Followers


Monday, December 6, 2010

hijrah!

bismillahirrahmanirrahim...



alhamdulillah..segala puji bagi ALLAH...

akhirnya ari ni irbid dilimpahi hujan rahmat dari ALLAH s.w.t...menandakan bahawa ALLAH menyayangi kita semua..jadi,sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat pemberianNYA pada kita?

ramai manusia yang berbuat kerosakan di muka bumi ini...sehinggakan ALLAH murka dengan kita..lantas di datangkanNYA dengan berbagai2 musibah tapi kita tidak menyedarinya..adakalanya kita yang sengaja membuat pekak telinga,menjadi seolah2 buta mata dan bisu berkata2...melihat sahaja kemungkaran tanpa ada tindakan..

yaaa..kerana itulah ALLAH tidak menurunkan rahmatNYA pada kita..

kerana apa?

kerana Dia mahu kita sedar akan kesilapan dan kealpaan kita...

Dia mahu kita memuhasabah kembali segala apa yang telah kita lakukan selama hidup di dunia ini...

astaghfirullahalazim...sungguh banyak dosa2 yang telah kita lakukan bukan?maha suci ALLAH,hanya Dia yang maha penerima taubat hamba2nya...

......................................................................

1 muharram 1432hijrah...

yaa..kita sudah masuk k tahun baru..tahun baru dalam kalendar islam..

beruntung bukan menjadi seorang muslim...

dapat merasai 2 kali sambutan tahun baru...alhamdulillah..segala puji2an hanya untukMU yaALLAH...

.....................................................................

salam maal hijrah kepada semua penduduk d alam semesta ini...

sudahkah kita meletakkan azam baru dalam diri kita?

sudahkah kita melaksanakan azam2 yang terdahulu?

ayuh sama2 koreksi diri...apakah masih ada kelompongan pada azam2 kita tu?

kalo masih ada,jangan khuatir..kerana apa?kerana kita masih ada peluang untuk memperbaikinya..

selagi hayat d kandung badan..selagi umur masih ada...jangan mudah putus asa..jangan cepat mengalah..bangun dan terus bangun..teruskanlah perjuangan kita selagimana kita diberikan nikmat yang lima itu..iaitu nikmat sihat,muda,lapang,kaya dan hidup..

sama2 kita melihat kembali sejarah rasulullah...baginda berhijrah bersama para sahabat demi menegakkan agama islam..demi membawa pembaharuan dalam agama islam..demi membentuk perpaduan antara umat islam...berhijrah kerana ALLAH dan ISLAM...subhanallah..masyaALLAH....sungguh tabah mereka semua dalam menghadapi tentangan kafir quraisy mekah...

tapi kita??

pernah tak kita terfikir dan berfikir?

sejauh mana penghijrahan yang telah kita lakukan selama ini?

adakah hanya dengan penghijrahan tempat?dari kuala lumpur k sabak bernam?dari klang ke negeri sembilan dan lain2 lagi?adakah ini makna hijrah yang kita faham?! adakah ini?

tidak sama sekali...

definisi hijrah itu luas...

berhijrah dari buruk kepada baik...berhijrah dari baik kepada yang lebih baik dan berhijrah hgg k tahap yang paling tinggi...

kalo selama ni kita selalu sangat wt dosa,pasni cuba tuk mengubah diri untuk mengurangkan dosa tu dan snts beristghfar...setiap kali nk lakukan dosa,ingat balik amaran2 ALLAH...tidak takutkah kita akan azab ALLAH?mahukah kita duduk d neraka bertemankan kala jengking dan ular2 berbisa?makan daging2 bangkai dan minum air yang menggelegak dan busuk seperti nanah dan darah?sanggupkah kita?nauzubillahiminzalik..

jadi...ak nk menyeru kpd semua umat islam...ayuh sama2 kita perbaiki diri untuk menjadi yang terbaik...moga ALLAH meredhai hidup dan memberkati umur kita...insyaALLAH...

.................................................................

hijrah itu memang susah...
hijrah itu memang payah...
hijrah itu menuju ALLAH...
di hujungnya hasanah....

..............................................................

jom sama2 menghayati lirik lagu devotees ni....salam maal hijrah!



.................................................................
Fitrah_mujahidatunnisa mahu berhijrah ke arah yang lebih baik!

3 comments:

Serikandi Abi. said...

Salam ma'al 1432 hijrah kak annis...

semoga kita sentiasa inginkan perubahan yang ketara dalam hidup sebelum berjumpa dengan kekasih hakiki..insyaAllah..ameen ya rabb!! ^^,

Izzah said...

annis....
1424H??
bukan 1432H k??

mujahidatunnisa.. said...

haha....br terpasan salah taip...sori...=p