Followers


Monday, December 6, 2010

penyakit mulut...

bismillahirrahmanirrahim...

assalammualaikum w.b.t teman2 seperjuangan sekalian?

apa khabar imanmu hari ini?apa khabar pelajaranmu sem ini?dan apa khabar bahasa arabmu sepanjang di bumi anbiya' ini?tepuklah dada tanyalah diri...kalo taknak tepuk dada,tepuk je la pape,asal anda dapat jawapannya...

ok..ari ni ak nk berkata2 tentang masalah mulut...masalah yang amat menakutkan penduduk malaysia di irbid ini..

apakah itu masalah mulut?jom kita kaji sama2...

masalah mulut boleh dikategorikan kepada banyak bahagian dan antaranya ialah :

1) malas bercakap
2) lidah kelu ketika bercakap
3) gagap ketka bercakap
4) bisu terus

haaa...inilah realiti sebenar masyarakat malaysia yang bergelar mahasiswa...bila bercakap dengan arab je,mesti penyakit2 ni akan datang dengan tak disangka2...

papepun TAHNIAH diucapkan kepada mereka yang boleh mengatasi masalah mulut ini..

kerana apa?

kerana mereka berani...mereka tak malu untuk mencuba menggunakan perkataan2 arab walaupun mungkin salah atau tunggang terbalik susunan ayatnya seperti contoh : aku makan ayam ---> ayam makan aku...itu tak mengapa...jangan malu dan jangan segan untuk berkomunikasi dalam bahasa arab...

biarlah ditertawakan rakan sebelah (walaupun waktu tu kita rasa nak je pukul kawan kita yang dok gelak2kan kita tu)...biarlah ditegur oleh minah arab cun...mamat arab ensem....biarkan2x...biarkan semua itu! pastikan korang cuba untuk terus berkata2 dalam bahasa arab...

jangan ada perasaan malu dalam diri untuk mencuba sesuatu yang baru..yaa..mmg kadang2 ak pun rasa tak yakin untuk berkata2 dalam bahasa syurga tu..tapi kita kene ingat...sampai bila kita nak jadi cmtu?sampai abis blaja dan balik malaysia?abis tu apa yang membezakan kita dengan mahasiswa yang blaja kat dalam negara  kalo sepatah haram bahasa arab pun kita takleh nak ungkapkan?nauzubillahiminzalik...mudah2an,kita semua d lembutkan lidah dalam menuturkan bahasa yang mulia ini...ameen~

jadi,bagaimana penyelesaian dalam menangani masalah mulut ini?

seperti yang telah ak katakan di atas sana, boleh ak simpulkan bahawa antara langkah2 yang boleh diambil bagi mengelakkan penyakit ini menular dengan lebih parah ialah :

1) self-confident (kene rasa kompiden je bila bercakap arab..ayat salah tak salah tu nombor dua)

2)jangan malas bercakap (kalo arab atau doktor kuliah atau sape2 je la yang bertanya,jawab la...jangan asik dok pass2x kat kawan sebelah,mintak tolong jawabkan..bila lagi kita nak cuba hubungan dua hala dalam bahasa syurga ni kn?)

3) kalo gagap, teruskan je bercakap sambil abis ayat tu..(bak kata orang tua2...biar lambat asal selamat...biar lambat asal dapat)

4) kalo anda tergolong dalam jenis yang tak boleh bercakap dalam bahasa arab langsung,makanya,ambillah kamus dan cuba tuk meninjau2 isi di dalamnya dan mempraktikkan kepada rakan serumah..kalo malu,bercakaplah di hadapan cermin..insyaALLAH,lama kelamaan nanti,anda pasti dapat bertutur dalam bahasa arab ni...

5) rajin2 curi2 dengar arab bersembang...(kalo tengah takde keje tu,pergilah merayap ke mana2 tempat yang ada arab dan duduk di sebelah mereka...dengar perbualan mereka dan cuba tuk memahaminya...insyaALLAH, lama kelamaan kita akan dapat menguasai bahasa pasar (ammiah) dengan cepat dan tangkas serta mudah....

6) cuba membaca kitab2 arab yang mudah2 bagi mereka yang baru nak berjinak2 dengan bahasa arab...dan bagi sesiapa yang da mantap bahasa arab tu,cuba bantu rakan2 yang lain..kalo nak lagi mencabar,cuba la tuk menterjemahkan kitab2 yang anda rasa anda mampu nak menterjemahkannya...melalui cara ni,kita boleh menguji sejauh mana tahap penguasaan bahasa kita....

dan lain2 lagi............

papepun,bagi pendapat ak...cara dengar,faham,hafal n amalkan sangat2 berguna untuk masa depan...

i) mula2 kita dengar orang2 arab menuturkan kalimah2 arab...
ii) pastu kita cuba tuk memahaminya dengan menggunakan otak pada tahap yang paling maksimum...
iii) hafal mana2 kalimah yang kita tak pernah dengar seumur hidup kita dan amalkan untuk bertutur dalam bahasa arab setiap hari..kalo nak wajibkan diri bercakap dalam bahasa arab paling kurang sepanjang sesi kuliah pun ok...asal kita latih diri untuk bercakap..

insyaALLAH...masalah penyakit mulut ini akan dapat diatasi dengan izin ALLAH...

MAN JADDA WA JADA...WA MAN ZARA3A' HASODA..

ingatlah bahawa bahasa arab ini adalah bahasa yang mulia...bahasa quran..bahasa syurga...bahasa rasulullah dan ibu segala bahasa....

wahai pelajar yarmouk...
anda belajar segala ilmu di kuliah dalam bahasa arab...
tapi tidakkah anda segan dengan rakan2 yang lain jika anda tidak mampu bertutur dalam bahasa arab?
jadi,hapuskanlah rasa malu dan segan anda itu!!
cuba bercakap...dan terus mencuba...
insyaALLAH...anda akan jadi orang yang mahir dalam bahasa arab...

wahai pelajar just..
walaupun anda belajar dalam bahasa inggeris..
tapi anda kene sedar bahawa anda berada di negara arab..
penduduknya bertutur dalam bahasa arab..
takkan sampai masuk klinikal baru anda mahu terhegeh2 belajar bahasa arab?
mulakan dari sekarang!
berusaha untuk memperbaiki bahasa arab anda!!
insyaALLAH...anda akan menjadi orang yang paling bijak...

jadi...ak menyeru kepada semua rakan2 seperjuangan..marilah kita bersama2 memartabatkan bahasa arab...
untuk memahami islam dengan lebih mendalam,dalamilah bahasa syurga ini dulu...kerana quran dan sunnah itu datang dalam bahasa arab...

moga ALLAH permudahkan urusan kita dalam mempelajari ilmuNYA...ameen~

............................................................................
Fitrah_mujahidatunnisa nak jadi pakar bahasa!

0 comments: