Followers


Tuesday, August 10, 2010

jgn biarkan ia sia2..

bismillahirrahmanirrahim..

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : berapa banyak orang yang berpuasa tetapi ia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga..~riwayat ibnu majah~

meh sni cik nisaulfadhilah nk terangkan kt kwn2 sume pasal hadith ni...

yg pertama,hadith ni nk ckp kt kite..sebagai seorang muslim,kite mesti memahami konsep sebenar berpuasa supaya ibadah puasa kite x jd sia2..kalo x,wt rugi je puasa..keampunan x dpt..zouq ramadhan x dpt..yg dpt cuma lapar dan dahaga je..isk~x bez lgsg..so..mari kite sama2 jd kn ibadah pose kite bermakna dalam idup ni..ramadhan cuma sekali dalam setahun..

yg kedua,maksud berpuasa ialah menahan diri drpd makan dan minum serta mengelakkan diri dari melakukan perkara2 yg membatalkan puasa dr terbit fajar hgg terbenam matahari..

yg ketiga,puasa jugak bermaksud menjaga anggota2 badan drpd melakukan perkara2 yg lagha dan terlarang..cthnye :

i) menundukkan pandangan mata serta mengatasinya daripada tertuju kepada segala yang tercela..~jaga mata sbb dr mata turun ke hati..bahaya2..~

ii) menjaga lidah drpd berkata-kata perkara yang sia-sia,dusta,fitnah,caci maki dan menyinggung perasaan org lain..~astaghfirullahalazim..jg mulut2~

iii) menahan pendengaran dr mendengar segala yg ditegah agama di mana perkara yang haram diucap adalah juga haram didengar seperti mengumpat dan sebagainya..~hentikanlah aktiviti2 tak bermanfaat ni ye kwn2..~

iv) mencegah tangan,kaki dan perut serta semua anggota badan daripada melakukan atau mengambil perkara yg haram~isk..leh menggelapkan hati..sbb setiap yg haram,membentuk satu titik hitam dalam hati kite~

v) seorang muslim hanya akan terbentuk melalui ibadah puasa yang ditunaikan dengan penuh penghayatan di mana bg mereka yang berpuasa sekadar untuk menunaikan kewajipan tanpa memahami apa sebenarnya yang dituntut oleh agama maka mereka tidak dapat merasai kemanisan nikmat puasa tersebut malah puasa itu dirasakan sebagai satu bebanan yang terpaksa ditanggung..~moga kite menerima ramadhan dgn ati yg terbuka~

vi) bulan ramadhan adalah bulan di mana awalnya dijanjikan keampunan (maghfirah),pertengahannya rahmah dan akhirnya dijauhkan dari azab api neraka.oleh itu,setiap daripada kite haruslah berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan kpd ALLAH s.w.t dan sentiasa mengingati-Nya dgn melakukan amalan-amalan baik di samping menjauhi segala sifat-sifat yang keji dan mungkar..~jom sama2 kejar janji ALLAH ni~

hmmm..ble da phm maksud hadith ni..ak ase tersentap..pergghhh~bnyk lg kne ubah ni..masih belom terlambat tuk kite ubah mne2 yang x sempurna lg..chaiyok2!! moga ALLAH snts meredhai setiap perubahan kita..mudah2an perubahan itu adalah perubahan ke arah kebaikan..insyaALLAH..

RAMADHAN KAREEM~

...............................

Fitrah_mujahidatunnisa suke ramadhan!

0 comments: