terus thabat dalam jalan iman dan islam...

mudah2an mereka akan sentiasa berada dalam ketaatan kepada ALLAH..

kerana diri mereka begitu berharga buat ibubapa...

.................................

anak ummi yang tersayang...

mudah2an anak ummi akan menjadi hamba ALLAH yang soleh..

jangan nakal2 ble da kuar k dunia nnt..

dengar cakap ummi ngn abi...

taat perintah ALLAH dan rasul..

jadi hafiz quran...

nanti ummi ngn abi ajar baby cakap arab ye..

baby kene cakap arab je kt umah...kalo taknak cakap arab, cakap english...

nk cakap melayu?? boleh tapi ummi ngan abi xnak layan..weeekkkk~ padan muka baby..haha...

................................

Fitrah_mujahidatunnisa bahagia bersama baby..

Tuesday, July 19, 2011

anugerah ilahi yang tak ternilai..

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah...

setelah sekian lama menyepi, akhirnye dapat gk mencoretkan sesuatu di dalam blog ak yang comel ni..keh3....

.............................

alhamdulillah...kerana hari ni kita d beri peluang untuk bernafas d bumi ALLAH yang indah ini...

alhamdulillah...kerana ak dapat merasai nikmat menjadi suri rumah sepenuh masa...

alhamdulillah...kerana ak berjaya menghabiskan sesi pengajian ak di bumi anbiya', urdun tercinta...

alhamdulillah summa alhamdulillah...

ALHAMDULILLAH kerana di beri peluang merasai nikmat seorang IBU...=P

hehe..alhamdulillah...

....................................

sekarang my baby da makin besar...x sangka betol..cpt sungguh masa berlalu..

rasa cm bujang2 je lg...

tapi...

rupa2nya da jd isteri dan bakal ummi orang..=p

hehehe..

ALHAMDULILLAH sangat2 kerana ALLAH mempermudahkan urusan ak ke arah baitul muslim..=p

....................................

keaktifanmu menenangkan hati...kerana mu anugerah ilahi yang masih suci dr dosa dan noda...~moga menjadi org yg soleh dan hebat dalam agamamu~

ameen yaRABB~

mudah2an zuriat yang KAU kurniakan kepada kami ini akan menjadi pejuang agamaMU yang terhebat!

mudah2an zuriat ini akan menjadi anak yang soleh dan hamba yang sentiasa taat pada perintahMU dan meninggalkan segala laranganMU...

mudah2an zuriat ini dapat menjadi orang yang dapat memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara...

mudah2an zuriat ini akan menjadi penyejuk mata buat kedua ibu bapanya...ameen yaRABB~

rabbana hablana min azwajina wa zurriyatina qurratu' a'yun waj3alna lillmuttaqina imama..

ummi ngan abi sayang baby....

sila membesar dengan sihat tau!

selalu men kick2 ngn ummi pn xpe...ummi x kisah...sebab ummi bahagia bile baby main2 ngan ummi..

ummi sayang baby...sebab baby anugerah dari ALLAH yang x ternilai...

kerana baby ummi ni akan jadi khalifah dan hamba ALLAH d muka bumi ini..

ummi ngan abi akan sentiasa dan cuba untuk mendidik baby menjadi orang beragama dan mengamalkan islam dalam idup baby...

mudah2an baby akan jadi saham buat ummi dan abi d akhirat kelak...

banyak lagi yang ummi ngan abi nk sampaikan kat baby..tapi len kali la pulak..

keh3...

ummi ngan abi harap ALLAH akan bantu ummi ngan abi dalam mendidik dan membimbing baby...

moga terus thabat dalam jalan islam...jalan dakwah..jalan tarbiyah ini...

mudah2an ALLAH permudahkan segalanya...ameen~

...............................

anak2 ibarat kain putih...kita yang mencorakkan mereka...

mudah2an anak ummi ngan abi ni sentiasa hidup mengikut acuan islam...

kerana islam dan iman adalah sesuatu yang amat berharga sayang~

...............................

Fitrah_mujahidatunnisa menginginkan anak soleh~

Sunday, May 22, 2011

saya sayang dia...




bismillahirrahmanirrahim~

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...
akhirnye final exam telah melabuhkan tirai...
3 subjek dr 5 subjek da kuar markah..
subjek yang paling killer pn da kuar markah..

ALHAMDULILLAH wa SYUKUR LILLAH ala kulli natijah...

pasni boleh la posing dpn cermin sambil sarung baju konvo memandangkan baju konvo da dpt time exam ari tu...

ALHAMDULILLAH sekali lagi...

...................................

errmmm...

d tengah kesunyian malam sambil d temani titik2 air yg jatuh k dalam baldi d bilik air tu dan d selangi bunyi gerakan jam membuatkan tanganku rancak menulis post ini..

ooohh~sungguh ak rindu padanya..

dia tengah tido..terasa seperti mau saja ak kejutkan die dr lenanya itu...

kerana apa?

kerana ingin ku katakan yang ak rindu padanya...

namun..

hati si sulung, ego beb~keh3...

x penah pn nk mengaku isi hati...wt2 x paham sudah..tp sebenarnya...jeng jeng jeng...

abaaaaaaaaaanngggg!! i rindu la kt u....

kalo la kita seperti pasangan yang 24hours romantic tu, msti ari2 i menjiwang ngan u...

tp kite ni kan unik~~haha...

romantic itu jauh sekali..

ape yang penting?

kerjasama...

ape yang penting?

kerjasama...

eh3...kerjasama?! itu k yg penting dalam umahtangga?

yups..salah satu ciri2 yang patut ada...

kenapa?

sebab antaranya ialah bila isteri exam, suami amik alih keje d umah sperti memasak dan macam2 lagi...isteri pulak jangan pijak kepala suami..bak kata mama i, jangan buli suami! =p

opppss~ i x buli die..die yg rela d buli...keh3..(gurau je)

...........................

dalam novel, banyak cerita mengenai cinta...

cinta yang seronok, cinta yang sedih, cinta yang lucu, cinta islamik dan macam2 bentuk cinta la..termasuk cinta si monyet bersama si kera...erkkk~~

begitu juga kami...

tapi kisah cinta sume org x sama...

apa yang penting bagi kami adalah agama...

yang lain nombor dua...

asas umahtangga bagi kami adalah ketaqwaan pada ALLAH..

cuba terapkan umahtangga dengan nur islam..

nescaya anda akan bahagia..

insyaALLAH...=p

walau kami x romantic dan xtau pn apa itu romantic tp kami pasangan yang kiut! muahaha~

bagi ak, pas ak kawen ni, bnyk menda yang ak blaja...

antaranya, jangan percaya dengan tulisan2 dalam novel dan cerpen..haha~

kadang2 ak membebel sorg2..nk la romantic2 cm org len...nk romantic cm dalam movie ngn cerpen tu!

si dia pasti menjawab dengan tanpa perasaannya...

tu citer khayalan...wtpe romantic2 dgn dak kecik ni?

T_________T

huahuahua~tu la jawapan yang ak terima tiap kali ak meluahkan ketidakpuasan hati...

tp bile pk2 balik...xpe la, x romantic x bermakna x bahagia...

apa yang penting adalah membentuk roh2 dan jiwa2 muslim dalam umahtangga~

hehe..alhamdulillah...

kadang2 kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu, dan kadang2 kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu..allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui...

so, dun wori la...

xyah sibuk2 nk cari pasangan yang kompem2 ada ciri2 yang kita nak...

kawen dl..pastu baru la tau...bez x bez dapat pasangan yang x seperti kita bayangkan...

sebab pe?

sebab kita akan blaja tuk bersyukur..

d kurniakan sesuatu yang unik...

dan sebaik2 perancang tu adalah perancangan ALLAH...

dari xde perasaan kepada ada perasaan...

mohon doa bnyk2 pada ALLAH, insyaALLAH, kheer~

.............................

saya sayang dia...

(actually post ni saya tulis senyap2...si dia xtau pn..kalo die tau, aduuuhhh~malu laa!! i kan rock..x main la jiwang2 ni..keh3)

ok la, saya malas nk kasi org yg belom kawen jeles ngn post saya ni..haha~

bagi yang masih single tu, kalo da mampu kawen, kawen la cpt2...sbb kawen tu sunnah nabi dan pelengkap separuh daripada iman~

manakala yang tak mampu kawen lagi, ingatlah, ALLAH tu maha melihat, maha mendengar dan maha mengetahui...

tak perlu anda sibuk2 mencari pasangan dengan cara bercouple..kerana cara itu trang tang2x salah dalam islam...

dan letakkan dalam diri...

anda mahu cinta si dia?

atau.....

anda mahu cinta ALLAH?

sesungguhnya cinta ALLAH x datang dalam hati yang kotor...

nauzubillah...

......................................

ok la, mohon maaf andai post ini tidak menyedapkan hati..

ini adalah sebahagian daripada terapi fizikal dan minda bak kata ak..haha~

meluahkan menggunakan lisan tak semudah meluahkan melalui tulisan...

so, pliz enjoy it and yang baik amik pengajaran, yang tak baik g buang dalam tong sampah...

selamat menempuh cuti sem kepada pelajar2 d jordan mahupun d mana2 je yang mengalami ujian cuti yang hebat..

pasti sukar mau menguruskan masa sbb da cuti...

kerana tidur berjam2 itu pasti..main facebook itu pasti...buang masa itu pasti...huahuahua...

SAYA KENA JADI UMAT ISLAM YANG BERKUALITI UNTUK AGAMA!!

yosh~gunakan masa cuti dengan sebaik2nya...

doakan kami dapat khirij @ konvo dengan natijah yang cemerlang gemilang dan terbilang...

insyaALLAH...

..................................

Fitrah_mujahidatunnisa sayang dia~

Sunday, April 17, 2011

berita bosan~

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah...alhamdulillah wa alhamdulillah...

setelah sekian lama tidak mengupdate blog, akhirnye hari ni dapat gk menggodek2 blog ni...

banyak menda yang berlaku sepanjang semester ni..

papepn, moga ianya menjadi pengajaran bagi kita yang masih hidup ini..

..................................

antara peristiwa2 yang berlaku ialah :

1) berita senior yang selamat melahirkan anak sulung d jordan..alhamdulillah ala kulli hal...my senior tu dpt baby boy...comel....(membuatkan terasa seperti mau ada anak jugak?! hahaha)

2) berita yang paling menggembirakan...ramai rupanya yang da mengandung...waaahh..bertambah la ahli permai tahun ni...mudah2an bakal2 ibu tersebut dapat melahirkan anak dengan selamat..insyaALLLAH...

3) berita kematian...uhh~ yg ni amat menyentap hatiku.

kullu nafsi zaiqatul maut : setiap yang hidup pasti akan merasai mati.

seperti yang kita tau, kematian itu merupakan peringatan ALLAH kepada kita yang masih hidup ni...moga kita mendapat husnul khatimah di saat nyawa d tarik...

kepada mereka yang mengalami bencana kematian ini, moga sentiasa tabah...kita semua adalah pinjaman ALLAH..ALLAH berhak tuk menarik pinjaman ini bila2 masa yang DIA kehendaki...teruskan perjalanan kita d bumi ini...kerana kita juga akan berakhir dengan kematian..

persiapkan diri! kerana kita akan idup d dunia kedua..dunia yang kekal abadi...dunia yang menentukan samada bahagia atau derita...syurga atau neraka?! mudah2an syurga milik kita semua..insyaALLAH..ameen...

4) berita exam...keh3..sume org pn mengalami keadaan yang sama...exam kt universiti semakin mengganas..bulan depan kami da start final exam..selang dua atau tiga minggu dari 2nd exam camtu la lebey kurang..bakal menjadi ninja..berjuang hingga ke titisan ilmu terakhir! ooohhh~moga d permudahkan....

cuak aa plak....semester laz bagi aku...mudah2an mumtaz! ameen...

5) berita demontrasi...asik2 ada demonstrasi kt jordan ni...bosan aaa~bising..haha...

haaa...da la tu..len kali aku update lagi berita2 sensasi kt jordan ni...

jangan lupa ye kawan2...perbaiki niat setiap masa..

inna ma a3malu binniah : setiap perbuatan hendaklah d sertai dengan niat...

kerana niat itu membezakan antara adat dan ibadat...

perbaiki diri..jaga diri dan hiasi peribadi...

jaga iman! percaya pada ALLAH, nescaya kau akan redha dengan setiap ketentuan...

akhir kalam..mohon beribu kemaafan d atas setiap kesalahan dan ketelanjuran...

mudah2an kita bertemu lagi d lain waktu...

tidak berjumpa d dunia bukan bermakna tidak jumpa d syurga...

wa ilal liqo'!!!

..........................................
Fitrah_mujahidatunnisa busy sangat sekarang ni~

Wednesday, March 9, 2011

busy....


bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah...

lame sggh da x update blog ni..

maklum la, bz ngn exam dan ada masalah kesihatan skit la tahun ni...

................................

ari ni, universiti yarmouk ada wt intikhabat atau nama kampungnya pilihanraya..

dalam dilema jadinya...

ari ni ada kelas ke x??????

kang pergi, xde kelas...

kalo x pergi, ada kelas plak..

dilema...

ah..x kisah..

pergi je...doktor masuk ke x ke...peduli hape..

ak kne tunjukkan yang ak sayang kt universiti ak..

keh3....

so...ari ni ada plan nakal...

"sahaja ak pergi ke universiti untuk mengumpulkan bunga2 dan coklat2 sepanjang pilihanraya ari ni kerana allah taala"

haha..

opsss~~ jangan tiru cm saya...

T__T

................................

uhhh...bz sggh pelajar overseas ni..

banyak gler program...

ble nk wt pintar ni?

rindu aaa nak jumpa adik2 pintar ak...

yaALLAH, permudahkan pertemuan kami untuk meneruskan perjuangan rasulullah dan menegakkan agamaMU d muka bumi ini...

"allahumma innaka ta'lamu anna hazihil qulub qadijtamaat ala mahabbatik..........ila akhir aayah~

....................................

doakan kami d sini dapat menghabiskan belajar dengan cemerlang gemilang dan terbilang...

taknak ada demonstrasi2!!

xmoh la kne antar balik msia...sedey seh~~~

..................................

fitrah_mujahidatunnisa nak jadi pelajar yang hebat tuk agama!

Sunday, February 20, 2011

rinduku pada syahid~

bismillahirrahmanirrahim...



wah..da lamenye x update blog..akhirnye hari ni dapat gk meluangkan masa jap sementara mencari kerajinan tuk memasak...

menu ari ni ape?

menu simple je..maklum la, student la katakan..keh3...

ari ni masak kuih ketayap, cekodok tepung, nasi beriyani, ayam goreng berempah, ayam masak kari, sayur acar...

simple2 sudey~~

hehe...

...................................

ak da start sem da..alhamdulillah, sem baru yang mempunyai semangat baru..

kerana ini adalah sem terakhir dalam perjuangan untuk mendapatkan segulung ijazah..

seronoknyer!!

tp gementar...

mudah2an berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang..

insyaALLAH..ameen...

....................................

untuk tahun ni je, da bermacam2 perkara berlaku kt dunia ni...

antaranya kebangkitan timur tengah...

contoh terdekat tunisia dan mesir...

alhamdulillah, akhirnye kejayaan milik mereka...

hapuskan rejim! tegakkan islam!

wpun ada yang kata mereka berjuang bukan kerana agama, tp ak x kisah!

bg ak..ini adalah satu titik permulaan menunjukkan islam da mula berkembang!

rakyat da mula bersatu padu!

mudah2an kita tergolong dalam golongan syuhada'...

ameen~

.................................

mudah2an ak dapat grade kt jordan sem ni...

risau kalo berlaku pape kt jordan ni...

da la sem laz..hoho...

mudah2an jordan akan aman tenteram sampai kami sume abis blaja..ameen~~

tp kalo berlaku pape, ak nak join gk la rusuhan tu..

keh3...

ble lagi nk rebut peluang syahid d medan menegakkan kebenaran kan?

hehe...

mudah2an ALLAH mudahkan segalanya...kerana ALLAH sebaik2 perancang...

.............................

rindu my family sgt3...

rindu syahid sgt3....

demi islam, akan ku tempuhi segala2nya..

kerana ak yakin dengan kehidupan akhirat!

..........................

orang yang syahid tak akan mati malah jiwa2 dan semangat mereka sentiasa hidup!

mudah2an semangat itu menyerap dalam diri ini...

rindukan mati di jalan ALLAH!

mntk maaf zahir batin sume...

halalkan makan dan minum...

halalkan sume2nye ye..

mudah2an kita berjumpa d syurga yang abadi...

asyhadu an la ila ha illallah...wa asyhadu an na muhammadar rasulullah...

ak naik saksi bahawa tiada tuhan yang d sembah melainkan allah dan aku naik saksi bahawa muhammad itu pesuruh allah...

(maaf jika post ni tiada manfaatnya...ini merupakan luahan hati kecil tetapi mengharapkan ianya menjadi kenyataan) insyaAllah~

.............................

fitrah_mujahidatunnisa mahu berjumpa dengan ALLAH dalam keadaan beriman!

Sunday, February 6, 2011

lirik cinta matiku (الحب موتي)

bismillahirrahmanirrahim...


alhamdulillah, setelah beberapa hari menyibukkan diri sendiri, hari ni dapat gk mengupdate blog...

so, ari ni ak ase nak share 1 lagu yang sgt femes kot kt msia...lagu cinta matiku..seronok gk la lagu ni walaupun sakit telinga kot?! isk3..T__T

(tlg tutup music dumper tu dl)

...............................


................................

سأخلُك تدخلين إلى حياتي
سأخلَ حبك تسمين قلبي
لأن حبي أشد الجنون
إليك محبوبتي
لأنني ما استطعت آبدا
لأحيا بدونك
لا تتركني آبدا
لا تطلقني
ولو نصف الدقة من حياتي
لا تتركني آبدا
لا تطلقني
ولو نصف الدقة من حياتي

arab lirik by cik nisaulfadhilah
~hakcipta terpelihara~

....................................

amacam?bez x nyanyi dalam arab?bez kan?keh3...

pasni kalo tgk citer hani dalam tv3 tu, boleh la tukar lirik lagu die tu dalam bahasa arab sambil nyanyi jerit2...msti bez! dan release tension! hihi...

ok la..slmt bernyanyi2...

daaaa~~

..............................
Fitrah_mujahidatunnisa sakit tekak dengar penyanyi ni nyanyi!

Friday, January 28, 2011

lirik wahai tamanku yang tersayang (يا روضتي الحبيبة )

bismillahirrahmanirrahim...

kali ni kite rilek2 je sambil dengar lagu kanak2 ni..

ak tertarik ngn videoclip die..comel sgt! hehe..

sambil2 kite ikut lagu arab ni, boleh la sama2 menari2 seperti dalam video ni ye...keh3...

(sila tutup musicdumper tu dl..)

............................



............................

يا أجمال الرياض
يا روضتي الحبيبة
في الصحيحة ننادي
يا امنا الحبيبة
فيها معلَمتي في نشر ضحيكتي
صديقتي ها هنا في الروض مشرقتي
لاي لاي لاي لاي
للفصل قد أتيت
للروضة غنيت
رسمت هذه دفتري
لفرحة نديت
لاي لاي لاي لاي


maknanya :

wahai taman yang cantik
wahai tamanku yang tersayang
kami menyeru kepada kesihatan
wahai ummat kami yang tersayang
dalam taman mengajarku untuk menunjukkan ketawaku
kawanku ada di sini di taman yang menggembirakanku
lai lai lai lai..
untuk kelas yang telah ku hadiri
untuk taman yang telah ku nyanyi
ku telah melukis dalam buku tulis ini
tentang kegembiraan yang telah ku seru
lai lai lai lai..


lirik arab dan bm by cik nisaulfadhilah
~hakcipta terpelihara~
...........................

jom g taman! keh3...

pstu berjoget2 cm kartun dalam video ni..

eh, kt jordan ada taman bunga k?!

keh3...

hanya org2 jordan je yang mengetahui.............

............................
Fitrah_mujahidatunnisa suke tgk kartun ni menari2..

lirik bila cinta (عندما الحب)

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah..hasil daripada semangat yang tinggi, akhirnye tanganku menggedik lagi utk mentranslate lagu bila cinta (lagenda budak setan) ni..

sedih eh lagu die?sob3...

okeh laa...jom kite nyanyi lagu ni dalam bahasa arab..

(tlg tutup musicdumper tu dl..)

....................................................




............................................

عندما الحب الآن ما عنده القيمة
ما أشعر الآن بالحزينة فقط
كان يتركني بالحب القديم
في الماضي, كانت تعطيني الفرصة  بالوعيد حلوى
الذي قبلته بسائر قلبي
حتى ذهبت وكانت تتركني
كانت تخفي حبك
كانت تطعن قلبي
حتى اخترت بالحب الفناء
ذهبت نفسك وكانت تشق قلبي
حتى سقطت في الرجاء
في الرجاء


lirik arab by cik nisaulfadhilah
~hakcipta terpelihara~

....................................................

uhuuu~~sedeynyeee...

sian org yg hadapi masalah kne tinggalkan ni kan?tu aaa..org da kata jangan bercouple..degil takmoh dengar kata...isk3...

~jauhkan couple kerana couple musuh agama!~

tanpa couple idup anda xkan d selubungi kesedihan..keh3..

carilah cinta ALLAH kerana cinta ALLAH adalah cinta yang abadi!

.....................................................
Fitrah_mujahidatunnisa kesian dengan watak dalam lagu ni..huhu..