Followers


Saturday, August 14, 2010

cara pilih..

bismillahirrahmanirrahim...

hmmm..org kata,jodoh pertemuan d tgn tuhan..stiap org msti berbeza cara bertemu dgn jodohnye..so..kite xleh la nk salahkn org tu kalo die pilih pasangan hidup die dgn cara die sndr dan x menepati cara yg kite nk..lg2 kalo cara yg die wt x melanggar syariat islam..jgn d tentang atau d protes! ingt tu! manusia ni punye perasaan gk...

....................................

1- JODOH SEBAGAI TAKDIR
“Jodoh di tangan Tuhan, manusia mesti menerima jodohnya, baik ataupun buruk.” Pendapat ini sangat besar pengaruhnya dan berkembang luas dalam masyarakat, tapi sayang pendapat ini kurang tepat. Jika pendapat tersebut hanya bermaksud: “Jodoh di tangan Tuhan makan ada kebenarannya. Tetapi ayat yang seterusnya terkeluar dari hakikat sebenar.

Kekeliruan yang nyata sebagai bukti lemahnya pendapat itu seringkali kita dengar, “Sudah takdir Tuhan, jodoh saya tak panjang.” Daripada pendapat itu, adakah Tuhan bersalah memutuskan hambanya? Hakikat sebenarnya, siapa yang memutuskannya.

2- MENCARI JODOH
“Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus beriktiar mencari dan memilihnya.” Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh.

3- BERIKHTIAR DAN BERTAWAKAL
“Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan.”
Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dalam memilih jodoh. Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti :

a. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkawinan berlangsung atas persetujuan anak.
b. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.
c. Anak lelaki atau perempuan mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.
d. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.

Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut. Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi, masalah memilih jooh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua. Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam.

Walaupun perasaan cinta dan kasih sayang merupakan fitrah dari Allah, tetapi kita perlu sedar bahawa keabadian cinta itu tidak diperolehi sebagai satu anugerah tanpa diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Sikap berhati-hati dalam menentukan pilihan untuk pasangan hidup merupakan ciri khas dari insan budiman. Sekiranya salah membuat pilihan, bererti sepanjang hayat menanggung penyesalan sikap memilih dan ingin dipilih adalah hak bagi setiap manusia.

.............................

Fitrah_mujahidatunnisa gne cara yg ketiga (c)..alhamdulillah..=p

0 comments: