Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Monday, February 23, 2015

Episod 1 ( Pulau Banggi - Kudat - Pulau Banggi )

Bismillahirrahmanirrahim..

Kisah kami bermula pada 31 Januari 2015 , hari sabtu.

Kami menetap di Pulau Banggi. Maka, kami perlu meredah lautan luas untuk ke Kudat - Kota Kinabalu.

So, pagi2 lagi kami da bangun, bersiap..pukul 7:30 pagi kami pergi ke jeti Pulau Banggi untuk menaiki feri. Naik pirate bersama dua beg besar.

Naik feri dengan hati penuh girang gembira. Perghh!! nak sambut adik la katakan...

Perjalanan naik feri ke Kudat mengambil masa 1 jam 30 minit. Dalam pukul 10 pagi kami sampai ke Kudat. Keluarkan duit di bank, beli stok makanan dan kami meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu.

DI JETI KARAKIT, PULAU BANGGI


 Kami sampai ke Kota Kinabalu pukul 2:30 petang begitu dan terus pergi makan tengahari.

Hantar laptop untuk dibaiki di Karamunsing dan tup tup, maghrib sudah.

Baru nak check in hotel di Kota Kinabalu, adik2 aku pun kol..kata dorang da sampai..

So, kami pun terus amik dorang di Airport.

Al-kisahnya, tetiba telefon berdering..

adik : along, ko kat mana?
along : kami da kat airport ni..mana korang? tak nampak pun!
adik : kitorang kat luar ni.kat gate 3.
along : ha?! gate 3? kami kat gate B ni..korang salah tempat ke?!
adik : ha?! betul la ni long. banyak kereta2 ni kat luar ni.
along : hmm...(aku cakap kat suami aku ) abang,dorang kat gate 3..salah gate ke?!

tetiba......kebijaksanaan menerpa..

along : hahaha, kita masuk balai pelepasan la bang!
abang : hahaha, patut la!
adik : hahaha..ape la along ni!

ok..bermula la episod gelak menggelakkan antara satu sama lain..eksaited punya pasal! hahahah..

..................................

Lepas tu, kami pun pergi makan malam dulu. Borak panjang dan terus balik hotel untuk bersolat dan beradu..Sebab esok pagi2 kami perlu gerak awal ke Kudat.

Feri hanya bergerak dua waktu sahaja. Pukul 8 pagi dan 2 petang sahaja.

Jadi, kami kena berkejar untuk menaiki feri jam 2 petang.

Dung dang dung dang..

Dah pagi.................

Lepas solat subuh, sarapan, kami pun meneruskan perjalanan.

...............................

Al-kisahnya, aku dan anak sulungku mabuk perjalanan..

Maka, bermula la episod muntah2 dalam kereta..

Kesian Alaauddin si kecik..Dia tidur dengan Abrar si sulung..

Tetiba Abrar bangun dan muntah kat Alaauddin..Terkejut la member dan menangis meraung-raung.

Alaauddin : Abang..abang..abang muntah..(sambil tunjuk abang dia)..

Dia menangis kegelian akibat muntah tersebut! Alahai anak....

SI KECIK DAN SI SULUNG TIDUR DALAM KERETA (KEADAAN SEBELUM MUNTAH,HAHAHA)

...........................

Setelah menempuh perjalanan yang penuh cabaran, akhirnya kami sampai ke Kudat.

SINGGAH DI RNR..( ABRAR DAN AKU TIADA DALAM GAMBAR )


Sempat solat dan makan, terus naik feri pukul 2 petang.

Nak di jadikan cerita, feri crowded la pulak hari tu..

Kami tak dapat tiket murah. Dapat tiket 2nd class..Da bayar mahal2, tetiba, takde seat pulak!

Maka, bermula la episod amarah yang terpendam!

fuhhh...

Tak pernah sepanjang kami di dalam feri, kami mengamuk sakan..

Dah la bayar tiket mahal, lepas tu, orang yang tak beli tiket untuk seat duduk kat tempat kami.

Dah menjadi kebiasaan orang kampung, dia beli 1 seat untuk 3 orang ke 4 orang ke 10 orang ke..lepas tu, diorang amik seat orang!

Huhhh..agak geram sebab selama ni boleh bersabar lagi..tapi bila masing2 taknak mengalah, bergaduh jugak la kannn..

Kita bawak baby, bila orang muda, couple muda yang tak faham keadaan orang bawak anak, di tambah dengan seat diambil orang..hanya Allah yang tahu kemarahan pada waktu itu..

Sehinggalah suamiku yang pendiam dan penyabar menjadi hilang sabar jugak pada waktu tersebut..

Dan setelah bergaduh panjang dengan mereka-mereka yang tak berhati perut tu, akhirnya kami dapat balik seat kami..

Pasti kenangan ini tak boleh dilupakan...

Huhuhu..

ADIK2 AKU DI DALAM FERI YANG DA TAK BERGERAK SEBAB DA SAMPAI!


......................................

Kami sampai di Pulau Banggi pada pukul 4 petang. Lepas kumpulkan semua barang2, kami menaiki pirate ke rumah kami di Batu Putih.

DI JETI PULAU BANGGI BERSAMA BARANG-BARANG YANG BANYAK..

Adik2 aku kata, orang2 kampung sume curious bagaimana rupa rumah kami di pulau ini.

Dorang bayangkan kami duduk di rumah usang..hahaha..

Dah sampai rumah, ambil2 gambar dan terus la melepak melepek kepenatan...

INILAH RUMAH KAMI DI BATU PUTIH, PULAU BANGGI

......................................

Begitulah al kisah cerita kami pada 31 jan dan 1 feb..

..................................

Pagi esoknya, encik suami terbang ke Melaka.. Maka, bermulalah pengembaraan aku, dua orang adikku dan dua orang anakku di Pulau Banggi....


..................................

TO BE CONTINUEEEE........................

0 comments: