Followers


Thursday, July 29, 2010

haiya bilughah arabiyah 2

bismillahirrahmanirrahim..

Keadaan-keadaan yang menyebabkan suatu isim menjadi marfu’, manshub, atau majrur


Isim-isim yang marfu’

Suatu isim menjadi marfu’ dalam 6 keadaan:

1) Mubtada’ (المبتدأ)
Iaitu isim marfu’ yang terletak di awal kalimat.

Misal : الكتابُ جديدٌ (Alkitaabu jadiidun) = Buku itu baru
Kata الكتاب (= buku) merupakan mubtada’, kerana terletak di awal kalimat.


2) Khobar Mubtada’ (الخبر)
Iaitu yang menyempurnakan makna mubtada’.
Pada kalimat الكتابُ جديدٌ di atas, kata جديدٌ (= baru) merupakan khobar, kerana menyempurnakan makna mubtada’

3) Isim kaana ( اسم كان) dan saudara-saudaranya
Iaitu setiap mubtada’ yang dimasuki oleh kaana atau saudara-saudaranya.

Misal : كان الكتابُ جديدًا (Kaana al kitaabu jadiidan) = (Adalah/dahulu) Buku itu baru.

Kata الكتابُ (= buku) merupakan isim kaana, kerana kata tersebut awalnya mubtada’, setelah dimasuki kaana, maka istilahnya bukan mubtada’ lagi, tetapi “isim kaana”.

4) Khobar Inna (خبر إنّ) dan saudara-saudaranya
Iaitu setiap khobar mubtada’ yang dimasuki oleh inna dan saudara-saudaranya.

Misal : إنَّ الكتابَ جديدٌ (inna al kitaaba jadiidun) = Sesungguhnya buku itu baru.

Kata جديدٌ (= baru) merupakan khobar inna, kerana kata tersebut awalnya khobar mubtada’, setelah dimasuki inna, maka istilahnya bukan khobar mubtada’ lagi, tetapi “khobar inna”

5) Fa’il (الفاعل)
Iaitu isim marfu’ yang terletak setelah fi’il lil ma’lum (setelah kata kerja aktif) dan menunjukkan pada orang atau sesuatu yang melakukan perbuatan atau yang mensifati perbuatan tersebut. Dengan kata lain, Fa’il = subjek.

Misal : قـَرأ الطالبُ رسالةً (Qoro-a at-Tholibu risaalatan) = Siswa itu telah membaca surat.

Kata الطالبُ (= siswa) merupakan fa’il, kerana terletak setelah kata kerja aktif (iaitu membaca), dan yang orang yang melakukan perbuatan (yang membaca adalah siswa), jadi siswa itu sebagai subjek.

6) Naibul Fa’il (نائب الفاعل)
Iaitu isim marfu’ yang terletak setelah fi’il mabni lil majhul (setelah kata kerja pasif) dan menempati kedudukan fa’il setelah dihapusnya fa’il tersebut.

Misal : قـُرِأتْ الرسالةُ (Quri’at ar-Risaalatu) = Surat itu telah dibaca.

Kata الرسالةُ (= surat) merupakan naibul fa’il, kerana terletak setelah kata kerja pasif (yaitu dibaca)

.............................

Fitrah_mujahidatunnisa seronok mengajar!

0 comments: