Followers


Saturday, July 31, 2010

exam rendah?!

bismillahirrahmanirrahim..

musim exam adalah musim d mana manusia menjadi rajin ye...

tp..sedih x ble kite da study pulun abis2an..tp markah kite rendah @ kite x dpt markah yg kite nk..kalo la jd cmni..cpt2 la buang rs sdey n ucaplah alhamdulillah...

sbb pe ak ckp cmtu?sbb bg ak..ALLAH nk menguji sejauh mana kesyukuran kite padaNYA..mne la tau,skang die kasi rendah,tp atas sbb kite bersyukur dgn segala ketentuanNYA..dia anugerahkan kite kejayaan yg plg besar yang tak pernah kita terduga..

conclusionnye..bersabarlah dan tabahlah kalo d timpa sebarang ujian..tu tanda kasih ALLAH pada kite dan DIA hanya menguji sejauh mana kecintaan dan kebersyukuran kita padaNYA..

...............................

Fitrah_mujahidatunnisa bersyukur d atas segala ketentuan ALLAH..alhamdulillah~

Friday, July 30, 2010

layaaaannnn~

bismillahirrahmanirrahim..

PATAH HATI

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA

PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI

BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG

LAGU: HAFIZ HAMIDUN
LIRIK: FEDTRI YAHYA

.........................

Fitrah_mujahidatunnisa syok sendiri..

hidup dan mati hny untuk ALLAH..

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah..akhirnye..........sgt bersyukur ke hadratMU yaALLAH..

jam da menunjukkan jam 3:19pagi..mata masih xleh nk lelap..exm semakin dekat..jiwa mencari ketenangan..ruh mencari zuq tuk mendekatkan diri padaNYA..

..................................

ase sgt seronok ari ni..akhirnye menda yg ak nk sgt2 wt,ak dapat wt..da lame x wt menda ni..skali da wt,ase cm da dpt kejayaan yg plg besar..moga segala amalan kebaikan di terima ALLAH..ameen yaRABB..

.................................

tiap2 ari..tny la dalam hati..tny la iman anda..tny la diri anda..

apakah yg anda da wt ari ni?adakah pe yg anda lakukan dpt menambahkan iman atau x?adakah hidup anda terasa bahagia dan mendapat keberkatanNYA?

sama2 la muhasabah...

....................................

ari plg gembira bg ak..ble ak berjaya bangun malam..org kata,hny org2 yg hebat je leh bangun malam..ak amat bersetuju ngn kata2 mereka ni..x sume org mampu bngn semata2 nk solat,nk ngaji,nk mengadu dgnNYA..

tp bngn tuk menda2 lagha..boleh plak..abiskan masa tgk movie,tgk bola,gayut ngn aweks n balaks..sume boleh..tp pernah x kite terfikir,masa tuk dating ngn ALLAH?ada x kite wt jadual tuk dating ngn die?solat yg 5,10minit tu pn boleh kite lengah2kan n sesetengah org boleh tgglkan solat tu tanpa segan silu..tuk wt menda len yg sampai berjam2 boleh plak..

kalo kite rs kite de wt menda2 cmni..segeralah bertaubat..segeralah memohon keampunan dan maghfirahNYA..utamakan kehidupan akhirat berbanding kehidupan duniawi..

...................................

ak nk menyeru kt sume kawan2..jom kite sama2 tgglkn menda2 lagha,menda2 maksiat..

bertaubatlah selagi nyawa d kandung badan..

takutlah dgn azab dan seksa ALLAH bg hamba2 yang d murkaiNYA..

moga kita semua tergolong dalam mereka yang beriman dan bertaqwa..ameen yaRABB..

..................................

Fitrah_mujahidatunnisa berusaha memperbaiki diri..

amanah..

bismillahirrahmanirrahim..

Munasabah Diri untuk diri sendiri dan sahabat2 (Amanahkah Kita?)

Umar bin Abdul Aziz Pemerintah Yang Amanah

Khalifah Umar bin Abdul Aziz, adalah seorang Khalifah Bani Umaiyah. Pada suatu malam tatkala baginda sedang tekun bekerja di bilik istananya, tiba-tiba seorang putranya masuk untuk membincangkan sesuatu hal yang berhubung dengan u...rusan keluarga. Tiba-tiba baginda memadamkan lampu yang terletak di mejanya yang digunakan untuk menerangi bilik kerjanya itu. Putranya merasa hairan melihat sikap ayahnya itu seraya bertanya: "Kenapa ayah padamkan lampu itu?" Maka jawab ayahnya: "Benar kata kau wahai anakku, tetapi kau harus ingat lampu yang sedang ayah gunakan untuk bekerja ini kepunyaan kerajaan. Minyak yang digunakan itu dibeli dengan menggunakan wang kerajaan, sedang perkara yang hendak anakkanda perbincangkan dengan ayahanda adalah perkara keluarga."

Lantas baginda meminta pembantunya membawa lampu dari bilik dalam. Kemudian baginda pun berkata kepada putranya: "Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyak pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukakan apa masalah yang anakanda perbincangkan dengan ayahanda." Demikianlah besarnya sifat amanah dari seorang pemimpin berkalibar selaku seorang raja yang berjiwa besar.

-------------------------------------------------------------

Daripada cerita di atas dapat diambil iktibar adakah kita ini termasuk dikalangan orang yang amanah...

sebagai muhasabah diri
pernah tak kita menggunakan mesin photostat dan kertas A4 syarikat tempat kita bekerja untuk kepentingan diri sendiri?
pernah tak kita mengambil/mencuri sebarang peralatan dari tempat kerja kita?
pernah tak kita menggunakan kenderaan syarikat, kemudian menipu jumlah minyaknya?
pernah tak kita menggunakan internet dari tempat kerja kita bukan atas urusan kerja?

sama2 muhasabah diri sejauh mana amanahnya kita pada barang yang bukan milik kita..

..............................

Fitrah_mujahidatunnisa memuhasabah diri..

kasih ALLAH...

bismillahirrahmanirrahim..

Renungkan betapa kasihnya Allah kepada kita
semua.....

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya,
"Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di
...sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang
anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan
bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya, "Apakah yang harus aku
catit?"
Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya
sehingga dia melakukan 5 kesalahan." Malaikat yang di kiri bertanya
lagi, "Kalau dia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku
catitkan?" Jawab malaikat kanan,
"Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu
oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala.Oleh itu
hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih
simpankan untuknya 5 pahala lagi."
Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau macam ini
sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam." Demikianlah rahmat Allah
pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya
hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan
dunia.



TAZKIRAH;


" Allah tidak akan menanya berapa banyak ilmu yang kamu ada
tetapi Allah menanya berapa banyak amalan yang kamu lakukan
daripada ilmu yang kamu ada...."

.....................

Fitrah_mujahidatunnisa terpegun~

hak suami dan isteri..

bismillahirrahmanirrahim..

Perkahwinan merupakan fitrah yang Allah anugerahkan ke atas manusia, baik lelaki mahupun perempuan. Menurut Islam perkahwinan bukanlah atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama. Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan syahwat tetapi untuk memenuhi kehendak tujuan kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada Allah. Kerana itu setiap Muslim mahupun Muslimah perlu merancang agar perkahwinan mereka tergolong di dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah (taqarrub ila Allah).

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda;
“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya; kerana keturunannya; kerana kecantikannya; kerana agamanya. Pilihlah olehmu wanita yang beragama nescaya kamu berbahagia”. [HR Bukhari dan Muslim]

Hadis di atas menerangkan pedoman dari Rasulullah bahawa asas perkahwinan mestilah didasarkan kepada ketakwaan. Muslimin dan Muslimat di sarankan agar memotivasikan diri untuk menjadikan perkahwinan itu sebagai rangka mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Taala.

Perkahwinan merupakan pangkal, sementara berbagai-bagai hubungan lain hanyalah cabang dari adanya hubungan perkahwinan. Dengan kata lain, jika tidak ada perkahwinan, tidak mungkin muncul status suami, isteri, anak, bapa, ibu dan sebagainya.Islam telah menganjurkan kaum Muslimin untuk melangsungkan perkahwinan. Ibnu Mas’ud radhiallahu anhu menuturkan bahawa Rasulullah bersabda sebagai berikut:
“Wahai para pemuda, siapa saja di antara kalian yang telah mampu memikul beban, hendaklah ia segera bernikah, kerana hal itu dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Sebaliknya siapa sahaja yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa, kerana hal itu dapat menjadi perisai.”

Seorang Muslim atau Muslimah yang baik selalu berharap kepada Allah agar mendapatkan pasangan yang dapat menjaga kehormatan dirinya, keluarganya dan kedekatannya kepada Allah Subhanahu wa Taala. Ia akan bersyukur jika ia berhasil memiliki pasangan yang soleh/solehah. Sebab ia telah mendapat keberuntungan yang paling besar. Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:
“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.” [HR Muslim]

Seorang Muslim tidak dianjurkan menikahi seseorang kerana kecantikannya, kekayaannya mahupun darjatnya, tetapi dianjurkan agar memilih yang bertaqwa. Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda;
“Janganlah kalian menikahi perempuan itu kerana kecantikannya, mungkin kecantikannya itu akan membawa kerosakan bagi mereka sendiri. Janganlah pula kalian menikahi mereka kerana mengharap harta mereka, mungkin hartanya itu akan menyebabkan mereka sombong. Akan tetapi, nikahilah mereka dengan dasar agamanya. Sesungguhnya hamba sahaya yang hitam lebih baik, asalkan ia beragama.” [HR Ibnu Majah]

Hadis di atas menuntut agar seseorang berkahwin kerana agama dan bukan kerana selainnya. Apa yang penting, setiap perkahwinan itu mestilah berdasarkan cinta kasih pasangan kerana Allah. Jika setiap pasangan berkahwin atas cinta kerana Allah, nescaya mereka akan beroleh rahmat dari perkahwinan tersebut sebagaimana Firman Allah Subhanahu wa Taala:
“Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari jenis kalian sendiri supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikanNya di antara kalian rasa kasih dan sayang.” [TMQ ar-Rum (30):21]

Kehidupan suami isteri
Pada dasarnya, hubungan suami-isteri adalah hubungan yang didasarkan pada prinsip persahabatan yang akrab, saling mengerti dan saling memerlukan. Hubungan suami isteri ini akan menjadi lebih bermakna jika suami isteri itu tahu menjalankan tanggung jawab masing-masing. Dengan ini syariat Islam telah menjelaskan apa yang menjadi hak isteri atas suaminya dan hak suami atas isterinya. Sebagaimana Firman Allah:
“Para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf.” [TMQ al-Baqarah (2):228]

Ertinya hak yang dimiliki oleh seorang isteri atas suaminya sama seperti hak suami atas isterinya dari sudut masing-masing mesti mematuhi perintah dan larangan Allah. Oleh sebab itu Ibn Abbas pernah bertutur demikian,
“Sesungguhnya aku suka berhias untuk isteriku, sebagaimana ia berhias untukku. Aku pun suka meminta agar ia memenuhi hakku yang wajib dia tunaikan untukku, sehingga aku pun memenuhi haknya yang wajib aku tunaikan untuknya.”

Dan kata-katanya lagi;
“Para isteri berhak merasakan suasana persahabatan dan pergaulan yang baik dari suami mereka, sebagaimana mereka pun berkewajiban untuk melakukan ketaatan dalam hal yang memang diwajibkan atas mereka terhadap suami mereka.”

Antara hak dan kewajiban suami ke atas isterinya ialah:
(1) Suami berkewajiban memberi nafkah kepada isterinya seperti makanan, minuman, pakaian mahupun tempat tinggal dengan cara yang baik. Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam:
“Engkau (suami) harus memberinya makan jika engkau makan dan memberinya pakaian jika engkau berpakaian. Janganlah engkau menempeleng wajahnya, janganlah engkau menghinanya, dan jangan pula membiarkannya kecuali di dalam rumah.” [HR Ahmad, Abu Dawud, Ibn Hibban]

(2) Suami berkewajiban memenuhi keperluan seksual isterinya, walaupun hanya sekali dalam masa empat bulan, yakni jika keadaan tidak mengizinkan. Keadaan ini ditetapkan berdasarkan Firman Allah Subhanahu wa Taala:
“Kepada orang-orang yang hendak bersumpah untuk menjauhkan dirinya dari isteri-isterinya, bagi mereka ada masa tangguh sampai empat bulan. Kemudian jika mereka kembali kepada isterinya maka sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [TMQ al-Baqarah (2):226]

(3) Minimum tidur bersama isteri sekali dalam setiap empat hari. Pada masa Umar bin al-Khatthab ketetapan semacam ini pernah dilakukan. Ketetapan Umar ini diambil dari firman Allah;
“Nikahilah wanita-wanita yang kalian senangi dua, tiga, atau empat.” [TMQ an-Nisa’ (4):3]

Ini bermaksud, jika seorang suami itu mempunyai empat orang isteri (maksimum) maka jarak giliran antara setiap orang isteri adalah empat hari. Jadi, berdasarkan mafhum ayat, empat hari adalah had maksimum bagi suami melayani hak tidur isteri, walaupun isterinya adalah seorang.

(4) Berbuat adil dalam pembahagian jika suami mempunyai isteri lebih dari seorang. Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:
“Siapa saja yang mempunyai dua orang isteri, kemudian dia lebih cenderung kepada salah satunya, maka orang itu pada hari kiamat akan dipapah oleh seseorang kerana jatuh atau tertatih-tatih.” [HR at-Tirmidzi]

(5) Jika isterinya seorang gadis, maka si suami hendaklah tinggal bersamanya selama tujuh hari dari permulaan pernikahannya dan tiga hari (dari tarikh pernikahan) jika isterinya seorang janda. Ini di ambil dari sabda Rasulullah yang ertinya:
“Bagi gadis tujuh hari, sedangkan bagi janda tiga hari, kemudian barulah ia kembali kepada isterinya yang lama.” [HR Muslim]

(6) Suami disunnahkan memberikan izin kepada isterinya jika ingin melihat saudaranya yang sakit atau menziarahi jika ada yang meninggal dunia.

Di antara hak suami atas isterinya ialah:
(1) Isteri wajib mentaati suaminya dalam hal kebaikan, bukan dalam kemaksiatan kepada Allah. Namun demikian, seorang suami hendaknya tidak memberatkan atau menyusahkan isterinya. Ketentuan semacam ini diambil dari Firman Allah:
“Jika isteri-isteri kalian mentaati kalian maka janganlah kalian mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka.” [TMQ an-Nisa’ (4):34]

Rasulullah juga bersabda:
“Sekiranya aku dibolehkan menyuruh seseorang bersujud kepada orang lain, nescaya aku akan menyuruh seorang isteri bersujud kepada suaminya.” [HR at-Tirmidzi]

(2) Seorang isteri wajib menjaga harta kekayaan dan rahsia suaminya. Ia juga tidak boleh keluar rumah kecuali atas izin suaminya. Ketentuan ini diambil dari sabda Rasulullah:
“(Sebaik-baik wanita adalah) yang membahagiakan suaminya jika ia memandangnya, yang sentiasa mentaati suaminya jika ia memerintahnya, dan yang tidak bermaksiat terhadap suaminya atas dirinya dan hartanya dengan sesuatu yang dibenci suaminya” [HR an-Nasa’i]

(3) Berpergian bersama suaminya jika diajak. Sebab, berpergian bersama suami merupakan hak suami yang wajib ditaati oleh isterinya.

(4) Isteri wajib melayani suami jika suami mahu bersamanya. Ini kerana, melayani keperluan seksual suami merupakan kewajipan isteri dan hak bagi suami. Dalam sebuah hadis disebutkan:
“Jika seorang suami mengajak isterinya untuk tidur bersama, kemudian isterinya menolaknya, hingga suaminya marah, maka malaikat akan melaknatnya hingga pagi hari.” [Muttafaq ‘alaih]

(5) Seorang isteri wajib meminta izin suaminya jika ia hendak mengerjakan puasa sunat. Hal ini didasarkan pada sabda Rasulullah:
“Tidak halal bagi isteri untuk melakukan puasa ketika suaminya menyaksikannya, kecuali berdasarkan izinnya.” [Muttafaq ‘alaih].

Apa yang diterangkan di atas hanyalah sebahagian dari hak dan tanggungjawab di antara suami isteri di dalam kehidupan rumah tangga. Jika suami tidak menunaikan hak isterinya, suami tersebut telah melakukan kesalahan. Begitu juga, jika seorang isteri tidak memenuhi hak suaminya ia telah melakukan nusyuz.

Nusyuz
Nusyuz adalah pelanggaran isteri terhadap perintah dan larangan suami secara mutlak. Hukum nusyuz berlaku apabila si isteri melanggar perintah dan larangan suami semasa berada di dalam hayatul khas/kehidupan khusus (rumah tangga) seperti di dalam rumah. Adapun jika seorang isteri melanggar perintah suaminya di luar kehidupan khusus itu, ini tidak dinamakan nusyuz.

Syariat Islam telah menetapkan beberapa hak suami yang perlu dijalankan oleh seorang isteri. Antaranya menguruskan rumah tangga. Apabila seorang suami menyuruh isterinya membancuh teh, membasuh pakaian, memasak, memandikan anak-anak dan menggosok pakaiannya, jika isterinya tidak mahu melakukannya, ini bermakna isterinya itu telah melakukan nusyuz terhadap suaminya.

Begitu juga, jika seorang suami melarang isterinya bertabarruj (berhias diri) atau tidak memakai tudung di hadapan tetamunya di dalam rumah, jika isterinya melanggar larangan suaminya itu, maka isteri tersebut telah melakukan nusyuz.

Sebaliknya jika suami tersebut melarang si isteri keluar rumah bertabarruj atau tidak memakai tudung (di luar rumah – hayatul am), jika si isteri tersebut tidak mengikut larangan suaminya itu, ini tidak dinamakan nusyuz kerana perbuatan itu bukanlah di dalam hayatul khas. Isteri tersebut telah melakukan keharaman kerana melanggar perintah Allah, cuma perbuatan tersebut tidak termasuk kategori nusyuz kerana berlaku di dalam hayatul am.

Contoh yang sama adalah jika si suami melarang isteri dari mencuri. Namun isteri melanggar perintah suami dan tetap mencuri (contohnya mencuri di pasar raya), maka isteri tersebut telah melakukan dosa dan keharaman. Namun ini tidak termasuk di dalam kategori nusyuz. Dan dari segi hukuman, isteri tersebut wajib dipotong tangannya oleh negara (Khilafah) dan bukannya dikenakan hukuman nusyuz oleh suami.

Ketika syariat Islam telah menetapkan hak suami secara umum untuk memerintahkan isterinya melakukan sesuatu, atau melarangnya, syariat juga telah membenarkan beberapa hal dari keumuman tersebut. Misalnya, syariat membolehkan seorang wanita untuk menjalankan perniagaan, mengajar, menghubungkan silaturrahim, pergi ke masjid, menghadiri ceramah ataupun seminar dan sebagainya. Seandainya si isteri melanggar larangan suaminya ini, maka si isteri tersebut tidak jatuh nusyuz kerana ini merupakan hak di dalam kehidupan umum yang dibenarkan oleh Allah ke atas wanita. Namun si isteri mestilah meminta izin kepada suami untuk keluar rumah dan mesti mentaati keputusan suaminya selama mana tidak melanggar syarak.

Syariat Islam juga telah mewajibkan wanita untuk berdakwah dalam masyarakat. Ini bermakna wanita/isteri juga wajib berdakwah, sebagaimana lelaki/suami. Seandainya si suami melarang si isteri untuk keluar berdakwah, ini adalah satu kesalahan bagi pihak suami. Meski demikian, jika di rumah ada kewajipan lain seperti menguruskan anak-anak, menyiapkan pakaian, makan dan minum suami, maka hal ini hendaklah dilakukan terlebih dahulu oleh si isteri.

Hukuman nusyuz.

Hukuman nusyuz telah dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Taala sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
“Wanita-wanita yang kalian khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidurnya, dan pukullah mereka (dengan pukulan yang tidak membekas), jika mereka mentaati kalian, janganlah kalian mencari-cari alasan untuk menghukum mereka” [TMQ an-Nisa’(4):34)

Jadi bentuk hukuman tersebut (dan mesti dilakukan menurut urutan) adalah:
1. menasihatinya dan memberi peringatan kepadanya.
2. mengasingkan tempat tidur.
3. memukulnya dengan pukulan yang tidak membekas.

Semua hukuman tersebut ditetapkan sebagai cara agar seorang isteri mentaati suaminya. Jadi, apabila isteri melakukan nusyuz, maka penyelesaiannya mestilah mengikut hukuman di atas.

Di samping itu, satu hal yang semestinya diperhatikan adalah bahawa kehidupan suami isteri harus merupakan bentuk kehidupan berkeluarga yang penuh dengan kasih sayang dan rahmat (mawwadah wa rahmah ). Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:
“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya, dan akulah orang yang terbaik di antara kalian terhadap keluargaku.” [HR Muslim]

Wallahu a’lam bi sawab.

copy from this site : http://www.mykhilafah.com/fikih-muslimah/1187-perkahwinan-dan-hak-suami-ke-atas-isteri-serta-hak-isteri-ke-atas-suami

...........................

Fitrah_mujahidatunnisa menilai diri..

Thursday, July 29, 2010

mulut orang..

bismillahirrahmanirrahim...

pg2 lg ak da d hidangkan dgn macam2 gossip..

isk~x bez betol dgr org sok sek sok sek..

tp kwn sy kata,dugaan tu..bersabar la..pancaroba hidup..

yeahh..btol2..sy setuju..

insyaALLAH..sampai masanya akan tertutuplah mulut2 mereka itu..

..............................

Fitrah_mujahidatunnisa berhibernasi dlm umah je...

bertunang...

bismillahirrahmanirrahim..

sambil2 tunggu air kt mesin tu penuh,ak terajin plak nk update blogku..

hurmm..menda yg bermain2 kt mind ak skang ni..pasal 'bertunang'..

pe perasaan org yg bertunang ye?kalo org tny ak..ak jwb..ak xde prsn kot~

cmne org yg bertunang time die study kt overseas ek?msti sdey sbb jauh dr family..pstu kalo parents dua2 pihak jumpa pn,die tetap xde kt situ..uishh~~sdey seh..x dpt merasa kenangan terindah tu..

lebih2 lagi ble xde gambar yg sempat d rakam sepanjang majlis tu..xde gambar hantaran..xde gambar dua2 pihak wktu mula2 datang ke rumah tuk meminang dan bertunang..wuuu~~sgt la sedey..lebih2 lg kt pihak perempuan..

tp xpe..bg ak,sape2 yg merasa keadaan cmni,bersabarlah dan redhalah dgn segala ketentuan ALLAH..insyaALLAH,ALLAH nyer perancangan adalah perancangan yang terbaik..jangan sesekali mengeluh walaupun terlintas d lubuk hati sedikit kekesalan...sedikit terkilan dan sedkit kesedihan..sbb ble pikir balik,ianye merupakan satu keunikan bagi pasangan tersebut d mana orang lain x merasai pe yang die rasai..bersangka baiklah dgn segala ketentuan ALLAH..

...............................

Fitrah_mujahidatunnisa mencari semangat....

Raffi Ft Bella - Jodoh Di tangan Tuhan (Official Video Clip)



lagu yang ak sgt2 suke..d tujukan kt sape2 yang nk lagu ni d tujukan kepadanya..wahaha..

................................

Fitrah_mujahidatunnisa nk jd seorang yg setia!

haiya bilughah arabiyah 2

bismillahirrahmanirrahim..

Keadaan-keadaan yang menyebabkan suatu isim menjadi marfu’, manshub, atau majrur


Isim-isim yang marfu’

Suatu isim menjadi marfu’ dalam 6 keadaan:

1) Mubtada’ (المبتدأ)
Iaitu isim marfu’ yang terletak di awal kalimat.

Misal : الكتابُ جديدٌ (Alkitaabu jadiidun) = Buku itu baru
Kata الكتاب (= buku) merupakan mubtada’, kerana terletak di awal kalimat.


2) Khobar Mubtada’ (الخبر)
Iaitu yang menyempurnakan makna mubtada’.
Pada kalimat الكتابُ جديدٌ di atas, kata جديدٌ (= baru) merupakan khobar, kerana menyempurnakan makna mubtada’

3) Isim kaana ( اسم كان) dan saudara-saudaranya
Iaitu setiap mubtada’ yang dimasuki oleh kaana atau saudara-saudaranya.

Misal : كان الكتابُ جديدًا (Kaana al kitaabu jadiidan) = (Adalah/dahulu) Buku itu baru.

Kata الكتابُ (= buku) merupakan isim kaana, kerana kata tersebut awalnya mubtada’, setelah dimasuki kaana, maka istilahnya bukan mubtada’ lagi, tetapi “isim kaana”.

4) Khobar Inna (خبر إنّ) dan saudara-saudaranya
Iaitu setiap khobar mubtada’ yang dimasuki oleh inna dan saudara-saudaranya.

Misal : إنَّ الكتابَ جديدٌ (inna al kitaaba jadiidun) = Sesungguhnya buku itu baru.

Kata جديدٌ (= baru) merupakan khobar inna, kerana kata tersebut awalnya khobar mubtada’, setelah dimasuki inna, maka istilahnya bukan khobar mubtada’ lagi, tetapi “khobar inna”

5) Fa’il (الفاعل)
Iaitu isim marfu’ yang terletak setelah fi’il lil ma’lum (setelah kata kerja aktif) dan menunjukkan pada orang atau sesuatu yang melakukan perbuatan atau yang mensifati perbuatan tersebut. Dengan kata lain, Fa’il = subjek.

Misal : قـَرأ الطالبُ رسالةً (Qoro-a at-Tholibu risaalatan) = Siswa itu telah membaca surat.

Kata الطالبُ (= siswa) merupakan fa’il, kerana terletak setelah kata kerja aktif (iaitu membaca), dan yang orang yang melakukan perbuatan (yang membaca adalah siswa), jadi siswa itu sebagai subjek.

6) Naibul Fa’il (نائب الفاعل)
Iaitu isim marfu’ yang terletak setelah fi’il mabni lil majhul (setelah kata kerja pasif) dan menempati kedudukan fa’il setelah dihapusnya fa’il tersebut.

Misal : قـُرِأتْ الرسالةُ (Quri’at ar-Risaalatu) = Surat itu telah dibaca.

Kata الرسالةُ (= surat) merupakan naibul fa’il, kerana terletak setelah kata kerja pasif (yaitu dibaca)

.............................

Fitrah_mujahidatunnisa seronok mengajar!

haiya billughah arabiyah...

bismillahirrahmanirrahim...

Definisi marfu’, manshub, dan majrur

Isim-isim yang marfu’ adalah isim-isim yang ber-i’rob rofa. Jama’ dari marfu’ adalah marfu’aat
Isim-isim yang manshub adalah isim-isim yang ber-i’rob nashob. Jama’ dari manshub adalah manshubaat.
Isim-isim yang majrur adalah isim-isim yang ber-i’rob jar. Jama’ dari majrur adalah majruroot.


Misal

Pada kalimat تـَعَـلـَّمَ أَحمَدُ اللغةَ العربيةَ في المسجدِ (ta’allama Ahmadu al-lughutal ‘arobiyyata fil masjidi ) = Ahmad belajar bahasa arab di masjid.


Kata أَحمَدُ ber-I’rob rofa’ sebab sebagai subjek (fa’il) dengan tanda dhommah (diakhir katanya). Karena ber-I’rob rofa’, maka kata kata أَحمَدُ tersebut dikatakan marfu’. Isim menjadi marfu’ dalam 6 keadaan, diantaranya adalah keadaan sebagai subjek (fa’il).

Kata اللغةَ ber-I’rob nashob sebab sebagai objek (maf’ul bih) dengan tanda fathah. Karena ber-I’rob nashob, maka kata kata اللغةَ tersebut dikatakan manshub. Isim menjadi manshub dalam 11 keadaan, diantaranya adalah keadaan sebagai objek (maf’ul bih).

Kata المسجدِ ber-I’rob jar sebab didahului huruf jar (yaitu في) dengan tanda kasroh. Karena ber-I’rob jar, maka kata kata المسجدِ tersebut dikatakan majrur. Isim menjadi majrur dalam 2 keadaan, diantaranya “didahului huruf jar”.

............................

Fitrah_mujahidatunnisa menjadi cikgu..hihi..

masihkah ada peluang?

bismillahirrahmanirrahim..

ak hanyalah hamba yang tidak terlepas dr dosa..samada dosa besar atau dosa kecil..

tetapi jauh d sudut hatiku..ku ingin membentuk diriku menjadi hamba ALLAH yg solehah dan taat pada perintahnya..

namun,amat sukar untuk memelihara hati agar thabit pada jalanNYA..sgt susah untuk mengawal nafsu dan melawan godaan syaitan..

yaALLAH,ighfir zunubi..ighfir zunubana yaALLAH..

org kata selagi nyawa d kandung badan,selagi tu pintu taubat masih terbuka..

mudah2an kita semua mendapat redhaNYA di dalam hidup ini dan d kurniakan syafaat rasulullah d akhirat kelak..

bertaubatlah dengan taubat nasuha..taubat dengan sebenar2 taubat..berjanji dgn ALLAH tidak akan mengulangi kesilapan tersebut..astaghfirullahalazim..

moga ALLAH pimpin hati2 kita..

hidup kerana ALLAH dan ISLAM..

..............................

Fitrah_mujahidatunnisa memohon keampunanNYA..

fikir...

bismillahirrahmanirrahim..

ak berfikir dan terfikir..

pe tujuan ak idup kt dunia ni?

pe yg ak da wt selama ak idup kt dunia ni?

i felt like..it's nothing~

yaALLAH..bantulah ak..

ingin sekali ku perbaiki segala kekhilafan..

ingin sekali ku mencari kesempurnaan diri..

yaALLAH..

ampuni segala dosa2 hambaMU ini..

sesungguhnya daku hambaMU yg berdosa dan penuh dosa..

tetapkan hati2 kami untuk terus teguh pada jalanMU dan agamaMU..

ameen yaRABBAL alamin..

.................................

Fitrah_mujahidatunnisa berfikir tentang dosa2nya...

Wednesday, July 28, 2010

berhati-hati..

AKU TERIMA CINTANYA>> (",)

Apakah persepsi anda terhadap orang yang bercinta? Jik...a anda ‘budak Usrah yang baru’,mungkin anda akan membencinya. Jika anda ‘budak Usrah yang lama’,mungkin anda akan mendekatinya dengan cara yang baik dan menerangkannya tentang zina. Jika anda seorang yang Usrah pun tidak tahu apa,mungkin anda akan menyokong mereka melakukan zina. Setiap orang mempunyai persepsi masing-masing, memang tiada kata putus yang mengharamkan cinta tapi perlu diingatkan bahawa ada batas-batas yang memisahkan antara cinta halal dan cinta haram.Artikel ini tiada kaitan dengan bagaimana mencipta cinta yang halal atau apakah ciri-ciri cinta yang haram,sebaliknya artikel ini tentang bagaimana seorang wanita ‘cair’ dengan ayat-ayat seorang lelaki biasa.


Hari ini saya sempat berbalas status FB dengan seorang gadis yang seusia dengan adik saya,seorang yang tidak boleh hidup tanpa lelaki.Setiap masa mesti ada lelaki yang mendengar luahan dan ceritanya,kalau tiada,pasti dia bersedih.Saya mengenalinya bukan melalui adik saya tetapi menerusi sepupu saya ketika majlis pengebumian datuk sepupu saya yang lain.

Sepupu 1 : Sape Ayeen?Die add saya ikut FB

Sepupu 2 : Ade la…

Saya : Gewe awok ko?

Sepupu 2 : Ngorat jah…

Sepupu 1 : Budok sekolah agama kan?

Sepupu 2 : Hom..Tapi sekolah je agama die x agama pun. Dot di sekolah pakai tudung labuh,balik umah pakai skirt pendek.

Selepas habis majlis pengebumian datuk sepupu saya,saya balik ke rumah dan cari siapakah Ayeen dan memang benar, dia ‘in relationship with’ sepupu saya.Tidak sampai sebulan,statusnya kembali single.Seminggu selepas itu,dia kembali ‘in relationship’.Tanpa segan silu saya memulakan bicara.

Saya : Wah,laju cari peganti

Dia : Hehehe..nak wat camne,orang tinggal kite,terpakse la cari peganti baru

Saya : Yakin ke dia ni betul-betul nak kat Ayeen?

Dia : Yup,sebab dia cakap dia tunggu saya dari dulu lagi,masa kenal kat tuisyen,form 2.(sekarang Ayeen di form 4)

Saya : Ok lah camtu..Tapi ingat lah,laki sume mulut lidah bercabang,termasuk saya.

Dia : Lagipun,dia cakap dia ikhlas,dia cakap dia nak kawin ngan Ayeen,tu yang Ayeen percaya.

Saya : Ooo,baguslah,harap2 kawin la ek.Nak dengar nasihat?

Dia : Ok gak…

Saya : Laki ni ada banyak jenis.Ada yang bila dia sayang sorang pompuan,dia akan sayang betul-betul.Biar datang Lisa Suriani depan dia pun,dia takkan tergoda. Ada gak yang jenis kaki pancing,bila dapat,dia buang balik.Ala,sport fishing.

Dia : Sport fishing?

Saya : A’a,bila dapat ikan,dia lepas sebab dia pancing bukan untuk makan tapi untuk main-main dan jenis yang ni memang ramai.Semua ayat-ayat bunga akan keluar dari mulut dia.Saya nak kawin dengan awak,saya tunggu awak bertahun-tahun lama,saya rela bunuh diri kalau awak tolak cinta saya,saya sayang awak,i luv u so much dan macam-macam ayat lagi akan keluar.Matlamatnya hanya satu,ikan yang dipancing termakan umpan yang diletak. Padahal, tyme cakap ‘i luv u’ tu,dot usha FB pompuan lain.

Dia : Teruknya laki…

Saya : Yup,memang teruk tapi itulah hakikatnya. Nak cari lelaki yang benar-benar nak kat kita(cakap macam saya perempuan,hahhaha),sama susah nak cari pompuan tutup aurat dengan sempurna.Banyak lagi trick-trick yang akan laki guna untuk pastikan pompuan yang dia nak,dia dapat.Tapi dia bukan nak betul-betul,kadang-kadang ada lelaki yang nak perempuan tu sebab kawan-kawan dia selalu cakap siapa dapat perempuan tu mesti hebat.Jadi untuk tunjuk dia hebat depan kawan-kawan dia,dia usha la pompuan tu.Pompuan yang memang mudah cair dengan pujuk rayu laki,memang akan termakan la dengan segala kata-kata manis beracun itu.

Dia : Lelaki tak bersalah ke buat macam tu?

Saya : Mungkin ada yang rasa bersalah tapi kadang-kadang,mungkin bila dia dengar seruan azan or tengah solat,dia insaf. Tapi insafnya tidak lama,bila dia bersendirian,mula lah dia cari balik perempuan-perempuan.Nak taw sumthing?

Dia : apa dia?

Saya : Tyme dia panggil Ayeen sayang,Ayeen rasa camne?

Dia : hahahha,segan lah..Rasa disayangi..

Saya : Lagi?

Dia : Takde,rasa disayangi je..Tapi membahagiakan..

Saya : Ayeen taw bila Ayeen panggil budak laki as Sayang even mesej,apa yang dia rasa?

Dia : Disayangi lah kot sebab tyme couple,sume orang cakap kalau nak tunjuk kita sayang kat dia,panggil lah sayang.

Saya : Rasa disayangi itu satu hal dan sebenarnya ada lelaki yang teransang dengan panggilan itu,lebih-lebih lagi yang call di waktu subuh.Konon-konon nak kejut subuh tapi sebenarnya nak dengar suara sayup-sayup pompuan tidur.

Dia : Mane taw sume ni?Cam mengarot je..

Saya : Saya sekolah sejenis dari tadika lagi hinggalah awal form 4,form 1 hingga form 3 tu dahlah sejenis,sekolah agama lak,memang kuat lah bincang isu-isu Munakahat(nikah kahwin) ni,kadang-kadang satu hari suntuk dot bincang benda-benda ni.

Dia : Oooo…

Saya : So,saya x kata couple tu dibenarkan or salah,cuma sebelum terima seorang laki,periksa dulu latar belakangnya, kenal familinya dan tanya ‘adakah nak kawin ngan saya,kalau nak,datang umah jumpa mak abah dulu’,kalau dia kata nak,ok go on la.

Dia : Thanx

Ya,tadi saya buka Facebooknya dan statusnya kembali single.Baru 3 minggu selepas saya memberi nasihat kepadanya dan saya tanya dia “dah clash ke?”

“Tak sampai seminggu pun”

Tak sampai seminggu?BUkankah dia tunggu kamu dari form 2 lagi?Wahai kaum hawa,teliti balik dan kaji balik apa yang berlaku di sekeliling kamu,kamu sangat senang dipermainkan,jangan sesekali keluarkan perkataan sayang dari mulut kamu sehinggalah orang yang kamu ingin panggil sayang itu berstatus suami kamu.

WAlaupun nasihat ini pasti menjatuhkan saham saya =P,tapi saya seru juga kepada semua kaum hawa supaya jangan sesekali termakan dengan godaan lelaki,tanya balik soalan yang saya tulis di atas dan pastikan dia adalah suami kamu,barulah kamu keluarkan perkataan sayang.

p/s: Ingatlah fitnah paling besar di akhir zaman ialah godaan wanita dan tanya diri kamu,adakah kamu ingin menjadi salah satu dari fitnah dunia? Manusia in mcm2 sikap...dh berbuih mulut bg nasihat... adoi... (Y_Y) diri sendiri kna perbetulkan dulu la..
sumber:http://azzariyat.com/aku-terima-cintanya/

.......................................

Fitrah_mujahidatunnisa bersyukur mendapatnya...

macho bergaya

bismillahirrahmanirrahim..

ari ni,kwn ak de cite..die masak ikan asam pedas..pstu,die terbubuh lebih asam,makanya..kemasaman ikan tu d tahap melampau..die pn xtau nk wtpe..die p la btaw kt kwn die yg lg sorg tu...pstu,kwn die tu pn dgn bangga dan bergayanye..die masuk dapur..pstu..die letak gula satu sudu,letak asam lg setengah sudu,letak air,letak cili..yg si kwn ak ni..da mula cuak..isk~rasanye td da masam..kalo letak asam ag,jd masam gler la..tp..d sebabkan gaya mutu keunggulan kwn die tu masukkn perisa2 tambahan tersebut ke dalam masakannya..makanya,die pn ase yakin dan memuji2 kehebatan kwnnye itu..

............................

si macho bergaya tu pn kuar dr dapur..pstu..si kwn ak tu pn,die cuba merasa hasil tangan masakan kwn die tu..

............................

"waaa...npe lg masam ni?! aduuhh..x pernah ak masak cmni..",kata member ak tu..wahaha..sian die..kwn die yg macho bergaya tu da merosakkn masakan die..pstu..die p btaw kt kwn die tu...jwpn yg die dpt...

--> biar xtau,asal macho bergaya!!

hahahaaha..kasihan2...sejak itu,ase gerun plak nk suh kwn die adjust sebarang masakan...ntah ape la bakal berlaku selepas ini...jeng..jeng..jeng.........

....................................

Fitrah_mujahidatunnisa tersenyum2...

Monday, July 26, 2010

seutas tasbih,sebuah janji..


AIR mata Pak Long sudah terkumpul dan tergantung di dagu. Perlahan-lahan ia memberat lalu menitis setitik demi setitik ke atas sejadah. Ada setitik dua mengena tasbih di tangan kanannya. Tangan yang sudah nampak berkedut sedikit, tetapi menegang urat-urat hijau. Aku memejamkan mataku seketika, cuba menghalau semacam keterharuan dan kesedihan. Jelas, aku tidak berjaya menghapuskan perasaan yang amat mengusik hati. Usikan itu bagaikan mendorong mataku (yang melihat Pak Long berwirid di satu sudut ruang tamu) supaya turut menitiskan air jernih seperti Pak Long. Ketika berjalan menuju ke bilikku dengan bibir terketap, aku dapat merasakan jolokan hatiku tadi benar-benar terlaksana.



Setelah menghempaskan tubuhku ke atas tilam katil dan menyembamkan mukaku di bantal, beberapa titik air jernih sudah tertitis ke bantal itu, membentuk satu bulatan besar, seolah-olah membentuk huruf 'O', kebetulan huruf pertama bagi nama Pak Long - Omar. Bahuku terenjut-enjut. Sebak dadaku bukan main. Kupejamkan mataku rapat-rapat. Dalam pejam mataku, aku dapat melihat kisah-kisah silam berputar semula seperti tayangan filem. Sungguh jelas. Mula-mula aku dapat melihat Pak Long seperti biasa menegurku dengan penuh sinis, panjang lebar pula seperti orang berkhutbah:

"Ini bukan cerita Hindustan, di mana kau boleh atasi masalah dengan menyanyi rayu atau beritahu masalah dengan hanya menyanyi tanpa berbuat apa-apa. Kau fikir cukup ke dengan air mata sebagai ubat untuk perasaan yang pilu? Ini hidup nyata, Tini. Kau mesti lakukan sesuatu dengan bijak dan realistik. Caranya tiada lain daripada belajar dan berusaha bersungguh-sungguh, kalau hendak lulus peperiksaan penggal akhir."

Berdesing telingaku pada ketika itu. Ketika aku dalam Menengah Lima dahulu. Pak Long tidak akan tahu kalau ibuku tidak memandai-mandai mengadu kepadanya. Benciku kepada Pak Long usah dikira lagi. Habis adegan itu, adegan lain menyusul di benakku. Kali ini disebabkan kenakalanku. Ibu amat marah dan kecewa. Marah kerana lidahku telah menderhaka kepada diriku sendiri. Kecewa, kerana aku tidak menunjukkan diriku sebagai wanita yang harus bersifat baik dan dihormati. Aku melihat Pak Long berkhutbah panjang lagi, tidak berhenti-henti macam kereta api ekspres dan dalam satu nafas. Kesian aku tengokkan.

Dia menukas: "Dalam hidup jangan suka berbohong. Jangan suka menipu. Berbohong dan menipu tak menguntungkan. Ini tandanya hati orang itu busuk dan jahat. Dan tidak Islamik. Juga membuat hati seseorang itu tak senang dan tenang. Tak kurang resah. Kalau hendak berhati tenteram kenalah bersikap jujur. Jujur kepada orang lain dan jujur kepada diri sendiri."

Aku membuka mataku. Berbinar-binar seketika. Apabila sudah menjadi sebati dengan keadaan dalam bilik yang diterangi lampu 40 watt, aku memusingkan badanku menghadap siling. Hidungku terasa berair juga. Aku mengesat-ngesat dengan belakang jari telunjuk. Dadaku terus sebak.

Pak Long, teguran Pak Long pada masa itu begitu pedas dan keras. Juga tajam. Dalam diam, Pak Long lebih menunjukkannya kepadaku. Pada tahap ini, aku merasakan apa yang Pak Long katakan itu sedikit pun tidak salah. Memang orang atau lebih tepat aku yang tidak jujur. Sentiasa hidup dalam ketakutan dan keresahan. Takut kerana rahsia buruk dan busuk diketahui orang. Resah kerana orang lain, lebih tepat si Jamil tidak mempercayaiku lagi. Perempuan apakah aku ini?

Pada Hassan aku kata 'cinta'. Pada Jamil pula aku kata 'sayang'. Dan akhirnya tembelangku pecah. Jamil yang amat menyayangiku terluka hatinya. Tergores, disiat-siat pedih dengan belati paling tajam. Maafkan aku, Jamil. Aku telah melaknati kasihmu. Maafkan aku juga Hassan. Astaghfirullah Al –Adzim.

Kini mataku terus memandang siling. Kali ini dalam mata terbuka, adegan lain ligat berputar di ruang mata. Aku dapat melihat Pak Long tidak habis-habis marah dan seperti berkhutbah lagi apabila dia mendapat tahu sikap ibu yang menjengkelkan hatinya. Tetapi puncanya tetap aku juga.

"Bedah, aku sangkakan kau telah berjaya membawa Tini balik ke pangkal jalan. Mengenal Allah setelah dia bertaubat dahulu," tekan Pak Long.
"Memang dia telah bertaubat," tingkah ibu bersungguh-sungguh.

Pak Long menggigit-gigit bibir. Kuat-kuat. Dia memandang ibu seperti hendak makan ibu layaknya. Matanya benar-benar mencerlang garang. Merah seperti biji saga. Dahsyat. Aku tahu Pak Long bukan saja marah. Dia sebenarnya berasa pilu berbaur kesal. Pilu kerana ibu katanya hanya pandai menyediakan wang yang mencukupi untuk aku melanjutkan pelajaran ke universiti. Pandai menyediakan selimut dan bantal serta pakaian tebal untuk aku tidur nanti di bilik sewa berhawa dingin di Kuala Lumpur. Kesal kerana ibu katanya lagi, sudah lupa satu perkara yang tidak boleh diambil ringan. Ibu hanya bijak mengambil berat akan kebajikanku termasuk perbelanjaan yang mencukupi serba-serbi itu. Kesian ibu dimarahi Pak Long. Ibu diam dan tidak berani menentang mata abangnya.


Sejak arwah ayah berpulang ke Rahmatullah beberapa tahun lalu itu, dialah yang banyak menolong kami. Pada tahap ini aku berasa lebih kesian kepada Pak Long. Tidak dapat dinafikan kerana daripada mata yang mencerlang garang, dia seperti kanak-kanak yang tiba-tiba kaya dengan air mata. Oh, Pak Long!

Kemudiannya aku tertanya-tanya apakah yang Pak Long kesalkan? Mengapakah ibu dimarah-marah hebat? Aku tidak kecewa kerana dari mulut Pak Long sendiri, dia menyahut pertanyaanku yang satu-satu itu. "Manalah Pak Long tak kesal, Tini," suara Pak Long bergetar panjang. Aku memandang tepat ke muka Pak Long yang air matanya sudah meleleh membasahi pipinya yang cengkung. Aku ingin benar bertanya apa yang begitu dikesalkan sampai ibu kecut apabila dimarahinya. Tetapi sebelum aku sempat berbual demikian, Pak Long yang berusia 60 tahun, lapan tahun lebih muda daripada ibu itu berkata, "Mak kau sudah lupa. Lupa menyediakan sejadah, buku Yasin dan telekung. Apa gunanya bertaubat kalau itu tidak dibekalkan untuk kau, Tini?"

Tersentak aku dibuatnya. Kecur air liurku. Terasa pahit apabila aku cuba hendak menelannya. Manalah tidak pahit kerana kata-kata Pak Long dalam dua ayat itu memang benar belaka. Aku mengutuk diriku sendiri kerana tidak terfikirkan perkara itu. Tidak terfikirkan begitu daifnya aku dan ibuku sendiri. Apakah dalam mengejarkan ilmu dunia, aku menjadi lalai? Kesian ibu. Lebih kesian kini Pak Long yang penyayang itu. Aku tahu kini perasaan Pak Long yang sebenarnya. Betapa remuk hatinya apabila kematian isteri dan anak perempuannya, Azizah. Kalau sepupuku tidak terkorban dalam nahas jalan raya bersama ibunya dulu, tentu dia sebaya denganku. Mungkin inilah agaknya Pak Long begitu mengambil berat terhadapku, seolah-olah aku adalah Azizah yang amat disayanginya. Seolah-olah akulah pengganti Azizah. Seolah-olah akulah penawar rindunya pada arwah Azizah. Seolah-olah aku adalah anaknya sendiri. Pak Long!

Bercakap tentang kesian, aku kini dibawa ke satu masa silam juga yang membuat kesianku kepadanya bercambah. Bercambah kerana Pak Long tidak habis-habis menegurku. Mulutnya seperti murai dicabut ekor, tetapi hatinya pada ketika itu tulus. Susah hendak mendapatkan orang yang baik seperti Pak Long. Aku masih ingat betapa Pak Long terbakar hatinya. Terbakar memikirkan satu lagi halku. Aku tahu kini kalau sikapku yang tamak ketika itu tidak dibetulkan, aku tentu tidak akan selamat dunia akhirat. Aku akan terus khayal dengan hal-hal keduniaan.

"Apa yang kau fikirkan tu, Tini?" Aku tidak segera menjawab. "Eh, budak ni. Mengapa Tini?" "Saya risau dan malulah Pak Long." "Risau? Malu?" "Manalah tak risau dan malu Pak Long. Saya sudah gemuk," sahutku sambil melihat diriku di cermin almari. Jelas terlantun wajahku yang berkulit cerah, berambut panjang, beralis tipis hitam pekat, berbaju agak besar dan berseluar panjang yang tidak pula menampakkan luruh punggung yang kental. Dan yang menjadi isu tubuhku yang sudah bertambah berat. Pak Long tersentak. Sampai kelu lidahnya. Agak lama baru dia menekan keras-keras, "Oh, risau dan malu. Orang-orang zaman sekarang termasuk kau sungguh menjengkelkan. Risau dan malu kerana gemuk konon. Tapi tak pula risau dan malu bila tak sembahyang. Kau nak jadi ahli neraka?"

Kini giliran aku pula tersentak. Lupa sekejap pada rasa malu dan risau kerana sudah gemuk. Terasa teguran Pak Long amat pedas. Amat tajam. Amat pedih. Dalam keadaan tersepit seperti itu, aku menjadi manusia yang tidak berani membantah. Kata-kata Pak Long yang pedas, tajam dan pedih telah terkumpul menjadi satu. Aku memang masih ingat lagi dengan jelas semua itu dan yang paling jelas ialah sesuatu yang paling tidak didugakan menimpa diri Pak Long sendiri. Ibu bagaikan tidak percaya. Mungkin tersalah orang, tekaannya.
Bagaimana mungkin Pak Long yang kaya dengan tegurannya padaku suatu masa dulu boleh tersasar begitu rupa? Aku hanya menenangkan hatiku dengan mendesis: "Pak Long juga manusia biasa. Lemah dan serba kekurangan juga. Sekali manusia tersalah langkah, parah. Pada tahap ini tidak dapat disangkalkan telingkah iman dan kufur selalu terjadi setiap detik dan hari. Sekalipun dia kuat sembahyang. Bukankah iblis dan syaitan memang menunggu peluang ke atas mereka yang lalai. Tetapi bagaimana Pak Long boleh lalai?

"Betul mak. Pak Long telah cedera parah. Kepalanya dipukul dan kakinya patah sebelah kanan. Banyak kehilangan darah, tapi Tuhan masih sayangkan dia," terangku kepada ibu apabila mendapat berita daripada kenalannya di Batam. Ibu hanya kaya air mata. Tersedu-sedu menahan sebak dan kesal berbaur marah? Aku ingin mengatakan perbuatan Pak Long amat memalukan, mengecewakan dan mengesalkan. Malu kerana bukankah Pak Long sembahyang tak tinggal. Puasa setia dikerjakan. Zakat fitrah tak pernah lupa. Sedekah tak usah dikira lagi. Kecewa kerana seorang lelaki Muslim seperti Pak Long tergamak menderhaka kepada Tuhan. Kesal kerana seorang yang dihormati seperti Pak Long boleh mudah terpengaruh dengan ajakan kenalan yang jahat dan kerana seorang perempuan muda lagi jelita di Batam itu, dia habis. Imannya tergugah. Punah! Juga aku ingin menambah lagi kerana setitik madu Pak Long menjadi pelupa dan hanyut. Masya-Allah.

Tetapi aku padamkan saja keinginan itu. Tidak mahu hati ibu bertambah luka dan duka. Cukuplah. Hatinya benar-benar terguris. Tersiat maha pedih. Sekalipun Pak Long tersasar, dia tetap abang ibuku. Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga. Tetapi apabila difikirkan masak-masak, aku menjadi tidak peduli. Kalau kepada ibu tak akan kukatakan dengan lebih lanjut, kepada Pak Long aku masih mahu menegurnya. Kalau Pak Long hendak mengecapku kurang ajar, biarkan. Kalau Pak Long hendak menuduh aku semata-mata membalas dendam ke atasnya, biarkan. Dan jika dia hendak memarahi aku kerana tidak menghormatinya lagi kerana setitik madu itu, aku lebih tidak peduli. Juga biarkan. Ya, aku tidak peduli langsung kalau Pak Long atau ibuku sendiri akan membidas aku sebagai ada jebat yang derhaka dalam jiwaku. Ataupun di dalam hatiku pula ada api yang membara. Yang penting, Pak Long mesti diingatkan. Mesti!

Dan aku pun menunggu masa yang sesuai. Menunggu sehingga Pak Long dipindahkan dari hospital di Batam ke Hospital Besar di tanah air. Pak Long tidak perlu bercerita apa-apa yang terjadi di Batam. Semua orang sudah tahu. Seorang lelaki 60 tahun telah dirompak dan dipukul hingga cedera parah selepas menjunjung piala kasih sayang dengan perempuan muda yang lebih kurang seusia dengan anak saudaranya - 25 tahun. Berdesing telinga apabila ada orang sengaja mempersendakannya dengan penuh sinis: "Orang tua tu 'bum boat'. Mana dia ada tenaga hendak lawan 'speed boat'? Nasib baik dia kena rompak, kalau kojol terus atas katil, macam mana? Kena pelukan perempuan muda, habis! Sejadah tercampak entah ke mana? Kiblat pula entah ke mana arahnya? Cakap saja bijak, tetapi satu habuk pun tak boleh pakai."

Dalam kekesalan dan kekecewaan bebaur marah, terasa kesian pula apabila aku melihat kepala Pak Long yang berbalut. Mukanya lebam-lebam dek ditumbuk. Bibirnya luka-luka ditangani perompak. Dan dengar kata perompak itu kekasih perempuan yang telah mengoyak-ngoyak iman Pak Long. Kaki kanan Pak Long tak terangkat kerana dipukul dengan sebatang kayu. Ada air jernih bergenang di mataku. Agak lama Pak Long di hospital. Apabila sudah agak sembuh, muka dan bibir Pak Long kembali asal. Cuma kaki kanannya tempang apabila berjalan.

Pada suatu pagi di rumahku (Pak Long sudah tinggal bersama kami selepas kejadian itu), aku meluahkan keinginanku yang sudah lama terpendam. Dan tidak lupa aku tambah dengan panjang lebar yang berbunyi begini: "Ingat, Pak Long akan janji Tuhan. Pak Long juga kata, kematian adalah janji Tuhan yang paling akrab dan tidak tergelincir walau sesaat pun. Dia tidak akan mungkir. Jangan tunggu sampai disembahyangkan sebelum sempat bertaubat dan bersembahyang dalam erti kata yang sebenarnya. Biarlah kita mati dalam iman."

Aku menantikan Pak Long yang bersejemput janggut di dagu itu bersuara. Suara yang akan mengecapku kurang ajar. Tuduh aku pendendam. Bidas aku apa saja. Ya Allah mulutnya yang macam mesingan dulu bagaikan kehabisan peluru. Tiada lagi api. Pak Long hanya tunduk sambil mengetap-ngetap bibir. Badannya kulihat menggeletar. Di atas sofa ruang tamu aku terus menyerang, "Pak Long bernasib baik. Wang yang dirompak boleh dicari. Iman yang menipis boleh ditebalkan dengan kembali kepada perintah Allah dengan lebih setia. Tapi nyawa Pak Long tak boleh dicari ganti bila dicabut malam itu."

Pak Long yang kurus tinggi, bermisai nipis dan berambut kerinting agak menipis dan sudah banyak putih daripada hitamnya itu kian tunduk. Ketapaannya kian kuat. Aku terus menambah, "Pak Long, saya sayangkan Pak Long. Manusia manalah yang tak buat silap. Dulu Pak Long pernah menghadiahkan saya seutas tasbih dan mahu saya berjanji supaya teguh dengan taubat saya. Saya patuh. Kini saya hadiahkan seutas tasbih juga. Ini bukan untuk balas membalas. Tidak sesekali. Saya rasa tak salah bagi orang lebih muda seperti saya mengingatkan kepada orang yang lebih tua seperti Pak Long supaya berjanji juga agar tidak kesasar lagi. Ya, berjanjilah untuk kembali ke jalan yang diredhai Allah. Kerana janji Ilahi tak pernah mungkir. Orang yang beriman akan diberi ganjaran yang setimpal. Pak Long masih ingat, 'kan?"

Ya Allah bergetarnya suaraku. Mataku terasa berpasir. Ibu ada pada pagi itu. Dia tidak menegah aku. Dia tahu aku bukannya sengaja hendak mengasari Pak Long. Dia tahu aku sayangkan Pak Long. Dan Pak Long sendiri pun tahu aku amat menyayanginya. Kalau sekalipun dia bukan Pak Longku, aku akan tetap menasihatinya kerana sebagai sesama Muslim bukankah itu satu sikap yang digalakkan agama? Aku bangun berdiri lalu keluar dari bilik untuk ke dapur, hendak membuatkan teh susu panas kesukaan Pak Long. Untuk membasahi tekaknya setelah berwirid panjang nanti. Angin 9.00 malam menyerbu masuk melalui jendela yang terbuka, melenggang lenggokan langsir hijau daun. Ibu di biliknya. Berehat setelah bersolat Isyak bersamaku tadi dan makan ubat. Ibu sering sakit-sakit sejak peristiwa melibatkan Pak Long yang memalukan di Batam dahulu. Peribahasa lama itu ternyata benar dan sahih ke atas dirinya. Apabila ada orang mengejek Pak Long, dia merasa tempias sinisnya. Apabila ada orang mempersendakan Pak Long, dia merasa percikan ejekan pahit itu.

Rumah tiga bilikku di tingkat sepuluh sunyi. Tetapi aku lihat mulut Pak Long tidak pula sepi daripada terus berwirid panjang. Sepanjang rantaian biji tasbih yang kuhadiahkan kepadanya. Hadiah berulit janji yang tidak diingkarinya sejak peristiwa yang menggugat keluarga kecilku. Sebuah janji bukan untuk diriku atau dirinya sendiri, tetapi lebih kepada janjinya kepada Tuhan yang benar-benar pula tidak mungkir janji-Nya.


Biodata Penulis
PETER Augustine Goh adalah nama pena bagi Iskandar Goh Mey Teck. Dilahirkan di Melaka pada 1953 dan menerima pendidikan di Malaysia selain Singapura. Terbabit dalam genre cerpen, novel dewasa, novel kanak-kanak, puisi, drama TV dan radio serta kritikan sastera. Memenangi sejumlah anugerah sastera termasuk Hadiah Pena Mas (Kategori Cerpen) 1995, 1999 manakala puisi (2003). Novel terbarunya, Warna Sebuah Penghijrahan, menemui khalayak pada 2005 dan antologi cerpennya, Hati Yang Terusik, (2006). Warna Sebuah Penghijrahan turut disenaraipendekkan untuk Hadiah Sastera Singapura (Bahagian Melayu) 2006. Kini bertugas sebagai penterjemah dalam perkhidmatan awam di Singapura.

http://uniqueummah.blogspot.com/2010/07/seutas-tasbih-sebuah-janji.html

..........................................

Fitrah_mujahidatunnisa termenung sebentar...

istimewanya seorang isteri..


bismillahirrahmanirrahim..

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka.......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..
Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak..
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah,
Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami.."offer" lah pada suami,
Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak..ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih.

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu .
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......

.........................................

Fitrah_mujahidatunnisa nk jd isteri solehah!

Sunday, July 25, 2010

sama...


bismillahirrahmanirrahim..

menggedix nk mengimbas persamaan dgnnya..

...............

part 1....

nisaulfadhilah : exm ble?

mujahid : 27hb julai 2010..awk?

nisaulfadhilah :27hb julai 2010 gk..sama la kita..

mujahid : aah la..sama..

...............................

part 2....

mujahid : de member dr u.k datang..tp segan la nk bercakap b.i ke b.a ke dgn dorg depan dak melayu yg len..so,diam je la..

nisaulfadhilah : erk..sama perangai dgn sy...(apekah?!)

..............................

part 3....

mujahid : awk anak ke berapa dlm family?

nisaulfadhilah : anak sulung..awk?

mujahid : anak sulung gk..

apekah?!..............

...............................

part 4....

nisaulfadhiah : awk ni ske marah2 la.sama je prangai ngn sy..huhu..

mujahid : tu namanya sehati sejiwa..

...............................

part 5....

nisaulfadhilah : npe x dok umah sndr?asik merayap je..

mujahid : takut la nk dok umah sensorang..

nisaulfadhilah : hahaha..nme je boy,tp penakut..sama je perangai cm sy..(tbe2 je teringat saat2 d tgglkn kwn2 umah..pasang ayat quran kuat2 pstu tdo dalam ketakutan..isk3..jgn anak2 ikut perangai ni da la..~)

................................

part 6....

*gaduh2..dan trus bergaduh..bercakaran@bergaduh mulut antara 1 sama lain..

nisaulfadhilah : isk awk ni..klo 1 ari x sakitkan ati sy xleh ek?

mujahid : ala..awk pn sama je..npe?nk cri gaduh?

nisaulfdhilah : isk..kejam la org tua ni..ske btol cri gaduh..(walhal ak yg mulakan dl..hak3..)

mujahid : tu la nmenye kite pasangan paling unik...

...................................

de bnyk lg persamaan kami..yg pasti..dua2 ego..dua2 nakal..dua2 keras kepala..dua2 pandai..dua2 comel..dua2 kurus..dua2 kejam~wahaha...

....................................

fitrah_mujahidatunnisa tengah sewel...

ramadhan..


Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 183 :
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. “

Bulan Ramadhan tidak boleh dibandingkan dengan bulan yang lain kerana padanya terdapat perlbagai kelebihan dan keistimewaan serta limpahan rahmat dan keampunan daripada Allah. Sabda Rasullah Saw :
Maksudnya : “Apabila datangnya ramadhan, maka dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan.” (Muttufaqun ‘Alaihi)

Sabda Baginda SAW :
“Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dinamakan Ar Rayyan, orang-orang yang berpuasa sahaja memasukinya manakala orang lain selain meraka tidak dibenarkan masuk.” (Muttufaqun ‘Alaihi)

Sabda Baginda SAW lagi :
“Bagi orang yang berpuasa itu merasai dua kegembiraan iaitu apabila berbuka puasa dia gembira dengan berbuka puasanya dan apabila dia bertemu dengan Tuhannya dia gembira dengan ibadat puasanya,”

Rasulallah SAW juga menyatakan bahawa orang-orang yang berpuasa mendapat kemuliaan disisi Allah SWT sebagaimana sabda Baginda SAW :
“Demi Allah yang Muhammad berada di dalam genggamannya, bahawasanya bau mulut orang-orang yang berpuasa itu lebih harum baunya disisi Allah daripada bauan kasturi.” (Muttufaqun ‘Alaihi)

Bahkan lebih inda lagi apabila bulan ramadhan ini dikaitkan dengan penurunan Al-quran sebagaimana firman Allah SWT :
Maksudnya : “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.”

Alangkah istimewanya ibadah puasa kerana dinisbahkan secara khusus kepada Allah SWT sebagaimana sabda Rasulallah SAW : Maksudnya : Allah SWT telah berfirman : “Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa. Ia adalah untukku dan Akulah yang akan membalasnya.” (Muttufaqun ‘Alaihi)

Seterusnya, keistimewaan yang amat dinanti-nantikan dan menjadi idaman setiap insan yang dahagakan ganjaran pahala daripada Allah SWT iaitu malam Lailatul Qadr. Firman Allah SWT : Maksudnya : Sesungguhnya telah kami turunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadr. Tahukah engkau apa itu malam Lailatul Qadr? Malam lailatul Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Turun pada malaikat dah ruh (Jibril) pada malam itu dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Selamatlah malam itu sehingga terbit fajar. (Surah Al-Qadr).

.......................................

Fitrah_mujahidatunnisa menanti kehadiran Ramadhan..

wanita..


bismillahirrahmanirrahim..

Jangankan lelaki biasa..
nabi pun terasa sunyi tanpa wanita..
tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah..
masih mencari walau ada segalanya..
apa yang ada didalam syurga..
namun Adam tetap rindukan Hawa..
dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok..
untuk diluruskan oleh lelaki..
tetapi seandainya lelaki itu tidak lurus..
mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah..
kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah..
didiklah mereka dengan panduan dariNya..
jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta..
kerana nantinya mereka semakin liar..
jangan hiburkan mereka dengan kecantikan..
kerana nantinya mereka semakin derita..
kenalkan mereka kepada Allah..
zat yang kekal..
disitulah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya tebalkan ia dengan ilmu..
hati serapuh kaca kuatkan dengan iman..
perasaan selembut sutera hiasilah dengan akhlak..
suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabb.
bisikan ketelinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan..
ia bukan diskriminasi Allah..
sebaliknya disitulah kasih dan sayang Allah.

Wanita yang lupa akan hakikat kejadiannya..
pasti tidak akan terhibur..
dan tidak akan menghiburkan..
tanpa iman ilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus...
bahkan akan semakin membengkok..
itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya.

Bila wanita menjadi durhaka..
pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara..
lelaki pula jangan mengharapkan ketaatan semata mata..
tapi binalah kepimpinan..
pastikan sebelum wanita menuju Ilahi..
pimpinlah diri kepadaNya..
jinakkan diri kepada Allah..
nescaya akan jinaklah segala galanya dibawah pimpinanmu..
janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az Zahra r.a.
seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah...

...............................

Fitrah_mujahidatunnisa mencari cinta ILAHI..

Saturday, July 24, 2010

Ya Man Yara /يا من يرى



lihat la keagungan ALLAH..subhanallah!

tp de kesilapan di dalam penterjemahan video ni..

يا من يرى <-- WAHAI YANG MELIHAT...kalo nk gne oh lihatlah! kita perlu gne fi'il amar (suruhan@perintah) dan perkataan yg sesuai tuk oh lihatlah! adalah انظر!

...............................

Fitrah_mujahidatunnisa memuji2 kebesaran ALLAH..

ketika ALLAH memilihmu untukku...


bismillahirrahmanirrahim..


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..

..............................

Dari Ummu Salamah, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : "Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meridhoinya, maka ia akan masuk surga." (HR. Ahmad dan Thabrani)

...............................

Fitrah_mujahidatunnisa bersyukur ke hadrat ILAHI..alhamdulillah..

bersabarlah wahai wanita...


‎bismillahirahmanirrahim..

"Duhai wanita solehah,jgn risau akn jodohmu kerana muslimin yg bijaksana itu tidak terpaut pada wanita hanya pada kecantikan dan lirikan manja,pada bicara manja yang menggoda,pada pujuk rayu yang meruntuhkan imannya.Sesungguhnya lelaki itu pemimpin pada wanita.Andai belum sampai jodohmu,anggaplah lelaki itu sedang membina kepimpinannya bagi memimpinmu,kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya dan lelaki yang benar-benar layak pasti hadir untuk melengkapkan dirimu"

...................................

makanya,bersabarlah wahai wanita solehah..

janganlah dikau merendahkan dirimu demi menagih cinta seorang insan bernama lelaki..

tetapi,terus-terusan berdoa dan berusaha mempersiapkan dirimu untuk menyambut kehadirannya dalam hidupmu..

ayuh bersama berusaha menjadi wanita solehah..


Fitrah_mujahidatunnisa terlalu bersemangat!!

Are Buddy - Lukisan Rindu




lagu nasyid mengenai Rasulullah..sgt menyentuh perasaan..

yaRasulullah..kurniakan syafaatmu kepada kami..

>>>ummati...ummati...ummati...lafaz terakhir yang terungkap di bibirnya saat nyawa baginda di penghujungnya..

apakah yang kita lakukan untuk baginda?untuk ALLAH?untuk ISLAM?

contohi sirah baginda..moga menjadi penguat diri di dalam menghadapi cabaran dunia..

sollu alan nabiyyina...ALLAHUMMA SOLLI ALA SAIYIDINA MUHAMMAD..

Fitrah_mujahidatunisa merindui Rasulullah..kekasih ALLAH...

si penjahat kecil..


bismillahirrahmanirrahim...

dari amir bin saad dari bapanya (saad bin abi waqas) r.a katanya : sesungguhnya nabi telah memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya 'si pnjahat kecil'..~hadith riwayat muslim~

..............................................

berlaku sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim a.s semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya,seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk ALLAH yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, "Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik,sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu". Lalu dijawab oleh burung tersebut, "Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut ALLAH akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama ALLAH, dan ALLAH tida akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api atau pun tidak". Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan).

..............................................

Jadi,kita sebagai umat ISLAM..umat pendokong agama..tepuk la dada,tanya la diri sendiri..apakah yg telah kita lakukan demi agama ALLAH ini?

Tidak takutkah pada persoalan ALLAH di akhirat kelak tentang apa yang telah kita lakukan sepanjang idup di dunia ini?

............................................

Hidup kerana ALLAH dan ISLAM..

inna solati wa nusuki wa mahyaya wa mamati lillahirabbil alamin..

YaALLAH,hidupkan kami dengan iman dan matikan kami dengan iman...ameen..


Fitrah_mujahidatunnisa mengkoreksi diri..

Friday, July 23, 2010

risau...


bismillahirrahmanirrahim..

>>> pg td,dpt msj bertulis cmni...

"salam,lutut sakit balik mcm haritu"

yaALLAH,kurniakan kesihatan tubuh badan kepadanya..
sembuhkan penyakitnya..
kuatkan lututnya..
ameen yaRABBAL alamin...

........................................

ak yakin ALLAH mahu menguji kami..moga ujian ini dapat mendekatkan lagi diri kami kepadaMU..ujian kesakitan yang membawa kita menyedari erti sihat..ujian yang menambahkan lagi keyakinan dan pergantungan kepadanya..berdoa dan terus berdoa..

cik nisaulfadhilah snts mendoakan kamu....yaALLAH.........=(

..............................................

fitrah_mujahidatunnisa d landa kerisauan..

menjemput bidadari by epicentrum..


bismillahirrahmanirrahim..

lagu nasyid yang berjaya men'tackle' hatiku..layaaannnnn~~

1..2...3..nyanyi...................

Bila yakin telah tiba
Teguh di dalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia-sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Segera kan ku jemput engkau bidadari
Bila tiba waktu ku temukan,aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku di langkah ini
Di penantian hakikat diri
Dan izinkan ku jemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu sepenuh hati...

Kini yakin telah tiba
Teguh di dalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun kebumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Bidadari telah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari telah menyapa jiwa
Memberikan makna

.........................................

fitrah_mujahidatunnisa menanti untuk d jemput..

Wednesday, July 21, 2010

hapuskan air matamu..

bismillahirrahminirrahim...

ari ni ari penentu masa depanku..mudah2an ALLAH permudahkan segalanya..ameen..

mama,abah..doakan along..(sgt mengharap doa dan restu mereka)..

tika daku sedih..tika daku putus asa..tika daku kecewa..mereka hadir membawa cahaya kgembiraan..ak amat bersyukur yaALLAH..alhamdulillah..

mekasih rakan2..mekasih adik2..doakan urusan tasjil madah daku ari ni d permudahkan dan berjalan lancar..

8 madah tuk fasal awwal @ 6 madah fasal awwal n 2 madah lg fasal thani...>>> pilihan d tanganku..yaALLAH..bantulah hambamu ini..

........................................

nasyid ni ak dpt dr fb ak...mekasih dak adab...let's check out...layaaaannnn~~ (penuh maksud tersirat..lihat la nasyid ni dgn mata hati..)



fitrah_mujahidatunnisa menghapuskan air matanya..

semangat..


bismillahirrahmanirrahim..

"Perubahan ini menyakitkan. Selagi kita tak berubah, orang sekeliling sama saja. Ketika kita berubah, orang sekeliling kita dah jadi lain. Perasaan kita, ke memang macam tu? Daripada jahat jadi ke baik, daripada malas ke rajin, daripada benci ke sayang. Perubahan=Peralihan. We must become the change we want to see. Kalau daripada jahat ke baik, memang sakit. Tapi sakit itulah pemanisnya. Asam garam perubahan. Perubahan jiwa. Perlu kuat."

credit to : dak adab...

..........................................

cakap pasal perubahan ni..ak ase cm bnyk kisah menarik ak nk share ngn korg sume..

perubahan daripada jahat kpd baik..perubahan daripada jahiliyah kpd islam..dan segala2 perubahan la..

"ak adalah ak,snts menjadi ak dan sampai ble2 menjadi ak.."

yeah..ayat d atas mmg tepat skali tuk ak..tp..perlu gk membuat timbang tara..untuk menjadi ak tu..ak yg macammana?ak yg bek @ ak yg jahat?ak yg comel @ ak yg manis?ak yg gemok @ ak yg kurus?ak yg islam @ ak yg jahiliyah?makanya..kpd 'aku2' sume..marilah kite bermuhasabah balik..'ak' yang cmne yg kite nk jadi..

bumi anbiya' adalah bumi para nabi..bumi barakah..tp org2 musyrik,org2 kufur juga muncul di sni..bak kata pepatah.."kt sni ni..kalo yg bek tu bek cm nabi musa..tp kalo yg jahat tu..jahat cm firaun.."nauzubillah..~~

makanya..kite la yg perlu mencorakkan diri kita..nk jadi apa?nk berpenampilan cmne?nk bersikap cmne?dan sebagainya..anda adalah penentu diri anda...

kalo ak???

>>> perubahan jahiliyah kpd islam..yeah! mmg xleh d sangkal..ak sgt bersyukur tercampak d bumi syam ini..urdun awwalan..yeaaahhh!! uhibbuka ya ard urdun! bumi yg mengajar ak cara idup sbgai muslimah sejati..muslimah pendokong agama..sgt2 bersejarah bumi ini..alhamdulillah..moga hidayah yg ALLAH campakkan ke dalam hati ini akan terus mekar dan subur dgn cinta kpdNYA..ameen..

>>> perubahan gemok kpd kurus..haha..yg ni xleh blah skit..tp mmg hakikat pon..kadang2 ase bangga gk..sbb dak2 batch ak sume kenit2..comel je..berat kami sume under 47kg..antara kami yg plg tinggi pn 156cm..ak??rahsia..(rendang ag kot?huhu)..dorg la ajar ak makan sehari sekali..makan skit2 aje..hasilnya..tunggu den balik msia la ye..nnt den nk wt surprise kt mama n abah..insyaALLAH..(bajet slim gler..wahaha..)

>>> perubahan nakal kpd sopan..hahahaha..ni ak sorg je yg perasan sendiri..tp ak ase..ak cm da semakin polite..bak kata ak..ak lah perempuan melayu terakhir zaman ni!! hahaha..isk3...pmpn melayu gelak sopan la..(hihi..<-bajet sopan)

>>> perubahan penampilan..alhamdulillah..skang da mula pakai busana muslimah yg sebenar..moga ALLAH istiqamahkan hati ini..ameen..

>>> perubahan kecil kpd dewasa..skang ak da mula menjadi matang..kalo dl,lampi skit nk berfikir..skang..otaknye cm ligat je..banyak idea boleh d kuarkan..tp ingt..sume tu adalah kurniaan ALLAH..ucaplah..alhamdulillah..

>>> perubahan status..hahahaaa..yg ni..rahsia dl..sampai masanya..br ak revealkn kt sume penduduk d alam semesta ni..ekeke..

ha..da la..nnt cerita lagi..nk solat isyak dl ni..daaaa~~


fitrah_mujahidatunnisa memohon penetapan hati drNYA..

ujian ALLAH...


bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah..selesai solat maghrib..selesai berbicara dengan tuhanku..hati mula menjadi tenang..setenang air d laut..setenang angin yang menyapa lembut wajah..subhanallah..maha suci ALLAH..

ari ni..ak belajar banyak perkara..kesabaran,pergantungan padaNYA,persahabatan,ujian ALLAH dan kegembiraan..segala2nya berlaku dalam masa yg singkat..sggh membuatkan ak terpaku..yaALLAH..sggh ak insan yg berdosa..sggh ak insan yg lalai..sggh ak insan yg x sempurna..maka,kurniakan limpah dan rahmatMU kepada ak dan mereka semua..ameen..

td patutnye ak tasjil madah tuk fasal awwal..tp setelah ak cuba banyak2 kali,ak tetap xleh masuk web tu..pada mulanya,ak cool je sbb sblm2 ni pn,normal je kalo lambat skit masuk..tp..setelah lebih 30minit xleh masuk,ak mula da x senang..mata pn da mula berair..ak trus tegur kawan2 batch ak.."weh,korg da tasjil k?ak xleh masuk lg la..(sambil mata mula berkaca2,suara mula bergetar..lantas.......menangis dan terus menangis..) saat tu..cuma satu je dalam fikiran ak..yaALLAH..adakah ini balasan daripada dosa2 yang pernah ak lakukan d sepanjang hayatku?sggh ak x berdaya..ak menangis dan terus menangis..berusaha untuk masuk ke dalam web tu (www.yu.edu.jo...pstu masuk 'sis' tuk tasjil madah)..tp..hampa..ak cuba sampai 1 jam..tetap xleh..kawan2 ak sume bg semangat kt ak..dorg tlg ak masuk dlm web tu gk..tp tetap x berjaya..saat cemas mula terasa..ak tanpa segan silu menangis dengan teruknya..(da lame x nngs cmtu..hehe..)..kwn2 ak trus memujuk..dan saat ini,ak terasa bersemangat..sahabat2..maafkan daku..maafkan ak kerana melarikan diri dari kalian..maafkan ak kerana membiarkan kalian..maafkan ak kerana sikapku..yaALLAH,sggh ak hamba yg berdosa..sggh ak insan yang tidak menghargai persahabatan..mudah2an apa yg berlaku hari ini menjadi pengajaran kepadaku agar menghargai sebuah persahabatan dan kasih seorang sahabat..ameen yaRABB~

setelah jam menunjukkan kul 6 lebih petang,salah sorg dr sahabat ak tegur ak..
sahabat : "salam,weh,ko xleh tasjil lg k?madah ko tggl bpe?"
ak jwb : "madah ak tggl 8..aah xleh masuk ag..ak cuma mampu nngs je weh..uwaaa..(air mata mmg deras mengalir)..
sahabat : "ko jgn nngs2..ak ase ko terlist dalam yg khirij fasal awwal sbb madah ko tggl 8 n 1 madah mungkin balash"
ak jwb : "ak x amik ag ulum askari.."

......................................

ok..pengajaran dari cerita ni..br la ak tau,yg sebenarnya..ak adalah org yg terlist dalam khirrijat yang khirij fasal awwal..cmne la ak leh xtau?kn da mslh..patotnye ak tasjil smlm..bkn ari ni..huhu..makanya..sok ak kne g ngn sahabat2 ak tuk menguruskan madah2 ak sem depan..sggh besar pengorbanan kalian..moga ALLAH membalasnya dengan kebaikan..ameen..(tp dorg mntk den belanja papa johns..xpun popeye..tp den nk belanja texas la..xpe kn korg??hehe..) mekasih banyak2..

skang ati ku da lega..da tenang..alhamdulillah..walaupun semua yg berlaku dalam jangka masa yg pendek..4:30 petang - 6 lbey petang..tp dalam masa ni,banyak menda ak belajar..mata 4 ni dan mata hatiku terbuka luas..sggh ALLAH mahu aku belajar sstu ari ni..alhamdulillah..

bak kata adik juniorku.."ntah2,sbb akk konfiden sgt dpt madah tu kot..tu pasal xleh masuk web ni..patutnye ckp la insyaALLAH."..sggh ak terdiam..dan membuatkan ak terfikir..yaALLAH,ak telah lalai daripada mengingatimu..ampunkan dosaku yaALLAH..ampunkan dosa2 kami yaALLAH..ameen..

.....................................

kite tunggu berita esok ya..

fitrah_mujahidatunnisa sedang di uji oleh PENCIPTANYA..

darah manis...


bismillahirrahmanirrahim...

selamat pagi sume..ari ni ari jumaat,ari yang merupakan penghulu segala ari..jgn lupe al-kahfi ye..=p

hmmm..darah manis..apa itu darah manis?mekasih kepada ustaz sulaiman sbb sebut darah manis ni time AGM ari tu..cm menarik je..ahaha..(membuka minda ahli PERMAI tuk lebih mengkaji bahasa melayu klasik ni..keh..)

............................................

17 JULAI 2010 - Sabtu..(engagement day)

alhamdulillah..

pihak sana datang rumah..1st time dalam idup..1st time dalam sejarah family..

moga perhubungan mendapat keberkatan dr ILAHI..ameen..

“Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara ini; kerana kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka REBUTlah kerana agamanya. Justeru itu akan beruntunglah kedua2 tanganmu.”

.............................................

fitrah_mujahidatunnisa menjadi mawar berduri..

Tuesday, July 20, 2010

bidadari by munif ahmad..


Bidadari..Bidadari...
Temanilah resahku

Bidadari..Bidadari..
Tenangkan-lah Jiwaku

Sumpah Setia
Hidup Mati
Selamanya
Kerna Kau Isteriku
Isteriku Tercinta
Pelengkap Rusuk Diriku

Bidadari..Bidadari..
Jadilah pendampingku

Bidadari..Bidadari..
Jadilah sang setia

Kerna Cinta
Cinta Suci
Ertinya Tidak Pernah Sepi
Sepi daripada
Cubaan yang tak terduga

Kau Umpama Bintang Utara
Penunjuk Jalan yang terang
Kau beri harapan
Saat ku jatuh bangun semula

Kau Berikan Sakti Cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita
Cinta Abadi HANYA di Syurga

Monday, July 19, 2010

مادة للفصل الأول


bismillahirrahmannirrahim..

askum pembaca blog kami..

moga ceria2 slalo seperti cerianya matahari menyinari bumi..

sj nk menconteng2 blog ni sementara menanti jam 4:30 petang (waktu jordan) tuk tasjil madah..

adeehh..pening pale den ni ha..xtau cmne nk arrange madah ni..mmg nmpk gayanye sem depan den tersangat la bz..xde masa nk balik umah tuk men masak2..harap org tu dapat menahan perutnye la ye..wahaha..

hurmm..moga madah yang ak dapat kali ni,adalah madah yg terbaik ALLAH da tetapkan untukku dan untuk si dia..

sibuk dengan pelajaran jangan sampai terabai rumah yang bertangga d dpn dan d sebelah kiri tu ya wahai cik nisaulfadhilah..

alhamdulillah..tinggal 8 madah je lg kne tempuh..tamat je tasjil 4:30 ptg ni..jumlah madah yg berbaki hanyalah 2 sahaja..makanya..ak kne dptkn 6 madah tuk fasal depan secara tunai! tunai ye kengkawan!! moga ALLAH permudahkan segalanya..ameen..

fasal awwal bakal membuka lembaran baru bagiku..berubah status..berubah tahun belajar..berubah rumah..berubah kawan serumah..berubah segala2nya..moga perubahan itu adalah perubahan yang baik dan positif..berubah mencari REDHA ALLAH~~

kata2 dia.."hmm..kls start kul bpe sampai kul bpe?nnt nk makan pg n tengahari cmne?"

wokeh..sy da mula pening..doakan yg terbaik tuk sy supaya sy leh masakkn tuk awak ble2 masa je..kalo xleh..masak skali banyak n pandai2 la awak panaskan sbb sy ssh nk balik umah..wuuu~~maafkan sy.....~~

ok la..mau bersiap sedia ni..berjuang mencari sisa2 madah di dalam www.yu.edu.jo..chow dl..daaaa~~

ilalliqa'...

~fitrah_mujahidatunnisa menjadi pejuang agama~

Thursday, July 15, 2010

sakti cinta...




bismillah pembuka bicara...

sebutlah dengan nama tuhanMU..
moga kau akan terus teguh pada jalanNYA..

berselawat ke atas junjungan besar rasulullah s.a.w..
moga kau akan dikurniakan syafaat d akhirat kelak..

basahkan lidah dengan kalam suci al-quran..
moga ia dapat membantumu dalam menyelusuri hidup ini..

amar makruf nahi munkar..
moga dapat membentuk muslim sejati..

~alhamdulillah..setinggi-tinggi pujian kami panjatkan ke hadrat ilahi...~

moga cinta suci ini sentiasa di dalam redhaNYA..

moga cinta murni ini dikurniakan keberkatan olehNYA...

tiada yang kami dambakan selain cinta ALLAH dan kasih rasulullah..

"yaALLAH,bantulah kami dalam menempuh alam rumahtangga ini..kurniakan kami pasangan hidup dan zuriat yang soleh dan solehah..moga kami dapat berkumpul dan berjumpa di dunia sebagai pendokong agamamu dan berkumpul dan berjumpa semula di akhirat sebagai hambamu yang beriman..masukkan keluarga kami ke dalam syurgaMU...kuatkan hati2 kami..simpulkan tali2 cinta ini agar ia snts teguh dan utuh dengan sinar islam..eratkan perhubungan ini..moga cinta yang terjalin berkekalan hingga ke syurga..ameen..ameen yaRABB.."



~sakti cinta..fitrah_mujahidatunnisa~