Followers


Friday, December 16, 2011

resepi ayam masak lemak cili api versi jordan

bismillahirrahmanirrahim..

tengah2 takde idea nak masak pe, makanya, aku pun dengan penuh kompiden tanya kat suami aku..

aku : abang nak makan ape ari ni?
abang : masak je la pape, abang tak kisah.

aduhh~~susahnye nak pikir menu pe yang sedap dan tak pernah di masak lagi sebelum2 ni..

pastu, aku gi dapur tengah2 perap ayam tuk wat ayam masak berempah, suami aku datang mintak ayam masak lemak cili api.

..................abis tu ayam yang da terperap ni camne?!

makanya, dengan penuh kesopanan, aku cakap la ayam masak lemak cili api tu menu esok..kih3.

makanya, keesokannya aku pun masak la menu ayam masak lemak cili api ni..

ok..let's look at this picture!

ayam masak lemak cili api de bomb!



bahan2nya :

1) bawang besar setengah biji
2) bawang putih 3 ulas
3) cili merah 4 batang
5) serbuk kunyit
6) susu tepung
7) air secukupnya
8) garam secukupnya
9) minyak tuk menumis
10) kentang
11) ayam
12) rosemarry *optional

cara2nya :

1) blender / tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili. Tumiskannya hingga layu
2) masukkan ayam dan kentang
3) bancuh susu dengan air dan tuangkannya ke dalam bahan tumisan tadi
p/s : (kalo ada santan lagi bagus. kat jordan ni, santan mahal. so, inisiatif lain,guna susu tepung la..=p)
4) masukkan serbuk kunyit sedikit dan garam secukup rasa..
5) masukkan rosemarry. kalo taknak pun takpe..
6) didihkan dan biarkan ayam dan kentang empuk.
7) siap dan boleh dihidang

alhamdulillah, boleh la dimakan bersama2 nasi..sedap wa cakap sama lu!!

.....................................
Fitrah_mujahidatunnisa suka makan ayam~

0 comments: